kata kata kosong

Posted by sazali

Salam

Tong kosong semua orang tahu.
Tak ada apa apa di dalamnya.

Rugi jadi tong kosong.
Tidak ada sumbangan apa apa.

Begitu juga manusia
Ramai orang mampu berkata kata.
Pak Menteri pun sama.

Cikgu pun sama.
Semua orang boleh bercakap.
Naik pentas dan cuba bercakap itu dan ini.
Tetapi para pendengar tahu.
Kita tak boleh menipu.
MengApa?

Sebab yang bercakap
Tak banyak membaca.
Kalau setakat membaca akhbar harian
Banyak mana hang tahu
Aliran mata wang.

Bercakap pasal ekonomi
Tak cukup cakap harga petrol naik
Harga petrol kita masih murah dibandingkan dgn negara lain.
kita kena tahu teori
permintaan dan penawaran
tahu baca keluk graf
bagaimana hargA komuniti ditentukan..bukan senang itu.

2)  kalau tengok pak menteri bercakap
aghhh...  tak dalam sgt
cara dia interpretasi
data depan mata
setakat mengharap teks dari pegawainya.
inilah orang luar kata
kita cakap banyak
tetapi tong kita kosong.

kasihan.
kasihan.
itulah realiti.

3) kalau setakat main watsapp
macam IGP
apa boleh rakyat perolehi
memalukan.

ha..ha..ha..

kita jatuh
kerana jawatan best best
kita beri kpd orang tak pakar apa apa.

sebab itu
bila berada dlm rombongan bisness antara negara
kita kena smart
buat talking and trading

kalau tak smart
kita setakat boleh berhutang
banyak bNyak dari negara lain.

kita pokai.

4)  apa nak dibanggakan
kita bangunkan negara
dari wang hutang?

bila berhutang
kita jadi lembu
orang luar tarik hidung lembu
terkoyak hidung kita.
berdarah banyak.
apa boleh buat
kita bodoh.

fikirkan
jgn kasi chance
tong kosong jadi tok wakil kita
tong kosong jadi menteri kita

ayuh
kita berubah

sekian.
wasallam

0 comments:

Post a Comment