Langit mendung sahaja ini

Posted by sazali

Salam

Aghh langit kelihatan mendung sahaja.  Teringat saat saat saya belajar di Birmingham dan Leeds.. jika langit mendung , hujan dan angin kuat .. selalunya saya senang jatuh sakit/ demam selesema/ basah sapu tangan dgn hinggus ala ala cendol ..hissssh.

2)  Kesakitan itu cepat mendatang jika .. progress projek FYP dan masters research ..tak menjadi jadi jugak ..programming banyak errors, coding kita seorang jer tahu hujung pangkalnya  dan SV asyik marah sahaja.  Gila lah mat salleh itu!  (ha..ha)

3)  Apakah yg akan aku buat di saat saat begitu ..

aku tak suka pulang ke rumah sewa ..  bila aku down dgn hasilan kerja di makmal dan discussion progress dgn SV aku.  Mengapa?  kalau aku balik jugak sudah tentu ..aku akan tidur .. lagi pun .. waktu sembahyang musim winter jam 2  asar ; jam 3.30 maghrib dan jam 0500 ptg sudah isya..  kalau aku tidur ...sudah tentu terlajak gila .. tak sembahyang asar dan maghrib lah aku//

4) di Malaysia .. jealous jugak tengok students bawak kereta ibu , kereta ayah , kereta abang mereka ..datang ke fakulti .  Di England aku tak berani ..  memandu .. ke sana dan sini/

aku cukup takut jika berlaku accidents dgn org org tempatan ..di sana.  Sifat melayu aku masih menebal . Apa dia?  penakuttttt ..pengecuttt ..

Aku pernah lihat bagaimana teruk .. wang yg akan diperah oleh org org tempatan jika kita yg salah melanggar punggung kereta buruk mereka.

Jika kita tak ada lesen memandu yg sah ..  mampuslah kita ..
guarantee jatuh muflis kita ..disebabkan keseronokan sekejap memandu ke sana sini .. dgn kenderaan 2nd hand ..di kampus universiti Leeds dan Birmingham.

Silap silap mereka akan reka reka ..mintak kita baiki semua badan kereta mereka.  That day my friend NIK kena bayar hampir STG 1000 just becuse he knocked somebodys BUM (punggung taxi mat ssalleh)

Kasihan aku kat NIK.

Tetapi apa daya ku.  Aku hulurkan STG 5 sahja.  Why?  banyak lagi nak guna ..  bayar bils api , gas, makan minum dan ..  aghhhhh ..students melayu ..banyak mana sangat duit.  NIk  anak org kaya Kelantan.  Biarkan dia ...(ha..ha..ha)

5)  Jika aku tak pulang ..  ke rumah sewa .. aku akan park ..kat library Parkinson ..membaca .. akhbar akhbar lama Utusan Maalysia dan Berita Harian di sana.

Terhibur juga ...aku dibuatnya bila mengetahui beberapa peristiwa menarik di tanah air.

Bila mood dah kembali suka .. bila pulang ke rumah sewa .. macam macam boleh buat // memasak , study dan sembang sembang dgn kawan kawan bernama Zaini Zainal dan Nasharuddin Ismail ... seronok sembang sembang gila ini ..  selalunya berkisar dgn apa yg mereka buat experiments dalam laboratory.  Taksusah sangat amali mereka// bukan macam aku?  type coding programming ..  macam macam doa aku baca supaya sekali RUNNNING guarantee boleh siap punya.  Mana ada lah benda begini?  syntax error berbakul bakul banyaknya.  Ngerinya.....

Aku ..tak seronok ..kerana programming aku tak menjadi.  Aku sendiri tak tahu ke mana aku nak tanya .

Di Malaysia ...  students ini ada ramai geng.  Mereka boleh bincang bincang, salin salin dan cuba cuba ...programming.  He..he..

Di England zaman batu dahulu 1982 ..  mana ada lap top/ smart phone dan macam macam alah ini.

