jangan cari susah

Posted by sazali

Salam

Bila kita diberi 2 pilihan
Seperti  kerja susah dan kerja senang sedikit
Sudah tentu kita ambil kerja mudah mudah.

Mengapa?
Perlu kaunseling ke?
Tak payah kot.
Buat 1  antara 2 pilihan.  Probabiliti Ok 50%
 Probabiliti  KO  tumbang hancur 50%.

Kalau guna kaunselor
Menyusahkan pula.  Yurannya mahal.
Mau kau?

Ha..ha..ha..
Zaman muda dulu saya ambil kerja mudah mudah jer.
Tak sakit otak.

Pekerjaan mudah itu dipanggil  mengajar. Guru. Pensyarah.
Begitulah saya.

Bila guru
Sekolah rumah dekat.
Gaji tak tinggi ...sekadar RM1000 sebulan.
Balik dari sekolah ibu ayah semua dah ada di rumah.  Tunggu buat arahan kepada ku.
He..he..he..  atur program majlis kenduri siapa nok g   minggu ini.  Majlis meratip orang mati .. kena gi atau tidak?

2)  dulu ada pilihan
Ada juga syarikat kumpur mahukan aku.
Besar gajinya RM3000 sebulan. tetapi Kuala Lumpur ..sewa rumah mahal, jalanraya semua jammm. Komputer programming dgn orang jepun berasap otak deng.
Ikut teori matematik baik RM3000 dari RM1000
Tetapi aku adalah aku.  Orang lain susah apa kan?

Atas fakta itu ..aku santai jer mencari nafkah untuk anak anak bini.

3) cikgu zaman dulu lain dari cikgu zaman sekarang.
sekarang penat.
selalu keluar gas ikut hidung.  Musim winter nampak wap keluar ikut hidung guru.  Musim summer .. nampak juga wap wap ikut hidung tu.
Banyak benda kena buat.  Beg dia pun banyak. Kalau tak bawak 3, 4  beg
bukan guru siswazah lah tu.

dulu relax. Perdana Menteri bijok pandai blako blako.  KPN  pun hebak gak.
ada guru tidur jer dalam bilik guru.  Dia kata dia sakit.
tiap tiap hari sakit. Maklumlah umur 50, 51 tahun.
ada guru bawak 10 potong jari jer.
guru matematik macam aku , tak perlu bawak apa apa buku.
mengapa?  Pihak sekolah mintak aku mengajar kelas kelas hujung jer.
Aghhhh.... buat apa susah susah. Aku graduate England, disuruh mengajar budak budak slow mcm kura kura.  Jom kita belajar membilang 1 hingga 100 sudahlah.  Bulan januari kita bilang sampai 10. Bulan febuari kita bilang hingga 20.  Sampai hujung tahun ..kau pandai dah membilang up to 100.  Bijok mu.
Strategi aku ialah ..masuk kelas selamat,  keluar kelas hujung hujung biar selamat.
Syukur.  Dengan method itu
saya dapat bersara dengan selamat, aman dan selesa.

ada guru dulu
bawak karipap , kain batek, kambing pun ada yang bawak ke sekolah.
Awas jangan bersalam salaman dgn guru kambing ini.
nanti habis buku buku latihan budak budak berbau kambing.
Aduhai.

ada guru bawa bekal dari rumah.
Berkat berjimat cermat mereka boleh membina
rumah kediaman besar besaran dalam kampung sendiri.
1 rumah bilik 10.  Susah apa kan?  Haji umrah pergi sekali sudahlah.

bukan macam sekarang
semua makan kat luar.
bawak bekal?
hisshh jgn mengarutlah.  Kereta Audi RM500K  pergi sekolah bawak bekal?
mesti pak guard sekolah hairan ni.
Disebabkan gaji tinggi ..ada guru tiap tiap tahun fly
umrah lah, Bandung jakarta lah ..
aleh aleh sakit.  Mengapa?  Tension gila kot.

Begitulah.
Senario kerja mudah mudah sudahlah.
hidup mudah.
mati pun mudah.  Kawan kawan pun mudah.  Baju putih  seluar hitam.  Dalam almari 3 pasang baju puteh.  3 pasang seluar hitam.  Tahun demi tahun. 6  helai pakaian jer. Semua dlm almari plastik berzip. Rm40 jer kos almari. Kereta puteh sepo.  Warna semua puteh , Ingatkan mati.  Kerjo molek deh?

Sekian. Jgn sakit kepala.
Hargailah kepala mu ini.
bukan boleh jumpa di kedai kepala cantik seperti ni.
so   jagalah diri elok elok.

Sekian.
Wasallam




0 comments:

Post a Comment