kalau sayang

Posted by sazali

Salam

Kita sebagai ibu bapa bersedia berkurban apa sahaja untuk famili kerana faktor terbesar ialah sayang. Kalau tak sayang tak kan ada ayah sanggup kerja 2, 3 jenis sehari semalam. Orang bangla tingalkan negara kerana sayang anak bini mereka.

Ada tu waktu siang jual ikan dan waktu malam bertugas sebagai jaga di sekolah.
Duit dapat digunakan untuk anak isteri.

Ada wanita, siang mengajar di sekolah/politeknik.
Malam online bisnes pulak.
Dapat duit taja anak di Mesir.

Pendek kata ramai antara kita berkurban macam macam untuk famili.

2)  sekarang diperhatikan
Tak ramai antara kita sanggup berkurban untuk agama.

Kalau ada yg sanggup mengambil kerja 3,4 jenis
Untuk mencari duit lebih
Kenapa kerja agama tidak diambil juga?
usaha agama perlu kerana

keadaan belia beliawanis sangat kritikal.

usaha agama diperlukan kerana
masjid kosong.
jiran masjid pun tak datang masjid.
Walaupun masjid besar fizikalnya,
bilangan pengunjung masjid surau cukup kecil bilangannya.

bila usaha agama dipinggirkan
anak anak muda semakin liar.
si lelaki liar
dan si gadis tak tahu malu.

malu itu iman.
malu untuk keluar dari rumah tanpa tujuan.
malu untuk terjebak dalam maksiat apatah ayah dan atuk kita
orang penting di kampung.
iman turun naik.
masa iman kuat
mcm mcm ibadat kita buat.
bila iman turun
solat tak dipedulikan lagi.
ayah, ibu, anak semua tak buat subuh.
satu rumah tak berpuasa.
bila ini berlaku maksiat bermaharajalela.

siapakah yg boleh membantu?
kalau tidak orang orang mcm kita muslim muslimat semua.

tanpa usaha agama
tuhan turunkan bala dan bencana.

Bosnia hancur
Myanmar hancur
kerana umat islam jauh dari agama. Bila mereka dibakar hidup hidup oleh musuh islam
raungan mereka dibawa ke kaca T.V.
sibuk satu dunia.

cuba selak
KeadAAN mereka sebelum ini.

malaysia pun akan hancur
kerana semua peringkat pegawai terlibat dalam rasuah.
pemuda pemudi dibiarkan tanpa tunjuk ajar.

Kalau sayang
buatlah sesuatu.

sayang anak masuk neraka
buatlah sesuatu.

sayang isteri masuk neraka
buatlah sesuatu.

sayang diri sendirimasuk neraka penuh dgn azab.
buat lah something.

kerana itu usaha dakwah dikerahkan ke seluruh dunia.
Beruntung besar orang orang yg dipilih oleh Allah
untuk turut serta.  Tuan tak mahu ke?

tuan boleh?
boleh bila tu?

buatlah semasa hayat masih ada.
tak rugi tuan.

jom kita buat sama sama dalam satu jemaah.  Saya dah ajak tuan ni. Ok?

sekian.
wasallam

0 comments:

Post a Comment