Penyakit risau mu

Posted by sazali

Salam

Orang kampung risaunya lain.
Setakat risau pasal makan minum anak anak bininya sahaja.
risau padi tak menjadi kes serangan tikus dalam petak sawah padi.


Guru risaunya lain sedikit.
Pengajaran tak berkesan.
Pelajar baru  MRSM  3A  pun dah boleh masuk MRSM sekarang ni.  Dulu 5A ujian penilaian UPSR
Kes disiplin pelajar perempuan semakin mencabar.

Risau polis?
Risau trafik musim perayaan tahun baru cina.
Risau pecah rumah orang orang di Shah Alam musim orang cina cuti nya panjang.

Risau orang beristeri ramai?
Duit tak cukup. Penyakit datang lagi dan lagi.
Anak ramai nak masuk universitas,  belanja makin membesar.
anak sudah bergraduat pun bertahun tahun masih gagal memperolehi sebarang bentuk pekerjaan.

Pemimpin negara risau nya lain.
Bolehkah BN umno  bertahan PRU 14 ni?
Apakah akan terjadi pada nya jika BN kecundang?
Pening tu walaupun duit derma pak arab berkepuk kepuk dalam mesin basuh, laci dapur dan opisnya.  Mungkin.

Tanda risau di Serawak.
Bila YB Adnan Satten meninggal
isterinya dijadikan calon PRK dengan harapan ada sokongan dari rakyat kpd BN sayang lagi dgn arwah YB tersebut.  Trend orang risau begitulah. Dalam gelap rakyat nampak, bila datang hari yg terang lagilah nampak.

Tetapi  antara semua kerisau-risauan di atas
Tak boleh lawan risaunya   Rasulullah s.a.w.

Saat baginda nak wafat (mati)
Dia asyik risau umati  umati nyo.
Mengapa?

Ada 10  saya tuliskan di sini.  Sedeqah kepada para pembaca yang budiman.

Risau nabi kerana

1.  Tahap keimanan umat makin parah
Ramai  umatnya tak percaya adanya hari pembalasan.  Orang kampung tak percaya, pemimpin negara apa kurangnya.  Kalau percaya mana mungkin kes kes rasuah , menipu semakin menjadi jadi.  Semua keluar dalam akhbar.

2.  Umat buat main main dengan agama seperti di bawah:
2.1  orang jahat bawak surat majlis agama untuk tujuan mengutip derma
2.2  pemimpin politik bersumpah dengan kitab al quraan  tanpa adanya rasa gerun dalam hati bala bencana dari tuhannya.  Wallahi wallahi.
2.3  pegawai agama curi duit dari tabung anak anak yatim
Dan banyak skandal.

3.  Solat berjamaah , majlis ilmu agama dan bacaan al quraan makin pupus
4.  Suami dan isteri bergaduh pasal duit dan harta
5.  Suami isteri tak jaga solatnya
6.  Jawatan guru , ustaz dilantik kerana polisi
Penuhkan kekosongan kakitangan kerajaan atas tiket perkauman, bangsa dan agama.
Sepatutnya pekerjaan ini dihadiahkan kepada orang berilmu tinggi dan ada akhlak terpuji sahaja seperti guru, pensyarah dan pak polisi
7.  Urusan muamalat , hutang piutang tidak dijaga dengan baik
8.  Masalah rogol, seks dalam kalangan umat.   Kesannya bilangan  anak luar nikah semakin ramai.  Sekarang orang jahat tak segan nak buang  anak ke dalam masjid.
9.  Usaha dakwah ditinggalkan.  Tak ada sokongan lansung dari orang ramai.  Orang jahil  benci dakwah dan orang alim graduan  mesir pun anti dakwah habis habisan.
10.  Tuhan manusia ialah  DUIT. Syirik. Kerana duit, manusia sanggup buat apa sahaja bahkan nyawa mereka ..depa sanggup gadaikan.

atas dasar ini
jika ada sesiapa maHu ambik kerja agama dalam keadaan umat yang parah akidah, tauhid ini
supaya fikir rasulullah s.a.w.  adalah fikirnya jugak siang dan malam

maka  balasannya ialah
syorga.  10 kali ganda besar dari dunia yg fana ini.

sepagi sepetang kita keluar
jalan Allah
ini lebih baik dari dunia dan seisi isinya.

misi?  Selamatkan umat dari dihumban ke dalam neraka.
Jom kita bangun dan buat bersama pak dan ibu.

boleh?
bila  boleh  pak?

sekian.
wasalam


0 comments:

Post a Comment