kursus keusahawanan

Posted by sazali

Salam

Hari ni hadhir ke kursus keusahawanan dengan kawan kawan muda dari JPP  Politeknik, politeknik merlimau, sabak bernam, tanjung malim, serawak, JB, tasik glugor pulau pinang, sekolah menengah sains Setiu, SMSI  Kota Bharu,
Trengganu, St Georges Girls school, beberapa buah sekolah kebangsaan cina Pulau Pinang dan Bukit Mertajam.  Kesemua peserta 32 orang termasuk PM Dr Ng  dari Ukm  dan 2 pensyarah dari UPSI.

Mr Paul Sausa pengendali kursus ini. Dia dari Lemon Institute of Arts, Mumbai, India.

Bagus jugak dapat bersama dengan Dr Shamsuri dan Puan Fazny dari JPP  Putrajaya.

Ada beberapa input yg baik untuk dikongsikan nanti. Empowerment, critical thinking, application, collaboration, learning by doing, never say die, never give up, perseverance, observation, story telling behind each teaching, ..spirit of entrepreneurship.

Slice of life?
sekarang eSTEM   entrepreneur STEM.  Kami ditunjukkan satu filem yg panjang pasal 4 gelombang yg sedang berlaku dan mempengaruhi kita semua.


2)  Never stop learning?  Itu slaid pertama dari Mr Paul.

kanak kanak belajar ABC
pelajar sekolah   1-2-3;  RM10.00  -  RM9.85  =  RM0.15
graduan universiti belajar cara untuk terus hidup lagi dan lagi  tanpa bergantungan dengan pihak kerajaan BN  dan
orang bersara belajar untuk terus 'relevan'

Begitulah slaid dari Mr Paul Sausa dari India ini.

Macam macam idea  nya.

Best sangat sangat seperti berikut:

Black box  dalam entrepreneurship  ialah:  pertama,  traits;  kedua, skill sets  dan ketiga ialah,  etika.

jika pesawat MAS  jatuh ke dalam laut, pihak bertanggungjawab akan mencari blackbox pesawat.  Mengapa?  Ini mempunyai semua maklumat mengenai kemalangN pesawat.

jika blackbox merupakan struktur bangunan
maka kita mesti melihat bilik bilik bangunan tersebut.

selepas bilik,  kita mesti melihat perabut perabut dalam setiap bilik berkenaan.
Untuk itu, saya berkursus ini.

He..he..he,,,

bagi saya belajar ini satu ibadat/  kalau tak dapat gunakan ilmu ini sekurang kurang nya dapatlah menyumbangkan idea ini secara sedari ataupun tidak dengan orang orang lain pada masa hadapan.

3)  Semua arahan Mr Paul adalah dalam Bahasa Inggeris.
Ada guru guru dari Kalimantan Timur, Indonesia cuba bercakap dalam BM tetapi Mr Paul kata..
cakaplah satu bahasa yg mana aku pun faham ..boleh tak?




Begitulah  kisah pada hari ini.

Esok saya terus pulang ke pangkuan keluarga insyallah.

Wasallam.

P/s  apakah bezanya antara orang bisnes dengan
Seorang usahawan?

Saya beri jawapan.  Mr Paul kata salah.  Ha..ha..ha. Begitulah nasib saya (ketawa).

0 comments:

Post a Comment