orang

Posted by sazali

Salam

Penjodoh bilangan seperti 'orang' merujuk kepada manusia.

Contoh

5 orang anak.

Ahmad mempunyai 5 orang anak dengan isteri pertama.

He he he.

Jadi Ahmad pandai membilang. Tidak bertambah tambah.
waktu pagi dia bilang 5. Waktu petang dia bilang pun 5.
Sudah lama dah dia membilang. Anaknya tetap lima. Alhamdulilah. Isterinya senyum bangga. Tak sekolah tinggi pun, boleh kasi Ahmad anaknya 5.
syukur banyak banyak.

2)  Bahasa melayu adalah unik.

Contoh

Orang tamak selalu rugi.
Budak tamak ramai orang benci.

Di sini 'tamak' adalah adjektif.
Dia menerangkan sesuatu mengenai kata nama iaitu 'orang ' dan budak.

Oleh itu ada orang yang keliru apatah lagi pendatang asing dari negara luar.

Tak apalah mereka keliru.
Bagus jugak. Biar mereka study sedikit pasal bahasa melayu.

Apa yg nak ditekan di sini ialah murid murid..

Sifat tamak seseorang.

Bila orang tamak dia tergamak menipu.
Contoh membuat tuntutan palsu.

Tidak ada program pun , dia menuntut macam macam.
Bukan sekali. Banyak kali.

Yang menghairankan ..

Saya guru satu masa yang lalu.
Jika saya hadhir ke kursus di Pusat Sumber Pendidikan ..

Nak claim RM20 pun naik teksi tanpa air cond ... macam macam orang tanya.

Siapakah orang orang itu?
Penolong Kanan semak dulu tuntutan.
Pengetua semak juga. Maklumkah ..tak ada kerja sangat kut.
Bila dua dua sudah semak, PPD pulak menyemak tuntutan saya.
Akhirnya Pengarah JPNK akan turut semak menyemak.

Jangan terkejut ...satu hari nanti saya hanya dapat RM15 jer.
Ke mana RM5 lagi itu?

Entahlah.
Yang aku tahu ...aku telan jer air liur kerana terkilan.

Sekarang masyarakat melayu di Putrajaya terkejut sakan dengan tipu daya seorang pegawai dengan tuntutan RM100 juta.

Dengar khabar ..dia sudah lama membuat tuntutan yang pelbagai.
Bertahun tahun pula tu.

Jadi murid murid Tahun 5 pun bertanya

Tak ada orang semak atau periksa borang tuntutannya cikgu?
Aku pun jawab

Entahlah

Yang cikgu tahu ..menteri menteri ada bilang
Mereka tak tahu menahu.

(Satu kelas Tahun 5 ketawa sakan).

Sebagai guru .,..aku tak naklah korek dalam dalam mengapa mereka ketawa.

Cukuplah setakat itu.

Di sini kalau RM20 , empat pegawai periksa dengan teliti tuntutan cikgu.
Tetapi kalau tuntutan melibatkan jutaan ringgit ..kepala kementerian
Tak tahu menahu.
Begitulah nasib negara ini.

Negara yang berpegang kepada falsafah

Siapa tamak, dialah yang rugi.
Budak tamak semua orang benci.

Sekian.

P/s   my friend george best kata

Your country

A tenner wise
A million fool.

0 comments:

Post a Comment