Punca kematian

Posted by sazali

Salam

Al Fatihah ..kepada keluarga Dr Nizam Mahdin kerna kematian ayahanda tersyang pagi tadi.  Maaf banyak banyak tak dapat ikut serta rombongan melawat jenazah arwah ayahanda itu. Kenapa?  urusan dunia seperti kuliah statistik jam 10 pagi ini dan kursus Latex jam 0900 pagi ini.Walau apa apa pun ..Al Fatihahdari kami sekeluarga.

2)  Mengikut kajian kematian zaman la ni boleh berpunca dari:

2.1  sakit yg sudah lama - seperti diabetes/ kencing manis, kanser, barah dan TB
2.2  kemalangan jiwa di atas jalan raya
2.3 lemas kat sungai atau laut
2.4  serangan jantung (heart attack)
2.5 bunuh diri kerana kecewa putus cinta, cinta tak berbalas , tepuk tangan sebelah sahaja (mungkin kudung ini) dan bunuh diri kerana hutang dengan Ah Long rata riti
2.6  mati terkejut kerana pasukan bolasepak Kelantan FC kalah teruk dgn Felda FC.  Atau Brazil FC kalah teruk dengan Cambodia FC.
2.7  mati tercekik tulang ikan terbuk .. tiba tiba jatuh terkulai .. seorang diri.  C?

Astagh firullah hal azeem.

3)  Memandangkan kematian boleh berlaku pada bila bila masa eloklah kita bersedia

3.1  dengan amalan amalan yg mulia seperti menulis sesuatu yg baik dalam blog seperti ini atau FB
3.2  lunaskan hutang dengan manusia secepat mungkin tak kiralah hutang dengan melayu, cina atau india.  Kalu kat bank ..kita bayar .. dgn cepat dan berhati hati sekali mengapa pulak  sesama kita yer 1Malaysian?    Mengikut laporan , ada orang melayu mati tanpa membayar hutang cina basikal, cina kipas angin dan india welding kereto//  Kitab mana mu pakai ini?
3.3  buat kerja dakwah (tabligh) bila berkesempatan seperti time kita kaya, kita mempunyai masa lapang yg terlampau banyak , kita sihat , kita muda lagi , .. kita masih bertenaga (sihat) dan kita masih bernyawa dgn baik baik ini.
3.4  menulis buku untuk faedah anak anak sendiri dan generasi masa hadapan .  Contoh buku .. tulis buku akademik seperti ilmu hisab (matematik) , fizik, kimia dan biologi. Tulis banyak banyak tentang khasiat makan ulam tradisional , minum tongkat ali, kassim dan repen.  Why?  dengan cara menulis ..idea dan pengalaman kita dapat dikongsikan bersama.
3.5 istighfar 1,000,000 kali sehari maklumlah kamu waktu muda tak jaga sembahyang 5 waktu, tak puasa lengkap 30 hari setahun  .. so u better do now please ..b4 it is too late
3.6  mintak ampun dgn mak ayah kerana kau tak dengar kata .. parents kata ..khawin dgn melayu jer lahhh ..tetapi kau khawin dgn pompuan scotland.  See apa dah jadi? bukan dah susah ..ni ..nak melawat anak 2 cucu cucu semua dah ada di Glasgow. Kalau di Seremban bukankah senang?  (bercerai melayu dgn scottish itu).
3.7  jika tak mampu jugak.. banyakkanlah bersedekah .. jariah .. besarkan masjid, bina tandas masjide ksklusif untuk jamaah jamaah masjid dan sponsor anak anak yatim terutama yg belajar hafiz, hafizah  di pondok pondok sekitar tanah air. Ambik mualaf pompuan jadi bini (mau?) .. Insyallah selamat tuan hamba.
3.8  jika tak mampu jugak .. banyakkan senyum .. ke sana ke mari ..  kerana senyum itu sedekah.  Jumpa org muda , kita senyum ..jumpa janda muda kita senyum ,  jumpa nurse , bidan kampung kita senyum , dan jika kereta rusak di bahu jalan pun .. murahkan senyum mu itu.  Insyallah OK punya tuan hamba?
3.9 sembahyang sunnat banyak banyak .. maklumlah .. satu hari nanti giliran kita pula -  mati.

---

Sekian untuk kali  ini.  Maaf jika terkasar bahasa ..yg baik dari Allah dan yg tak bagus sangat itu.. mestilah datang dari saya .. yg banyak kelemahan di sana sini ini. Al Fatihah untuk ayahanada Dr Nizam Mahdin.

Al Fatihah untuk kita juga.

Wallahu aklam  ( Hanya DIA yang mengetahui ).

0 comments:

Post a Comment