kenapa tak bersyukur?

Posted by sazali

Salam

Arwah Tuan Guru Ustaz Nik Aziz Nik Mat selalu berpesan jika kita bersyukur dengan nikmat tuhan,
Makin banyak tuhan akan curahkan berbagai bagai lagi jenis nikmat pada kalian.  Itu semua dari khazanahNYA.  Tak luak apa apa.  Sifatnya al GHANI ( kaya).

Alhamdulilah.

Hari ni nak senaraikan 10 nikmat agung dari Allah pada kita semua.

1.  Nikmat iman n islam
2.  Nikmat sihat
3.  Nikmat kewarasan (tak gila)
4.  Nikmat rumah tangga, anak pinak, keseronokan, kebahagiaan.
5. Nikmat dari selera makan.  Banyak benda boleh makan kecuali daging babi dan minuman arak wine, vodka.
6.  Nikmat bekerja sebagai guru, pendidik.
7.  Nikmat kawan, berkawan, berjiran.
8.  Nikmat kepandaian.
9.  Nikmat bersedekah siang dan malam
10.  Nikmat tidur.

Huraian

Kita mulakan seksyen ini dgn bacaan al fatihah.  BACA al fatihah untuk arwah Tok Guru. Banyak ilmu aku cebuk darinya. Alumni Deoband, India.  Alumni Univ Madinah, Saudi Arabia.
salawat nabi sedikit deh?

Melalui iman, kita dapat hidup seperti manusia yang waras.  Kita faham dengan undang undang tuhan. Halal haram. Ini cukup banyak faedahnya.  Jika tidak kita hidup macam haiwan.

Melalui kesihatan, kita mulakan aktiviti pagi dengan solat subuh.  Selepas solat dan sedikit sarapan bergegas gegas kita keluar cari rezeki untuk keluarga kita masing masing. Ada orang berkerja sebagai KSU.  Ada orang KPN. Ada orang guru, ustaz atau ustazah. Ada orang pelihara lembu, kerbau. Ada orang penoreh getah, menyawit, berniaga dan mcm mcm. Nikmat sihat.  Kalau tuhan cabut jer nikmat kencing dan buang air besar ..susahlah kita mulai sekarang sampailah bila bila.

Nikmat waras, siuman.
Bila siuman, orang sanggup beri bini kepada kamu.
Ada bini cukuplah lawa. Kalah isteri memanda.
Ada bini lawa, tidur pun lena.  Alhamdulilah.
Tak payah set set rambut, lawa original ada.  Tetap lawa dan anggun jelitanya.
Tak payah pakai beg bonia, beg siti, beg farahshanda apa apa .. bila dah lawa ..tak pakai benda benda begitu pun .bini dia lawa.
Ada bini pandai menggaji al quraan.
Mengajar mengaji ..atas jet sahaja tuisyen.
Tak pakai proton, toyota ...tengok  jet.
Entahlah bini ini ikhlas atau menunjuk nunjuk. If action, nerako. Nau zubillah.
Ada bini pandai memasak. Bukan 1 meja dia pandai bikin masakan
Satu dewan PWTC dia  handle.  Cukupnya terro.
Syukur suami waras.  Jika tidak bini lawa semua lari.  Senang jer lari.  Grab grab grab car.  Jom lariiiii.

nikmat rumah tangga.
selepas 10 bulan, datanglah cahaya mata.
Dengan tangisan baby, confirm kamu ayah dan ibu. Penat membesarkan anak ni.
jika anak sihat ..seronoklah laki bini.  Tahun depan baby kedua, ketiga ..dan seterusnya.
Melalui anak kita dapat side income.
tak dapat anak, payah side income.  Contoh.
pengemis buta.
dia bawa si anak merah merah basah lagi ke tanģga masjid india, kuala lumpur.
Dengan berbekal suara mengaji al quraan
orang ramai hulur sedekah.
kalau buat solo, paling tinggi rm10  jah
tetapi dgn ada anak basah, merah, nangis nangis insya allah dapatlah  RM100

10 kali lipat.
rezeki ma.  Rezeki.
oleh itu beranaklah ramai ramai selagi mampu.  Alhamdulilah.

