Perut sakit

Posted by sazali

Salam/  may God gives you good life. Ameen.

Orang masjid kata ..  masa sihat ..gi lah ke masjid , dengar ustaz ustaz mengajar.  DEngan cara demikian , lembut sikit hati kita nak ..beribadat lagi dan lagi kpd tuhan seluruh alam.

Sekarang .. saya diserang cerit berit. Dah 3 - 4 kali ... berkunjung ke  tandas.  Adush.. Sakitnya perut ini.

Mengapalah begini laghunyor?  Mungkinkah:

(i)  food poisoning - keracunan makanan - maklumlah dah 4 hari saya dok makan gulai kelantan siang dan malam di sana.  Serba serbi sedap .. kerana selama ini dok makan hasil tangan tukang masak org johor jer.. (ketawa)

(ii) badan terlampau penat kot?

Bila pulang ke Kelantan dr Johor ..  jumlah jam pemanduan ialah 20 jam ..gi dan mari.

Kadang kadang kita singgah jap kat kedai kedai sepanjang perjalanan .. kita selalu tak kesah ..pasal kebersihan ... maklumlah ,..bila dah lapar ..mata pejam , bukak mulut jer .. lagipun ..saya seorang jer yg memandu sepanjang masa.

(iii) tandas Petronas tak ada air ..dari Kuala Krai sampai ke Gua Musang.  Bertuah betul Petronas ini.

Bila tak ada air, susah nak .. basuh itu dan ini.  Kena beli air mineral botol besar 2 botol.  Then bari berehhh..  tetapi adakah ini satu cara Petronas cari untung?  jgn sediakan apa apa air untuk kami ini.

Saya tengok keadaan tandas ..cukuplah teruk mcm kandang kambing di kemboja tu.  Kepala paip dah tercabut/  najis ... manusia .. berselerak.. hishhh.. kotornya .. !

bilangan botol air mineral cukup lah banyak.  Tali pam tandas dah tercabut .. mungkin ada Rambo ..yg baru selesai proses buang air kecil + besarnya.  Senget dah pump atas yg melekat kat dinding atas kepala saya/  sekali fikir malu jugak ..melihat keadaan tandas ini.  Sangat berbeza dgn .. tandas BP kat RnR Melaka Jejantas.  Bersih, ada bunga dan pokok renek  dan ada pulak ayat ayat motivasi ..ala kitab kristian je bunyi nya.  Menyegarkan badan dan sedap ..  mata memandang/  mangkuk tandas berkilat ..  sedangkan kita .. negeri melayu jati ini

keadaan tandas ..adush ..sakitnya hati dan perut ku ini.  Bau?  jgn cakaplah ..kalau gini keadaan tandas lelaki ..  kita boleh agak ..keadaan tandas wanita .. sebelah bilik tandas begini.

dengan tuala wanita .. ada tanda ..  dan pampers bayi ... hishhhhhhhhhhhhhhhhh .. teruknya.  tak ada ke subjek khas ..di sekolah rendah , smk, politeknik dan universiti + masjid masjid + balasoh balasoh .. wayak pasal kebersihan tandas ini.  Payoh sangat kor kita nak .. jaga keadaan tandas ini di seluruh negara?

Melihat kpd keadaan begini ..sekali fikir ..

Penatlah.

TEtapi ..orang orang tua kata

kalau sakit perut .. minumlah ..  teh orr extreme pahit tanpa gula.

Insyallah mujarab ..dio org kato lah.

Yer kor ni?

Tak try ..tak tahu bukan?

0 comments:

Post a Comment