Harga barang naik

Posted by sazali

Salam

Hadiah dari kerajaan BN kpd rakyat yang sedak berhari merdeka ini ialah ..  menaikkan harga minyak dan gula.  Syukurlah dengan tindakan ini.  Rakyat Malaysia tidak boleh 'marah' kerana ..  mereka pun dah merestui BN pada Mei 2013 yang lalu untuk terus memerintah.  Ramai Guru, Polis dan askar merestui kerajaan ini.  Kalau lawan, ingat budak Mongolia itu?    Semasa BN memberi bonus dan kenaikan gaji .. ramai staf kerajaan kelihatan gembira jer.  SEnyum lebar berjalan ke bank untuk terus berbelanja.

Oleh sebab hutang negara sudah mencecah RM500 bilion .. maka langkah terbaik ialah mengurangkan subsidi bahan bakar dan gula yg telah ditanggung oleh BN selama ini.  nok cari mana lagi pitih adik wehhh ..  wak gitu gini, mu kator ..asyik reti berhutang jahh ..  dalem doh lubuk hutang kitor ..  so the best avenue is to squeeze a bit more from adik kakkok punya poket.. dosakah aku?   Ini adalah langkah paling senang ..tak payah nak jual apa apa produk terbaru hasil ciptaan dan inovasi mana mana rakyat Malaysia pun ..

Bila harga minyak naik, semua benda akan naik kecuali orang orang tua yg uzur tak mampu nak naik tangga menuju ke bilik doktor pakarnya di hospital hospital kerajaan di seluruh negara.  Kasihan mereka!

2)  Mengikut ajaran agama yg suci murni, kita kena banyakkan bersabar.  Jangan disebabkan nyamuk , kelambu kita pakai selama ini iba-tiba kita bakar tanpa perancangan yang rapi.

Bila harga naik, kerajaan dapat sedikit wang.  Dengan wang inilah kerajaan akan menghantarkan wang biasiswa  kepada pelajar-pelajarnya .. di luar negara.  Hari itu , sibuk kerajaan hantar anak anak melayu ke Mesir, Syria untuk belajar kursus kursus kritikal seperti kedoktoran, pergigian dan ..  macam macam lagi.  Disebabkan peperangan dan rusuhan , sekarang kerajaan berebut rebut nak bawak pelajar pelajar ini pulang ke negara kita ..  Dulu sibuk hantar keluar negara .sekarang sibuk nak bawak pulang pelajar pelajar yg sama ke pangkuan keluarga mereka masing-masing.  Untuk maksud hantar menghantar ini, jalan paling pintas ialah menaikkan harga minyak.  Bila ada duit, BN boleh taja pelajar ke luar negara dan jika keperluan mendesak, mereka boleh bawak pelajar ini pulang serta merta.  Benda ini boleh dibuat bila BN ada duit.  Bagaiamana?  Menaikkan harga minyak dan gula.  Senang jer ..tak payah susah susah belajar tinggi tingggi mencakar langit pun.  Asalkan kekuasaan pemerintahan itu ada di tangan mereka, banyak benda boleh dibuat tanpa memerlukan perancangan apa apa. Lagipun, sekuat kuat penduduk Malaysia memberontak sesuatu isu ..  mereka memberontak tidak mencapai tahap bagaiamana pak arab Iran. Iraq dan Mesir memberontak.  Mereka tak berani mati.  Kalau mereka berani mati beramai ramai , mungkin .. kenaikkan harga minyak dan gula ini tidak akan menjadi satu realiti/  NOKTAH!

Betul tak?

3)  Orang orang kita beani cakap, berani melawan ..tetapi bila dicabar ..kau berani mati ..  saya rasa ..tak ramai mahu melakukan langkah terakhir ..  menggorbankan diri sendiri kerana memperjaungkan sesuatu  isu .. lawan tindakan kerajaan menaikan harga minyak dan gula.  Berani engkau?

Cuba tengok DSAI.  Macam macam yang ditempuhi olehnya.  Biarkanlah itu menjadi pengajaran kepada anak anak cucu kita ..  memang nak melawan arus pemerinthan ..  sakit badan wahai abang.  Tengok ada orang matanya hampir hampir terbuang.

Tengok nasib Hang Jebat ..  dia melawan Sultan Melaka .. nasiibnya jadi apa?  Yes ..  dia dibunuh oleh Hang Tuah dan .. cerita nya ... jadi bahan sejarah.  Itu sahaja.  Sakit badan kita kalau nak lawan kerajaan.  Rakyat Mesir ramai yg mati ..kerana mereka melawan kerajaan mereka bertentera.  Ramai jadi janda, duda dan yatim piatu sekelip mata.  Kalau tidak melawan, saya rasa ..ramai lagi mereka mempunyai orang orang tersayang mereka .. untuk meraikan Hari Raya Aidil Fitri selama sebulan di Johor ini .  Maaf Zahir dan Bathiin lagi dan lagi.

