Sumpah seranah orang di sebelah dunia sini

Posted by sazali

Salam

Tajuk penulisan saya kali ini ialah 'Sumpah seranah'.  Tidak ramai orang mahu menulis perkara ini.  Tetapi tak apalah. Saya suka menjadi peneroka pertama (pioneering cohort).

Dalam masyarakat dunia, sumpah menyumpah sudah menjadi satu kebiasaan.  Lazimnya orang atasan menyumpah kepada orang –orang bawahannya dan sejak kebelakangan ini orang orang bawahan pun mampu menyumpah orang-orang bangsawan dan atasan . Mengapa takut?  Jawapannya ialah kita semua mempunyai perasaan dan dibekalkan oleh tuhan satu MULUT dalam badan kita masing-masing.   Masyarakat Malaysiapun terkenal dengan amalan sumpah menyumpah / sumpah seranah ini.  Walaupun mereka dikatakan kuat beragama, benda benda yg keluar dari mulut mereka tidak mencerminkan begitu.  Satu peribahasa cina ada mengatakan “..  jika kita terlepas 1 perkataan dari mulut kita, 7 ekor kuda Manchuria  yg paling kuat pun tidak mampu menarik balik perkataan tersebut demi menyelamatkan kita ..”

Contoh sumpah seranah adalah seperti berikut:

(i)                   Bodoh engkau!  (sumpahan seorang guru kepada anak didiknya dalam kelas tercorot Tingkatan 1, subjek Matematik , topic Theorem Phytagoras, sub-topik mencari panjang sisi hypotenuse)
(ii)                Celaka engkau  KASSIM ! ( sumpahan ibu mertua kepada menantunya yang sudah buta)
(iii)               Binggung engkau! ( sumpahan ibu kepada anak sulongnya yg tersilap membeli ubat batuk Kelapa Laut dari singseh cina)
(iv)              GILOR  punya system kehakiman Negara.  Ada pulak lepaskan pembunuh-pembunuh itu disebabkan seorang pegawai polis tertinggi tak hadhir ke mahkamah memberikan keterangan.  Bukankah polis kita melebihi 10,000 orang .. tak kan tak boleh heret si bedebah itu ke mahkamah!  GILOR ..macam cerita tamil tahun 1960’an sahaja Malaysia ini.  Tok peheng aku,  (sumpahan rakyat Malaysia kpd system kehakiman Negara ini pada hari isnin 26 Ogos 2013 yg lalu)
(v)  nate gilor babi .... punya manusia ..  (kelantanese version )
dan banyak lagi.

Kalau kita sempat menonton bola sepak antara pasukan Kelantan (Red Warriors) dengan Johor DarulTakzim , saya percaya tuan puan cantikmolekk  boleh mendengar 1001 macam bentuk sumpah seranah  penonton kepada pemain pemain kedua dua belah pihak yg sedang berebut piala FA.  Selalunya orang yang menyumpah ini tidaklah pandai sangat bermain bola.  Cuba kasi sepasang boot bola kat dia ..  suruh dia kejar bola itu dan menyumbat gol ala Maradona.  Boleh bang?

Mengapakah amalan sumpahan dijadikan satu amalan dalam budaya hidup kita?
Jawapannya mungkin berikut:
(i)                   Satu bentuk ‘expression’ bahawa kita tersangatlah geram dan menyampah dengan kelakuan  dan gelagat si anak, si pegawai bawahan kita dan banyak lagi
(ii)                    Mulut kita sebenarnya busuk kerana hati kita sebenar benarnya busuk dari tempayan petai jeruk / budu yg sudah lama tamat tempohnya
(iii)               Memang kita adalah keturunan yg suka menyumpah di mana mana jua.  Tengoklah anak anak yg cacat itu ..mungkin hasil proses sumpahan kita yg tak berhenti-henti.  Astarg firullah hal azeem!
Dalam kitab, banyak masa dan tempat , maha guru melarang kita menyumpah itu dan ini walaupun kita mempunyai sebab yg menasabah.  Kita diminta bertenang dalam keadaan kita:

