Result perikso 2012 berdebar tak?

Posted by sazali

Salam

Khamis ini 21 March 2013 .. keputusan peperiksaan SPM 2012  akan diumumkan.

Selalunya .. pelajar pelajarlah yg paling suspense (berdebar-debar) menanti keputusan itu memandangkan ini akan menjadi titik tolak untuk mereka mengikuti kursus selanjutnya. Saya tak tahu berapa ramai dari mereka akan menyambung pengajian STPM di sekolah bantuan kerajaan setelah pihak Majlis Peperiksaan Malaysia telah memperkenalkan format serba baru kertas STPM (modular based) dan bukan seperti format lama iaitu peperiksaan sekali sahaja di hujung pengajian 1 tahun setengah.   Pelajar yg datang dari sekolah berasrama penuh berangan angan (konon)  .. memikir ke mana pula nasib mereka selepas khamis yg berbahagia ini.

Adakah saya akan belajar di :

(i)  sekolah antarabangsa membuat persiapan ke luar negara?  atau
(ii) sekadar menjadi pelajar kolej matrikulasi KPTM jah selama 18 bulan mulai Mei 2013 ini.

Adush ..payah jugak nak fikirkan ini.

Di samping pelajar yg mempunyai debaran gitu gini, orang orang tuanya pun turut berdebar juga maklumlah memikirkan :

(iii) kos menyekolahkan anak selepas 21 March 2013 ini - adakah pihak kerajaan sudi membantu?
(iv)  sesuai ker kursus yg dipilih itu untuk anaknya yg bertuah ini
(vi)  mampukah dia mengikuti kursus tersebut ?
(vii)  di mana tempat belajar nya
(viii) jenis kawan kawan yg akan didampingi oleh si anak
(ix)  adakah tempat baru itu sesuai .. untuk anak yg berpaksikan sekolah agama , maahad muhammadi dan sebagainya?
(x)  keno pakai slack atau jeans/ baju kemeja untuk pompuan  ..bila berkursus ni?
(xi)  peluang kerja nanti 5 - 7 tahun dari sekarang ....

Banyok nok pikir bukan maklumlah zaman lo ni ..rama budok tino ..sambung ngaji tinggi tinggi ..?

kadang-kadang .. lebih sudu dari kuah.

he..he..

mok ayoh budok ..lebih banyok khayal dari si anak daranya sendiri ..maklumlah ..

kalau keputusan bagus bagus ..si anak daranya akan mengikuti beberapa siri temuduga itu dan ini ( contoh: TESL luar negara, maktab perguruan, UITM dan sebagainya ..) dan drebar budak tino  ini ialah ...

cubo teko ?

(a)  si abah nya
(b)  si ibu nyo
(c)  teksi charter
(d)  bas transnasional jer
(e)  dio gi sendiri ..panda panda dio lah

so gitu lah ..  ragam anak dan ibu bapa ..bilo masuk musim result spm nok keluar dah ni/

kalu tidok kito mikir ..sapo lagi .. dok kor?

wallah hu aklam..  saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat.  Ameeen.


0 comments:

Post a Comment