Bila anak pandai main bola
Di Penang
hasil sepakannya cukup menggelirukan.
Target lubang gol ini,  tiba tiba masuk lubang gol sebelah sana.
Ajaib. Ajaib.
Satu dunia hairan. Sepakan gilo babi.
Hasil kehairanan dunia nama Faiz popular seluruh dunia.
bukan faiz,  nama ayah tumpang sama. Dijulang julang.  Bukan senang tu.  Lubang A target, masuk lubang B pulak.
Masya allah.  Nikmat ada anak dengan sifat sepakan free kicknya.
ha..ha..ha..
kita ketawa dgn anak anak.  Best ketawa.
panjang umur if selalu gembira dgn anak anak. Ada anak, kita happy.  Tak ada anak, pura pura happy.  Boleh?

nikmat selera makan.
semua benda kita telan.  Hasil telan, berat badan 200kg.
Subha nallah.
kena control makan abang.  Nanti meletup.

apa apa pun bagus ada selera makan dari tak mau makan makan.
bulan tak puasa, tak boleh makan.  Pantang larang.
bulan puasa lagilah tak boleh makan waktu siang.

dalam ward USM makan pun kena catu.
manis tak boleh
masin tak boleh
Akhir akhir ada pesakit mati .. tak makan.
kasihan.
jom kita makan mee bandung muar.  Moh!
kalau tak pun, makan nasi berlauk masak asam pedas parit raja.  Ada kak?
bor lah  makan nasi kerabu hasil tangan budok siam
bor lah makan nasi ayam hasil tangan pompuan kemboja
kita makan nasi  asam pedas stail johor.  Sedap  perrr.
kak, kasi ikan siakap  yer kak.
hujung bulan ni ... boleh gaji. Kasi belanja ..kawan kawan ni.

now nikmat bekerja guru.
setiap tahun  boleh mengajar budak umur 18 matematika.  Diploma.
bila begitu
payah rasa tua.
syukur bila mengajar politeknik, universiti
kita jumpa ramai student
perempuan 95 orang, lelalki 5 orang dalam 1 kuliah.
begitulah.
Hasil interaksi
akhir akhir guru boleh bertukar watak.
ringkas ..jalan pun stail pondan.
girls pakai perfume.
guru guru tua pun pakai perfume.
memalukan ..
astagh firullah.
ada guru kawin dgn students.
mula mula counsellor
lama lama student anggau  dah jadi isteri caunsellor.
jealous orang.
jealous KJ
jealous prof gred B.
apa leh buat,
tuah badan.
syukur jadi  guru ini.
selain mengajar ..dia dapat bini baru.
bini tua umur 50, selalu uzur
bini muda umur 23 tahun.  Alhamduli
ilah.  Selalu tip top.

tapi awas cikgu
pandang pandang
ada murid
mak bapak dia kaki hentam orang.
awas engkau tu
jaga anak orang tu baik baik
gaji akhir bulan 50% untuk si muda.  Boleh cikgu?
awas... pak mertua kau garang garang garang cikgu.
padan muka.
ha..ha..ha..

Dengan jawatan guru
ramai developer rumah suka kat kita
dealing dealing
Lama lama beli rumah teres 2 tingkat.
dah lah mahal, kawasan banjir cikgu.
satu hari bila bangun nak subuh...semua harta tenggelam.
Air banjir datang!!!

Saya seronok jadi guru.
why?  Ada 1000 sebab.
lain kali saya story storykan.
sabar yer.
sabar subur, tak sabar masuk kuburrr.
sabar please.

Sekarang nikmat berkawan.
seronok ada kawan.
penulis ramai kawan.
kat england, ramai kawan cina dari singapura, taiwan dan korea.
semua mata sepek.
tapi otak mereka sharp.  Matematik, statistik, programming, assignment, projek
semua kami belajar dan tiru sama sama.
Saya tiru sikit jer
mereka tiru macam macam dari saya.
tak apa yg penting bahagia.

Bahagia ni mahal.
tak lama lagi ada jawatan
menteri bahaGia
Bayangkan semua staf kena bahagia.  Baru sesuai bertugas dgn agensi bahagia tu.
srcret..

kena ada kawan.
bila berkawan,
kita boleh hidup berjiran
tapi awas
jgn car pooling.  Bahaya.
isteri kita lawa
drebar jiran tu ..baru mati bini.
bahaya bahaya bahaya.

kau nampak tak oman
jgn kasi bini naik his car.
bahaya.

nanti kau tergigit jari.
bodoh!!!!

Nikmat pandai.
pandai melukis.
pandai ngJi Quraan
pandai nashid
pandai upsr
pandai pmr
pandai mrsm
pandai spm
terus overseas.
bukan India tau..
england ..

penulis pernah ditaja
gce  A  levels
degree
masters
phd (50%).

