di sebalik semua yang payah itu ...

Posted by sazali

Salam

Orang melayu berasal dari kampung.  Tak kiralah dia dari Malaysia, Indonesia atau Brunei
Majoriti kita adalah dari kampung yang aman damai.

Mengikut kamus cetakan tahun 1960an

Melayu ditakrifkan ..bangsa .. asalnya dari kampung, desa atau darat.

He..he..he..

Arwah ayahku ada berleteran satu petang kami berkereta dari bandar Kota Bharu menuju ke Besut, Terengganu.

Dia bising

" ..rugi melayu ..jika tak ada kampung halaman .."

Mengapa?

1.  Di kampung kita mempunyai sanak saudara.
Ada datuk nenek, moyang , kubur tok nyang dan tok kii,
Ada pak saudara, sepupu dan dua pupu mu.

ada gobek sireh?  Tanah luas sejauh mata memandang.

2.  Di kampung, adab dan adat disemai dan dijaga.  Salah satu
didikan agama islam, stail percakapan, loghat daerah kita ..dipelihara kukuh dan setia.

3.  Musim raya
musim perkhawinan
ada kematian

kita melayu selalu pulang ke kampung.
jika tak pulang
ok jugak
tetapi tanpa disedari
anak anak kita hilang sedara dan jati diri.

4.  Hilang sedara?
hilang kerja, jom kito cari yang lain.
hilang bini, jom kita khawin lain.
hilang Myvi,  no problem ..kereta vios pengantinya.
Hilang payu dara kiri kanan, no hal punya.  Flat sikit ok perrrr.

tetapi hilang sedara payah

Sabdaan Nabi Muhammad s.a.w.

"..orang yang menjaga silatul rahim
rezekinya luas dan umurnya panjang."


Apakah maksud rezeki luas dan umur panjang tu?

Mengikut kefahaman ku yg terhad maklumlah umur umat hari ini sekitar 50, 60, 70 tahun sahaja.

ini berbeza dengan umat nabi nabi terdahulu seperti Nabi Nuh alai hisvsalam.
mereka berada di bumi ini selama 900 tahun.

dasyat?


rezeki luas ialah 5
pertama, menggunakan faedah sedara kita bergerak ke sana sini mencari makan.
Kita bukak bisnes
kita ambik sedara sedara tolong kerja kerja di kedai.  Bisnes berkembang. Masing masing dapat menumpang makan.
Kedua, bila ada masalah
kita rujuk kepada pak dan mak saudara kita.
Melalui mereka,  calling calling depa dapat perhatian sanak saudara dari segenap pelusuk negara.  Prihatin mereka adalah faedah kita bersaudara.

ketiga, jika ada anak cucu berjaya di London, New York dan Melbourne
kita boleh guna mereka sebagai contoh teladan.

jika di negara luar, carilah mereka.

bukan orang lain dah itu,
anak saudara emak tu di bendang.

keempat,  sakit demam atau accident,
sedara sedara lah tempat kita meminta bantuan.
bila darah kita masih merah dan pekat,
kita bergerak ke tempat bala bencana dan tragedi
tanpa memikir upah wang,  ringgit dan rupiah
kita tolong habis habisan.
untuk apa?
yes ..cinta kasih kita satu keluarga, satu generasi melayu kampung.

akhir sekali
jangan jual pertalian saudara mara mu ini.
benda ni tercipta sejak turun temurun lagi.

bila terputus
kerugiannya ..
satu dunia tak dapat menebusnya.

ayuh bu
ayuh pak
kita jaga salsilah keluarga kito molek molek deh?  Terangkan kepada anaknanak cucu agar kita bisa terus hidup lama lama.

itulah maksud di sebalik yang susah susah itu
Menjaga hati saudara mara tua mudo kita kiri, kanan, depan dan belakang rumah kita.

sekian.
Wallahu aklam





0 comments:

Post a Comment