Sudah cukup mu?

Posted by sazali

Salam

Kalau beristeri satu, cukup.
Dua?  Cukup.
Tiga?  Cukup jugak.
Empat?  Lebih dari mencukupi.

Mengapa?  Perkhawinan itu adalah satu amanah dari Allah yang Esa.
Amanah ini besar.
Amanah membimbing anak isteri di  dunia dan akhirat.
Amanah bukan sesuatu benda main main.

Mati itu benar.
Kehidupan selepas mati lagi lagilah benar.
Jika anak bini tidak dididik dengan ilmu dan amalan agama  bila
Berbini ramai
Membuka peluang tersangatlah besar kita dihumbankan ke dalam api neraka.  Tak takut you?

Dulu Nabi Muhammad s.a.w. berkhawin dengan maksud agama, kembangkan agama dan jaga amanah tuhan.

Sekarang amalan dan fikir agama kita kurang dan tidak menyerlah dalam pelbagaian sudut kehidupan kita masing masing.  Solat subuh pun isteri yang ada penyakit segugut  tukang kejutkan.  Kalau tak dikejut subuh gajahlah pemimpin berjiwa besar ini.

dalam bab duit belanja rumah tangga
income tak pernah cukup.  Setakat drebar ambulan sahaja.  Payah abang  seeen wehh?
Nak ambik wanita thai, kemboja dan acheh sebagai isteri muda mu,  bagaimana pak?

Cuba senaraikan ilmu dan amalan mu?  Ambik kertas A4  dan pen merah ini. Guna Excel Microsoft pun boleh.  Dari senarai itu, mu rasa rasalah
Gerenti  syurga  ke?

Kalau diri sendiri pun terhuyung hayang
Bagaimanakah nak selamatkan wanita dan anak anak dara sendiri  dari azab  Allah?
Payah  kan?  Kena  keluar dakwah dulu ..tengok keadaan umat sekarang ini.

2)  keadaan umat
2.1  si perempuan.  Kadang kadang solat.  Kadang kadang tidak terutama musim kenduri kendara.  Pakai macam macam.  Nak solat kena berwudhu.  Make up  macam mana?
2.2  si lelaki.  Bulan ramadhan kuat puasa.  Kuat makan. Kuat belanja martabat pak dee, onde onde, lompat tikam.  Kuat tarawih.  Selepas ramadhan,  majlis tazkirah tak pernah nampak duduk lama lama.
2.3  remaja?  Apa remaja kafir buat,  anak anak kita buat juga.  Tido jauh jauh malam.  Subuh tak pernah bangun.  Hancur  kan?
apa yg remaja yahudi nasaro buat dengan mulut bergincu  dan rakaman hand phone,  sesetengah
remaja muslim di malaysia, indonesia dan brunei buat jugak.  Cukup memalukan.
2.4  budaya hutang semakin parah.  Hutang runcit di kedai tak bayar bayar.  Hutang kad kredit pun ..makin membukit
2.5  jenayah pembunuhan, rompakan, samun, ..SEKSUAL menjadi jadi
2.6  tipu sudah menjadi main mainan.  Rakyat tipu,  pemimpin negara menipu juga.
2.7  rasuah semua penjuru.  Sekolah ada rasuah, jabatan air Sabah ada rasuah dan kementerian pun ada rasuah.
macam mana tuan penulis tahu ni?  Bacalah akhbar.  Jangan dok asyik hisap rokok daun sahaja.  Baca, teliti dan fikirkan.
2.8  orang korup  dijadikan pemimpin negara.  Rata riti pemimpin korup disanjung melebihi status tuhan
2.9  penyanyi kawin cerai kawin cerai dijadikan idola.  Dijadikan ikutan ramai.
2.10  dan lain lain lagi seperti orang kelate tambat budak kecil kecil  di tadika kanak kanak di Shah Alam mengunakan tali ikat kambing dan good morning towel.  Untuk apa?  Duit..apa lagi.

Fikir dulu.  Fikir dan redhalah
Cukuplah dgn menjaga amanah 1 orang isteri.  Ini pun ..kelam kabut dah waktu pagi pagi hantar anak ke sekolah, hantar isteri ke klinik ibu. Mari pulok anak kecik lagi dan lagi dalam perut ibunya.   Rezjeki?

Sekian.
Wasallam

0 comments:

Post a Comment