4) Sebagai pelajar luar negara . tidak payah susah hati dengan kenaikan barang di sini.  Benda yang paling kau mesti risaukan banyak banyak ialah..  bila mahu habis pengajian mu ini?

Cepat cepatlah tamatkan pengajian degree, masters dan Ph.D itu.  Bila dah habis , kita akan cepat cepat masuk arus perdana /  stream //  kesan ekonomi .. yang mana harga minyak dan gula sudah dinaikkan ..

Apa patut kita buat?

4.1  kurangkan perjalanan jauh jauh menggunakan kereta berkuasa minyak yg tinggi.

4.2  kurangkan makan minum kat kedai mamak  atau kat kat luar seluruh negeri

4.3  banyakkkan masak dan  makan minum dalam rumah sendiri.  Kalau dulu kita makan 5 lauk, waktu malam sekarang kena belajar makan 3 lauk sahaja.  Kalau dulu si bapa makan banyak dengan 2 kali tambah , sekarang si bapa tidak dibenarkan ...  menambah nasi dan lauk lauknya.  Dulu suka minum Nescafe Susu pekat cap junjung 3 sudu besar sekali minum  ..  cuba sekarang minum Nescafe tanpa susu pekat manisnya.  Itulah mesej BN. Insyallah kita akan keluar jadi warga terbaik punya.  panjang umur abang.  amalkan gaya hidup sihat.  Duit simpanan bank pun akan naik tinggi.  He..he..


---

Kita tak boleh meradang tak tentu pasal.

Lagipun .. BN ialah nama singkatan Barang Naik.  Semua BN .. semua barang naik.  Apa yang menggerikannya?

Itu lumrah alam ...  bila gaji guru sekolah rendahpun dah naik, gaji jururawat desa pun dah naik ..  gaji drebar bas express pun nak naik ..  gaji pekerja luar negara yg datang ke sini pun nak naik ..sudah tentulah .. barang barang lain pun naik jugalah kerana .. BN mahu benar menjadikan  Malaysia se buah negara ..

berpendapatan tinggi,  .. semua mesti tinggilah ..Institut Pengajian Tinggi, Sekolah Berprestasi Tinggi , Hidung Tinggi, Tudung pompuan pun try buat tinggi sikit lah, tumit kasut tinggi,     ..  maka tak lengkap istilah tinggi ini tidak dimasukkan item -  harga ikan kembung satu hari nanti cukuplah tinggi -  RM30 se kilogram.  Ambik kau?


Mengikut ayat Al Quraan .. kesabaran itu satu dari sifat keimanan.  So amalkanlah.. pelan pelan.

Kalau tak leh terima .. mu kena terima jugak ..kerana ..  tompok kekuasaan tertinggi negara bukan berada dalam genggaman tuan .. itu semua di bawah kuasa pemerintahan DS Hj Mohd Najib Tun Razak punya.

So jangan menangis.  Kasi duit poket , sekolah anak anak itu ..banyak banyak sedikit.

INtai intailah kalau kalau  ada jiran nak jual kereta kancil dan kelisa.  Bawak kereta jenis ini ke pejabat ..setiap masa dan ketika  tetapi .... bila pergi kenduri saudara paling hampir dgn kita,  bawaklah kenderaan steady sikit.  Baru ada jalan/ class  .. Where got no road mannn?  <ketawa>

5)  Bila barang naik .. degupan jantung atuk dan nenek pun tiba tiba naik punya.  Mungkin selepas hari ini bila kos perubatan di klinik klinik swasta sudah dinaikkan sesedap rasa.. ramai kalangan warga tua akan mati mengejut.  Tak apa.  What to do?

Bila rama mati .. senang sikit hati penggali penggali kubur kat kampung kita itu.  Banyak upah boleh dicari se tiap hari.  Pokok pangkalnya .. ada lagi kawasan tanah nak digali untuk  dipanggil  tanah kubur, lubang kubur  mak ayah pegawai pegawai bergaji tinggi, berprestasi tinggi, blood pressure tinggi, kolesterol tinggi, buah fikiran tinggi , risau rungsing pun tinggi ..    dan menghuni di pangsa pangsa rumah yg tinggi tinggi.  Contoh di Putrajaya kita ini.  Sabarlah ..  anak anak cucu cucu ku sekalian.

Barang semua dah naik. suhu kepanasan  pun naik.  Semua naik  cucu cucu ku.  Bawak bertenang.  Bil letrik naik .. harga kipas musing-musing 24/7  pun naik dan .. macam macam sudah naik.  Bagus BN Barang Naik kita ni.

Al Fatihah.

Wallalahu aklam.  Bawak bertenang .. nanti orang lain akan baca Al Fatihah kat Encik Abang.  Awas.

P/s:  maaf dipinta.  Aku sekadar menulis sahaja.







0 comments:

Post a Comment