Bertanya khabar anak anak nun jauh di sana

Posted by sazali

Salam

Semua ibu bapa ..  maukan anak anaknya sihat sejahtera di mana mana jua mereka berada. Tak kira agama atau bangsa, umur anak , tahap kedudukan ekonominya  ..perasaan orang tua kepada anak anak nya begitulah selama-lamanya tak kira siang atau malam. Pusing kiri ingat kat anak anak , dan pusing kanan pun teringat akan anak anak di perantauan. Winter atau summer.  Spring atau Autumn.  Musim panas atau banjir/ musim angin kencang atau angin sepoi sepoi bahasa  ... selalu ingat dekat anak anak.  Entah?  Cinta dan kasih kita kpd anak anak ..melebihi cinta kasih seekor ibu kuching mengigit leher anak anaknya .. melarikan diri dari ancaman musuh yg tiba-tiba menghampiri sarangnya.  Hushhh ..betapa hebat Allah memasukkan cinta kasih ini  bukan setakat kuching ..  tetapi manusia yg ada akal fikiran dan perasaan/ emosi/ psychology.   Dalam islam - Oleh itu, sebagai ibu bapa ..kita tak putus putus berdoa kpd hadrat illahi supaya


i)  anak kita selamat sepanjang masa
ii) beroleh kejayaan di mana mana jua
iii) terhindar dari bahaya kanan , kiri, atas dan bawah segenap penjuru 360 darjah skop kawasan fizikalnya
iv) murah rezeki mereka ... if bekerja , selesai dgn jaya kerjanya.  if ngaji Ph.D ..mereka akan berjaya lambat laun
v)  dijauhkan Allah segala bahaya dalaman dan luaran ke atas anak-anak kita
vi)  mereka bahagia sepanjang masa dgn timbunan buku, jurnal, laporan eksperimen , bertidur hampir dgn notebook dan handphonenya .. (canggih)
vii)  dlm hati kecik .. mereka ada ingat kat kito kor? .. sikit sikit lah

So sebagai ayah .. saya menyebut nama setiap nama anak anakku  selepas solat dan dalam doa supaya Allah kurniakan mereka

(a) taufik dan hidayah sepanjang masa
(b)  hakikat iman
(c)  hakikat solat
(d) hakikat ilmu dan zikir
(e) hakikat ikram muslimin
(f)  hakikat ikhlas dalam segala tindak tanduknya
(g)  hakikat mujahadah dalam segala urusan agama dan selebih-lebihnya. Ameen 3 x

---------------

Sebagai ayah..  kalau memandu kereta laju atau slow slow  ..di kawasan bandar atau di sepanjang PLUS lebuh raya .. jika ada org bangla wajahnya macam anak kita .. cepat cepat mulut kita akan menyebut .. ' mok dio tu ..nuh .. macam anak aku tu ..'

tanda apa ni?

jawapannya tepat ...  seorang ayah/ibu  sedang merindukan anak anaknya semua

------------------------

Beruntunglah ..kalau kita masih ada ayah dan ibu bukan?

Bukan setakat kita jer berdoa ..  ibu bapa kita turut berdoakan ..agar Allah memberikan kita kesejahteraan dan kebahagiaan .. sepanjang hayatmu.

Satu hadith ..  doa ayah untuk anak anaknya ..tidak ada hijab ..  terus menerus masuk ke dalam pengetahuan  Allah Yang Maha Esa.  ( Rujukan:  .. kitab Maulana Zakaria Saharanpur , India 1965).

Oleh itu .. sebagai anak ..  eloklah kita .. merendahkan  sayap untuk dengar kata orang orang tua mu  tak kira lah .. mereka ada paras rupa, darah bangsawan, ada kereto EXORA/ tidak ..  terimalah mereka se ada adanya.  Wahai anakku semua +  kalian yg ada ibu dan bapa. Ziarahilah pusara mereka jika ada kelapangan .. doakan untuk mereka dan jgn lupa ..  hubungi kawan kawan lama ayahanda bonda kita walaupun mereka sudah kembali ke rahmatullah ..

if ayahmu mudo lagi .. wat to do next  .. maybank2 U ..orang kato?  leh minum kopi kepala layar pun jadilah ..

Muga muga kau berjaya .. Ameen.

Wallahu aklam.  

0 comments:

Post a Comment