perkara baik dari pihak kerajaan

Posted by sazali

Salam

Kita sedang menunggu PRU 14 dengan penuh debaran.
Sambil menunggu mari kita muhasabah sedikit perkara baik yg pihak kerajaan telah sempurnakan.

1.  Status keamanan negara

Malaysia masih aman. Ini nikmat paling besar.  Semua rakyat masih boleh melakukan berbagai bagai aktiviti ekonomi tanpa sedikit pun merasa risau dan bimbang akan keselamatan masing masing.  Waktu siang aman.  Waktu malam pun aman.  Bila begini, rakyat boleh menganjurkan majlis perkhawinan pada bila bila masa ke hadapan.

2.  Status infrastruktur negara

90%  jalan raya berstatus Ok.  Oleh itu kita boleh bergerak ke mana mana sahaja tanpa kerisauan. Dengan ini ekonomi negara boleh berkembang lagi dan lagi.  10%  sistem jalan raya di negara ini mungkin mengalami kerosakan kerana banjir dan sedikit masalah tanah runtuh. Dua ini tidak ada manusia boleh kawal.  Luar bidang kuasa PM dan kuncu kuncunya.  Begitu juga semua gandingan padu orang orang alim islam pun tak mampu menolak bala bila tuhan turunkan hujan lebat dan banjir 2014 di Kelantan Darul Naim.

3.  Keadaan masyarakat berbilang kaum dan agama

semua rakyat boleh mengamalkan agama dan adat istisdat masing masing tanpa masalah.  Oleh itu orang islam boleh melaungkan azan untuk solat 5 kali sehari.  Penganut kristian pun boleh ke gereja mengikut kehendak dan kemampuan setiap diri masing masing.  Begitu juga penganut Buddha dan Hindu di sini.

Semua ini nikmat yg dikecapi oleh rakyat negara ini.

4.  Dan banyak lagi

Berdasarkan nikmat di atas,
Ramai makhluk manusia ingin datang ke sini termasuk dari Korea Utara.
Rakyat dari Burma ada.
Rakyat dari Nepal ada.  Rakyat
Bangladesh jangan cakaplah.  Sangat sangat ramai mereka mendapat rezeki di bumi bertuah ini.  Bukan setakat bekerja di pam stesyen minyak, ada juga segelintir dapat berkhawin dengan perempuan tempatan. Insya sllah jika kita panjang umur tahun 2050 atau 3000  kita sukar mengenali DNA melayu yang asal lagi.  Masya allah!
Begitu juga rakyat dari India dan Cina.  Rakyat dari 2 benua ini
banyak menimbulkan masalah kepada polis, pegawai kastam & imegresen kita.
mengapa?
sekali pandang macam mantan KPN  Zaman Khan
dan pandangan kedua dari sudut lain pula ... macam Bruce Lee.
cukup sakit kepala.

Bila ramai pelancung boleh bergerak bebas di sini,
peluang kerajaan menang dalam PRU yang akan datang adalah cukup cerah sekali.
Apa boleh buat?

pihak pembangkang tidak boleh bersatu dengan mantap
kerana terdapat 2 faktor yg payah dikompromi.

pertama isu agama.  Bila agama islam diketengahkan maka dengan sendiri parti PAS payah nak bertolak ansur.  Hatta dgn ahli profesional mereka selama ini pun ..  ulama PAS  tak boleh terima itu ini.  Sudah lama mereka berjuang atas tiket agama yg suci.  Keputusan? Mereka tak boleh menawan undi majoriti rakyat untuk menubuhkan satu kerajaan seperti BN.

isu kedua ialah .. tahap fleksibiliti.
Negara seperti Malaysia
kita kena cerdik sedikit.  Kecerdikan ini datang dari pendidikan, pergaulan dan timbang rasa kita selama inilah.
Kalau bergerak ke sana sini
dan tiba tiba kita lapar
pandai pandailah nak hidup pada hari ini dan seterusnya.
Kita tak mampu membawa kuali ibu kita ke sana sini kerana
dunia sudah banyak berubah.  Dulu kita makan ubi kayu dengan  kelapa parut berserta ikan kering yg mana kita tak pernah risau masalah halal haram tetapi sekarang bila kita berkerja di ibu kota ...
di restoran KLCC  contohnya, mana nak jumpa lagi kepala ikan gelamor kering dan buah jering dan kerdas asli.  Aduhai kita berhadapan dengan roti kilangnya bukannya 100% orang islam punya , telur ayam (entah ayam dari Cina atau India ni)  dan banyak lagi.  Kopi pun ..melalui teknologi .. kita tutup mata dan telan., sudahlah. Mee hoon goreng pun ada sos merah. Siapa buat sos ini?   Jika difikir dalam dalam
kita akan miss train laju abng dan adik.  Lagi pulak kita lapar dan terus mati.  Mau? Astagh firullah.

yg pasti ...makan minum ini tidak sedasyat
orang makan rasuah, makan riba bank, berzina, menipu, membunuh orang  dan syirik.  Penulis berpegang 'kemah keming'  satu azimat berbunyi  seperti di bawah

Allah ampun semua dosa kecuali syirik.  Apakah itu syirik?  Keno  g  masjid dan duduk belajar dlm majlis ilmu dan fikirlah iman dan amal mu  wahai  anak.  Tolong ok?

Sekian.
Wallahu aklam.






0 comments:

Post a Comment