3 jenis paksi

Posted by sazali

Salam

Manusia dipengaruhi oleh 3 faktor.

Pertama umurnya.
Kedua  rezekinya ( di sini kita sukat dgn mata wang ringgit).
Ketiga tahap kepuasannya.

Secara santai , kita takrifkan hayat kita seperti satu kuboid, kubus atau kotak main mainan si anak.

Tengok gambar ini.  Kotak?



Umur kita boleh faham dengan mudah.  Dari umur 1 hingga tahun 60,70 dan matilah kita.

Rezeki pun .. orang kampung boleh faham jika kita letakkan duit ringgit dan rupiah sebagai unit ukuran sedangkan rezeki ini datang dgn berbagai bagai bentuk.

faktor terakhir ialah kepuasan.  Ini payah diukur.  Tetapi untuk kuliah bersama sama dengan pelajar pelajar saya ..katakan lah ini bisa diukur.

maka terbentuklah

 Manusia ini sebagai sebuah kotak masing masing.

Jika kita tuan kepada kotak kotak ini ..kita tahu bahawa kotak ini berbagai bagai saiz.
Ini bergantung kepada kita.

Allah mengawal kehidupan kita.
Jika dia melihat kita seperti kotaknkotak
Dia tahu ..kotak ini senang rosak.
Kotak perlu dijaga.
Penjagaannya perlu rapi.
Baru boleh bertahan lama.

Untuk itu tuhan menghantarkan rasul dan nsbi nabi
Memberi pesanan kpd umat umat manusia
Kehidupan kita terhad.

Dia turunkan kitab zabur, injil, taurat dan Al Quraan nur kareem.

Dalam kitab kitab ini , banyak kesah dipamerkan sebagai pedoman hidup.
Sukses dan kehancuran manusia bergantung taatnya kita pada suruhan tuhan
Sebagaimana disampaikan oleh setiap rasul.

Allahu Akbar.
2)  kotak?
Umur tuhan hadiahkan kpd kita.
Rezeki pun ..hadiah dari Allah.  Banyak rezeki dan sempitnya rezeki.
Semua kuasa Allah.  Sihat adalah rezeki.  Bila sakit, rezeki kita terancam.

kepuasan?
ini bergantung kpd ikhsan Allah.
ada orang terlampau kaya ..tetapi tak puas puas.
Rugi dia.
kawin ramai .tak puas?
mengapa?  Puas ini hadiah dari Allah.

ada orang miskin kedana.
tetapi dia puas.
tidor bawah langit, dlm hujan, di atas jalanraya
Bombay India ..dia lena  tuan, puan.

mengapa?  Dia puas hati.
hari ini ada lagi chance aku hidup merempat di lorong lorong kota Bombay.

disebabkan ini
ada orang saiz kotak tak sama.

ada kecil , dia status puas.
ada kotak besar, ..dia tak tidor dlm lena.
Mengapa?

Allah yg tentukan.
Allah maha berkuasa.

mintalah darinya melalui solat.

Rumusan.
Hidup ini sementara.
kotak kehidupan tak dapat bertahan lama.
kena hujan, kena psnas
berhari hari
lama lama kotak akan binasa.

tamatlah riwayat kita.

oleh itu hargailah  5 perkara.
umur mu,
sihat mu,
kaya mu,
lapangnya kamu
hidup mu sebelum kamu mati.


adakah ini 5 paksi?
fikirkan.

boleh lukis tak kotak 5 paksi?

he he he

Wasallam

0 comments:

Post a Comment