Bila mahu buat taubat ini?

Posted by sazali

Salam

Sebagai manusia kita berhadapan dengan banyak dugaan.  Sekali sekala kecundang juga kita maklumlah.. ,, iman kita tak sekuat macam iman para sahabah radiallah hu akhum .. aj main .. maklumlah kita makan banyak yg express seperti maggi, biskut, Nescafe, Nestle dan macam macam ..


Dengan bala tentera syaitan dan iblis yg berpengalaman luas menipu orang orang bertakwa dahulu kala  ..  dan dengan kita berbekalkan iman senipis kulit bawang ..siapalah kita ini bukan?  (cara merendahkan diri dgn tuhan rabbal ala meen)

2)  Disebabkan sifat sedemikian ..Nabi Muhammaad s.a.w mengajar kita supaya  bertaubat bersungguh sunguh sebelum ajal bertemu kita dalam mana mana keadaan sekali pun.

Di dalam kitab ..  Siti Aisyah r.anha.  melaporkan Nabi beristighfar beribu ribu kali sehari semalam.

Kita ..apa lagi.. sepatutnya berganda gandalah maklumlah ..

otak kita memikirkan banyak yg bukan bukan ;
idea kita mempunyai banyak dimensi ;

anggota badan kita secara fizikal tak yah cakap lah ..

dan paling senang ..kita selalu datang lewat ke opis. Tempat kita mencari nafkah untuk anak anak bini  Jika datang awal ..pun ..kita jenis lambat nak buat kerja-kerja produktif.  Selalu buat kerja 'last minute'.

3)  Ringkasan cerita kita ada banyak buat dosa.

Elok sangatlah  kita buat taubat .. kpd Allah Taala .. dan buat niat ..  tak mahu ulang ulang lagi kesilapan yg lampau lampau selepas membaca artikel ini.  He..he..

Adushh ..  macam macam dosa kita.  Dari lubang telinga hingga ke biji mata ..banyak yg tak kena dgn suruhan tuhan yang maha berkuasa.

Sempena bulan ramadhan nak meninggalkan kita , eloklah kita melakukan solat tasbeeh .. sekali seumur hidup pun tak apa lah.  Kalau malaikat semak satu hari nanti .. kita ada buat jugak.

Fadilat solat sunat tasbeeh.  Allah Taala ampunkan dosa kita 80 tahun ke hadapan dan 80 tahun ke belakang.  So julat umur 160 tahun .. covered .. dosa kita.

Dengan berbuat demikian , kita pulang ke pangkuan illahi dengan dosa bernilai sifar '0'.

Buatlah tuan hamba.  Sekali seumur hidup.  Ayuh.
Bagaimana Cikgu Li?

  Baca  tasbeeh 'subhanallah alhamdulillah wala ila ha ila llah wallah hu akbar' 15 kali pada waktu sebelum baca Al Fatihah then kita baca Al Fatihah then terus baca Surah pendek yg lain seperti solat  biasa-biasa kita buat itu

sebelum turun rukuk , kita baca 15 kali tasbeeh lagi   ...
then baca lagi 'subha nallah alhamdulillah allahu akbar' pada   rukuk 10 kali; iktidal 10 kali tasbeeh ;  sujud pertama 10 kali tasbeeh;  bangkit dari sujud pertama  bertasbeeh lagi 10 kali;  then sujud kali kedua  baca tasbeeh 10 kali  dan bangkit
 dari rakaat pertama dan sebelum bermula rakaat ke dua / KITA ULANG SEPERTI di atas

Semua sekali dalam satu rakaat 80 kali

So kalau 2 rakaat  kita dah sebut 160 kali tasbeeh 'subhana llah - alhamdulilah - allahu akbar  

Gitulah 'kot_?'  ..sedikit sebanyak .. cara cara sembahyang solat tasbeeh.

2)  Saya buat 4 rakaat .. selalunya.  Total  320 kali bertasbeeh.

Nak betul betul sedap  hati dengan angka tasbeeh .. cuba semak dari kitab Fiqih yg lain.



Ayuh kita buat deh?

3)  Kalau tak betul pun .. angka tersebut .. (saya akan perbetulkan nanti)/  yang penting kita cuba cuba buat at least sekali dalam seumur hidup kita ..Insyallah.Tak dapat jumlah tasbeeh yg betul betul tepat pun tak apa .. jangan panik sangat.  Yang penting kita cuba buat. Itulah cara pendekatan saya ..mengikut ajaran Ustaz kesayangan saya Ustaz Yusoff Dakwah Tabligh Dusun Raja Kota Bharu/  Kelantan selama ini.

Saya ikut jah.

Sekian.  wallah hu aklam.


 

0 comments:

Post a Comment