istighfar

Posted by sazali

Salam

Pagi tadi berkesempatan solat di Pasir Puteh.
Masjid Ibrahimi nama masjid besarnya.

Selepas subuh ada 2 pilihan.
Pertama start exora dan terus pulang atau
Kedua duduk sekejap menadah telinga mendengar ustaz memberi tazkirah.

Mengikut statistik, aku suka sangat dengan  pilihan pertama.
Pencinta bantal busuk dan terus pulang sambung tidur.
Rugiiiiii...

Tapi hari ni, entah mengapa
Aku cari zon sedap
Menyandar tepi tiang besar masjid
Gesel sikit urat urat belakang kat tiang masjid.
Sedap oooo.

Depan mata beratus pelajar tahfiz.
Duduk mendengar ustaz memberi taxkirah.
Bagus budak budak ni berumur 10 hingga 17 tahun
Umur muda ..dah dilatih ..bersusah payah mendengar tazkirah al ustaz 20 minit sahaja.

Bila dilatih ..lama lama semua benda payah jadi senang.
Lain dgn mak bapak di kota kota besar mungkin
Takut nak ganggu anak teruna, dara dan menantu
Masih tidor dari 2 pagi hingga 10 pagi.
Astaghfifullah hal azeeem.

Hari ni
Aku bersama sama dengan anak sulong dari London.
Menantu dari Bangi.
Ipar ipar ku dari Sungai Besar, Selangor.
Tuhan permudahkan kami ..  mendengar tazkirah.

Tajuk tazkirah.?..  istighfar (bermakna mohon maaf dgn Allah, taubat tak mahu ulang lagi dosa  seperti menipu, zalim, mengumpat, fitnah, membunuh orang, ambik barang orang tanpa izin, main 3 btg kayu, rasuah, buat buat cerita, meniru dalam peperiksaan, lawan kata ibu dlm memilih calon isteri, intai isteri jiran dari Kemboja dan makan minum tak usul periksa halal haram asalkan kenyang, hutang apek jual motorsikal tak bayar habis lagi, hutang buku 3 lima atau 5 tiga, curi, rompak, zina, tak layan ibu @ anak bini, shopping pasar malam waktu maghrib, tak solat fardh,  claim palsu, sumpah palsu, tengok aurat perempuan, menyanyi lagu dang dut tak khabar diri,  plagiat kerja orang, mengelat bayar upah kuli dan banyak lagi loyar buruk).

2) Al  ustaz membaca surah noah ayat 10,11,12.
Allah merakam ..
Nabi Nuh a.s. berdakwah kpd umatnya.

Beristighfarlah..
Allah akan ampunkan dosamu.
Allah turunkan hujan
Jadikan kebun kebun mu subur
Banyakkan anak anak mu

    ××  jika anak sulung dan tengah tak soleh,  yang lain lain ada lagi yang soleh.  Syukur.
          Sedap jugak mata dan hati ibu ayah yang sudah tua.
    ××   susah ni ..proses membesar sahaja. Bila mereka besar, panjang, berat dan lebar .. mcm mcm jugak pertolongan yg dapat dihulurkan kpd bapak dan ibu mereka
   ×××  sekarang tuisyen mahal ustaz?  Daftar kolej, politeknik, universiti semua pitih ustaz.  Bukan buah dan daun getah ustaz.  Ikut orang singapura, 1 anak jika dibesarkan oleh mok ayoh jumlah blanja RM1.8  juto   ustaz.  Macam mana tu ustaz?

Komen dari ustaz tazkirah:
Anak soleh.
Anak ramai
6 orang ke atas.
Jgn takut jika anak mu ramai.
Rezeki ..semua tuhan hadiahkan.
Sihat itu rezeki.
Datang ke masjid ..rezeki.
Dengar tazkirah .rezeki
Amal agama ..rezeki
Mengajar kpd orang lain pun rezeki.  Dakwah diri sendiri pun rezeki.

Banyak lagi.
Jap.
Tetamu Perak dah datang.




Permisi pak.

Sambungan.
biasa jika ada tetamu
kita layan habis habisan.

hadith:  jika ada tamu,  mu kena layan baik baik.
hak tetamu ialah 3 hari  jah. Keluarkan teh tarik, biskut kering, buah pisang segar,
nasi berlauk, ulam raga dan buah buahan.
Malam ..sediakan makan malam dan tempat isterehatnya malam malam.  Fumakilla ado pak?  Shelltox  pun alright?

ustaz sambung bercerita

imam ahmad bin hambal dalam satu musafirnya.
dia dilarang tidur dalam masjid.
bila begitu dia keluar dari masjid.

Dia penat dan mengantuk.  Lantas nak tidor di luar veranda masjid.
Dalam proses nak tidor di luar masjid pun
ada pegawai masjid larang keras dia tidor di situ.

Disebabkan dia budak baik.  Dia pun berkemas nak beredar jauh dari situ.
peristiwa dia nak tido
dia kena halau dari masjid
semua itu ..ada mamak roti tempayang ada menyaksikan dari satu kedai menyeberangi masjid.
kasihan kat musafir imam ahmad bin hanbal  bisik hati kecilnyo
dia panggil
dia ajak
Ahmad ..come here.
aku napok mu blako blako
sambil aku dok uli roti tempayan ni ..
bilik tidor ku kosong

kau rehat dan tidorlah sebentar.
tak ada hal  nya.
no need downpayment
No need registration
no need passport.  Tak yoh  kunci kunci.

gilah..landing tu

maka ahmad bin ahmad pun nok tidor lah
tapi
tapii
tapiiii
payah nok tidor
mamak roti asyik beristighfar jah
loud and clear
tak henti henti

mamak tak henti henti istighfar
kecuali dia bercakap dgn ahmad bin hanbal.

maka dialog berlaku antara  imam ahmad dan mamak pengguli roti.
hoi mamak
apa rahsia
istighfar mu ini?  Habis lari mood aku nok lelap mata

mamak pun ceritolah.
ahmad bin hambal nok belajar walaupun dia tersohor dgn ilmunya.

mamak:  semua benda aku hendak tuhan telah berikan.Tuhan perkenankan kecuali 1 benda jah.

ahmad:  apa yg missing boss?
mamak: aku nok jumpa imam ahmad bin hanbal .sampai ke hari ini
  Belum ketemukan kami lagi ...ya Allah.

ahmad:  (bintang, bintang, bintang)

Rahsia istighfar ..  rasulullah istighfar  70 kali sehari.
kita bagaimana?
istighfar dgn ikhlas hati.
nanti semua kepayahan .,tuhan tunjukkan 1 jalan keluar..
rujuk  ayat 1000 dinar.

dengan istighfar..hati jadi lapang dan otak matematik semua clear dan terang.
hutang?  Tuhan mudahkan kita ..boleh bayar hutang lagi dan lagi. Bayarvsedikit sedikit ..lama lama habis semua hutang.
payah dapat anok?   Jgn runsing jangan bimbang.
buat sokmo jgn bosan.  Tawakal pada tuhan.  Ok tak?

sekian. (  letih ..laehhh ..jugok urat dan betis kito dok main barang tulorrr ).

Wasallam.

P/s  hari ni
Jumaat
Banyak  kan bersalawat jugak  yer  pak?

0 comments:

Post a Comment