jangan berkira

Posted by sazali

Salam

Kalau ada orang susah, tolonglah.
Kalau ada pelajar memerlukan pertolongan, bantulah.
Kalau ada kucing anjing ayam lapar, berilah mereka makan. Sardin ok.  Sup kambing pun 2 kali ok.
kalau ada suami yg terlantar sakit, bantulah dia.  Hulurkan makan minumnya.  Jangan berkira buuu.

Mengapa?
Mungkin inilah pertolongan terakhir dari mu untuknya.  Tak sayang ibu kpd bapak?  Kasihan dia.
Mungkin inilah sedekah mu yang terakhir.


Percaya tak?
Jika kamu menolong seorang pelajar,
Tanpa kamu sedari , pelajr itu berjaya dalam semua lapangan.  Besar saham mu.
jika pelajar agama itu nanti menjadi mualim, tak mampu kita melihat semua pahala yang dia perolehi termasuk kalian juga(carbon copy).
Apatah lagi pelajar itu menjadi daeee.
Jika dia berusaha di benua afrika dalam dakwah,
maka setiap atom pahala ..kalian juga akan mendapat sama saham akhiratnya.  Allahu akbar.

oleh itu janganlah berkira.
Semasa hayat kita yang berbaki ini,
buatlah yg terbaik secara ikhlas kerana ikhlas ini milik Allah.

2)  kalau ada peluang mendengar ustaz atau ustazah memberi tazkirah
berilah telinga mu itu sebentar untuk mendengar ayat ayat suci al quraan dan hadith baginda Rasullulah s.a.w.  Manalah tahu tiba tiba kehidupan kita berubah dari baik kepada satu keadaan yang lebih baik dan sempurna.

kalau ada se atom taufik dan hidayah pada mu sekarang,
buatlah solat sunnat seperti dhuha dan tahajud.  Percayalah. Yakinlah.  Tenaga untuk amalan ini jauh lebih mudah dari kita bersusah susah payah dalam hutan rimba di Ulu Kelantan mencari ramuan akar kayu dan tongkat ali. Mengapa?  Dalam hutan kita bergadai nyawa dengan bermacam macam dugaan seperti serangan binatang liar, ular berbisa, nyamuk, kala jengking dan jangan lupa banjir kilat yang tiba tiba muncul dari perut bumi.

kalau ada sedikit masa
tadaruzlah al quraan.  Baca dari muqadam lagi bagus.  Malasvsangat sebutlah subha nallah, Alhmdulilah  dan Allahu Akbar.
Jangan berkira sekali kali dengan Allah kerana dia telah memberikan kita modal yang teramat besar iaitu nyawa tanpa Allah meminta kita membayar satu sen pun.

3)  dengan nyawa kita telah menjalankan beribu ribu bentuk kerja.
Cari makan.  Cari pasangan hidup. Cari idea. Cari ilham. Cari kawan bisnes. Cari itu dan ini.  Fly Malindo.  FLY MAS, fly waktu malam hujung hujung minggu semasa belajar di KISAS atau  SBP dulu.   Ingat  adik?  Semua dengan izin Allah.

oleh itu buatlah amalan atau hulurkan bantuan  walaupun sebentar.
Beramal dalam sedikit kesabaran kerana sabar itu separuh dari iman.

jika ada jemputan khawin..hadhirlah.  kasi kawan kita seronok sedikit melihat wajahmu.   Peluang ini tuhan akan balas dengan rahmah dan keberkatan nyawa untuk mu dan anak2.  Antara tempoh masa pengembumian seseorang yang ada dengan jemputan khawin,  utamakan jemputan khawin walaupun seketika.

Saya mengingatkan diri saya terlebih dahulu.  Yg lain saya serahkan kepada Allah sahaja.

Sekian.

wallahu aklam

p/s  my small doa for my ex student  viva masters I.T  di uthm johor this morning 0900 hours 21 Feb 2017.  Ameen. May Allah makes things easy for you Ms. Siti  Z.  (Ameen).  Sedikit masa berdoa untuk insan yg memerlukan ,,,  ini pun skop tugas seorang guru. Fi amanil  lah.


0 comments:

Post a Comment