(i)                    bergaduh dengan isteri kita.  Sebab jika tak dikawal rumah tangga kita akan rusak binasa.  Anak anak kita akan kehilangan kasih sayang ibu bapanya maklumlah sekarang ini orang orang INDOPAKBANGLA sanggup mengambil janda janda melayu sebagai teman hidup mereka pada bila bila masa apatah lagi isteri kita itu guru DG52 tau?  He..he.. he..
(ii)                 bertengkar dengan Tuan Pengetua/ Pengarah  kerana janji palsunya kpd kita ini apabila  menganugerahkan pegawai lain sebagai penerima AKC tahun ini sedangkan kita sudah banyak kali menyebut dalam mesyuarat kepada kawan kawan kita yg jauh junior dari kita bahawa tahun ini adalah giliran kita pula sebagai penerima AKC.  Kita malu besar , bukan?
malu besar, pinggan besar, mulut besar dan cakap kita pun besar besar .  Skala mega!
(iii)                 Kita diminta bersabar sekejap kerana tuan doctor sedang merawat pesakit yg baru ditimpa kemalangan ( alat kemaluannya disembelih  oleh isteri tertuanya sebentar tadi menggunakan pisau lipat souvenir  Lahad Datu, Sabah  2013…).


Dan banyak lagi.

Jika kita seorang penjawat awam, kita diminta berkelakuan seperti apa yang termaktub dalam Perintah Am Kerajaan sepanjang masa dari saat kita menerima jawatan hinggalah kita bersara.  Selepas kita bersara, bolehlah kita nak sumpahkan kerajaan ini menjadi batu pun tak apa kerana ..  Perintah Am sudah tidak ada kena mengena lagi dgn kita.

Tetapi pengalaman mengajar penulis ini beberapa perkara.  Tidak tahulah sama ada tepat atau tidak ilmu, pengalaman  dan kesan pembelajaran dan pengajaran ini.

Banyakkan bersabar kerana  kita mempunyai jiran tetangga.  Kita mempunyai anak anak dara yang sedang menanti masa untuk dikhawinkan.  Kalau kita marah  kerajaan BN pun, tidak ada kesan kepadanya kerana kerajaan adalah terdiri rakyat jelata seramai 30 juta penduduk Malaysia (tak campur rakyat Bangla 1.4 juta yg baru jer landing kat Malaysia sebelum PRU 14 baru baru ini.. dan ramai lagi rakyat Indonesia,  India, Pakistan, Nigeria, Vietnam, Thailand, Myanmar, Filipina .. ohsssss.. ramai lagi ..tak terhitung ramainya..  ). Aduhai .. negaraku Malaysia!  Merdeka , Merdeka, Merdeka!  Apa itu merdeka cikgu?

Dulu , 1957 Arwah Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj , arwah Tun Abdul Razak dan  arwah Tun Ismail bersusah payah berikhtiar membebaskan Negara ini dari penjajahan British tetapi bila 2013 menutup tirai empat bulan lagi, Negara kita sudah menjadi sebuah tong sampah bagi Negara Negara Commonwealth.  Kita sudah tidak seronok lagi keluar ke sana sini ..  silap silap haribulan nanti bila kita buat kenduri kahwin anak anak kita , khemah kenduri kita dipenuhi oleh orang orang pendatang asing maklumlah sekarang pompuan melayu Sabah, Serawak, university IPTA  seronok sangat  berkawan dgn student luar negara  siang dan malam.  Ustaz ustaz di sempadan Thailand dan Kalimantan menyumbang  banyak saham ke arah menghancurkan Negara tercinta Tunku, Tun dan ramai lagi .

Menangis aku?

Jika tiba tiba arwah arwah itu pulang sekejap ke Malaysia untuk berhari raya Aidil Fitri,  cuba teka .. apakah perkataan yg mula mula terkeluar dari mulut mulut mereka melihatkan terlampau ramai rakyat dari luar negara berkumpul dalam stadium merdeka …  umur stadium 56 tahunkah  usianya.

Mungkinkah sumpah seranah.. berbakul bakul banyaknya ?  Agak agak engkau kepada siapakah ..   sumpahan itu ditujukan ?

  

Wallahu aklam bis sawabbbbb.  Al Fatihah Malaysia.    


p/s:  seronok kita sudah hilang?  Batu kita pun sudah lama hilanggg.. cuba kau raba kat celah sana ..  jumpa tak   Memanda? 

0 comments:

Post a Comment