Seronok blajar overseas
masa itu kerajaam kita kaya.
ramai anak mayu belajar luar negara.

sekarang endak pak.
sekrang kerajaan papa kedana

dgn arab nak mati pun mintak derma
banyak pak.
ingat 2.6  bilion ringgit ..boleh kongsi kongsi
tak tak tak!
memanda beri azab  pulak  g.s.t  6%

Sedap belajar overseas
pagi pagi cornflakes
taruk susu lembu
bukan lembu machang yer
Lembu dari Suffolk ma
cream susu banyak
sodap.

sedap belajar overseas
saturday  bolasepak
sepanjang hari tonton bola dari kaca TV

sedap belajr overseas
pagi ahad ..car boot
banyak barang mat salleh ..mayu beli
pasu bunga beli
sodek tembaga .beli
buku cerita enid blyton beli
aku?
aku beli past papers gce o levels dan  gce  A levels dengan recommended answers.
why?
soalan matematik diploma banyak aku recycle
pening gila students Ku di politeknik , kuittho nak jawab.
itu jer.
janji aku bahagia.

sedap ngaji overseas
saham aku tinggi
isteri aku  sham.  Hasil dari saham tu lah.
Ha.ha.,ha.. syukur pada tuhan.
Hasil study di sana, Allah kuurniakan 2 anak dari inglantera.
syukur.  Sedap car booting.
ada anak.
beli pram pun di birmingham, saltley.  2nd hand, 2nd hand lah.  Janji pram tayar putih.
begitulah storynya.
kasi hati happy.
kawan kawan lama semua happy.
Happiness is everything right?
alhamdulilah.
degree dapat, masters pun dapat.
pegawai MSD  tak boleh marah.
aku study lahhhh..

bila pulang ke malaya
kasut clarks ..tapaknya tercabut.
getah glue kasut england tak boleh tahan dgn cuaca malaya.
lama lama saya repair
dan sedekahkan kepada anak anak buah.
happy mereka.
kasut clark englandlahhh.

buku buku bola pele, johann cruff, benkenboer german
saya sedekahkan ke perpustakaan bandar dan kampung
banyak juga saya pass kpd jiran tetangga.
story books, health guides  semua sudah hilang dari library rumahku.
where?  Kasi kawan kawan
hasil amalan itu
tuhan balas senyap senyap.
5 anak anakku ditaja kerajaan belajar rata rata.
kira kira ..hampir rm 500 k   duit tajaan budak budak ni.
alhamdulilah.

keno sokong kerajaan banyak banyak.
Hidup kerajaan ku!

Akhirnya nikmat tidur
.
tidur ni penting.
bila tidur organ organ kita rest sekejap.  Sekadar 5 6 jam kasi rehat.
jika dapat tidur
Yang baik
badan kita segar, cergas dan bergaya.

jika tidak
wajah kita hodoh macam hantu raya
bersyukur jika dapat tidur lena  wahai insan insan mulia.

ada orang pangkat besar
tak leh tidur,
pusing kanan pusing kiri
pasang kipas
pasang air condition
still no sleèep
dakwaan rasuah
status ON
ON  ON
payah tu. Penangan SPRM.
satu hari mcm mcm rakyat tahu
ekspedisi golf di amerika, wang rasuah
beg beg wanita, jam Tangan rolex semua hasil rasuah, malunya
begitulah..
kesannya .. tak boleh tidur,
1 malam, 100 mlm , masuk malam 700  ..pegawai tinggi masuk lokap polis

pencen 0000 dan malu cukuplah banyak.
awas
jangan rasuah.
wahai anak, wahai kawan kawan mudaku semua.

hidup miskin
tidor lena
bahagia  kita.
percayalah.  Ikut perintah tuhan.  Ikut sunnah nabi.  Gerenti aman  pakk.

aku kaki tidur
atas bas tidur,
ATAS jambatan pulau pinang
atas pesawat tidur
dlm bayan tabligh waktu subuh pun ..ada chance, aku tidur.

travel outstation pun
jika ada peluang zap
zap zap  tidur
Drebar kereta pegawai universiti dah lama tahu
aku geng zzzz...zzzz..zzzz.
jgn kacau plof tidok.
jet lag

alhamdulilah
sebelum sampai universiti
jom pekena sup kambing 40 hari 40 mlm  abang.
Bandar Ayer Itam, johor

ha..ha..ha..

nikmat sihat
nikmat jawatan
nikmat ada drebar
semua ini
sementara.
Akhiratlah yang kekal abadi.
Allahu Akhbar.

rumusan.
senang sahaja.
belajarlah bersyukur wahai anak.
Tak rugi apa apa tau?

SEKIAN.

Wasallam.

0 comments:

Post a Comment