Semua terminal komputer dipajak hidup selama lama oleh studennts cina dari Hong Kong, Taiwan, Singapura dan Korea.  Aduh. Kita asyik nak gi sembahyang sahaja.  Maklumlah 3 jenis sembahyang nak cover. Asar , maghrib dan isya.  By the time we left the terminals .. the koreans will take over the computers until tomorrow lah. Kadang kadang mereka tidur dalam bilik komputer ini pada hujung mingngu.  Puteh biji mata aku.

Gila.

6)  Kalau tidur ..  mimpi ngeri pasal programming projek tak menjadi.  Bila ini berlaku .. kadang kadang ..  mood nak breakfast pun tak ada/  mood nak gi lectures pun hilang ..

nasib baik aku ada Lai Meng Wong, Mr Lam ..  mereka rakyat malaysia.
Kadang kadang aku mintak tolong mereka jugak.  Sikit sikit lah.  tak lehtunjuk aku tak reti itu dan ini/  pura pura terror punya programming jerrrr.. u do this lah u do that lahhhh.. try .. then u come again lah..  HISHHH apek ni.


Dia orang enjoy .. menolong aku siapkan projek programming COBOL, PASCAL dan .. macam amacm

syuukurlah .. aku suka main Futsal ptg ptg khamis.  dapat jugak aku kenalan dari Malaysia / Singapura / Iran/  Egypt. Kalau aku siap programmingjam 5 ptg ..berduyun duyun students arab akan berjumpa aku nak baik baik , sebut brother lah..y akhi' lah ..  why? nak tiru aku punya programing lah . apa lagi/

ha..ha. satu hari ..aku kasi programming yg siap tetapi .. jawapan yg salah .. minggu hadapan hampir hampir aku dibunuh oleh pak pak arab ini kat padang bola James Park.  Berjenuh aku apologize .. silap silap variables.  patut square roots ..aku bantai  'SQUARE' jer.  u know what?  they got zero for their assignment and I got 70 per cent.  Syukurlah .  aku masih hidup ..kalau tidak tak khawinlah aku dgn isteri aku pertama ini sekali dan selama lama hidup atas muka bumi ini. ( tak achi)

Aku tak kesah sangat .. berkawan.  Asalkan ..kerja programming aku settle .. aku akan merasa cukup senang hati.  Tiap tiap hari .. aku doakan muga muga projek FYP / PSM aku .. cepat cepat menjadi.

Aku ada jugak ..kawan kawan melayu ..tetapi majoriti adalah engineering/  mereka tahu FORTRAN jer. aduhai...  Coding mereka 1 muka surat jer sedangkan aku BSC Computer Science ..coding lebih dari itu ..  takut dan mengerikan ...panjang coding pascal itu /

7)  Melihat kembali / imbas kembali ..syukurlah aku selamat .. semua semua itu.  Presentation PSM dan / atau FYP aku .. aku diistiharkan lulus.

Seronoknya hatiiii.  kalu ada kepak burung sudah tentu aku fly home ..cium kaki ibu ..  dan beritahu ,.. aku lulus mak.  Oh that time mana ada FACEBOOK ....  samsung tablet.  Mana ada.  Dulu main aerogram jer. Hantar hari ini ..  10 hari baru sampai. Pergggggh.

Tak makan setahun pun tak apa .. why?  aku boleh pulang ke tanah air ..  sebagai graduan luar negara ..dlm bidang komputer ma.

Alhamdulilah.

Aghhh ..langit gelap lagi.  Hujan masih turun ke bumi non stop sejak zohor lagi.  Rambut ku basah sejak tadi lagi .. ini sure demam ni .. tetapi tak apa ..  mak dia ada.  Dia akan tolong panaskan sup ayam, sup ekor , sup macam macam lah ..untuk menyegarkan tubuh badan aku lagi.

Aghhh.. esok ada kerja di opis ..fakulti itu.  Sabarlah ..  ingat nak melawat anak tersayang di UIA . insyalalh.   lambat sangat lah harini nak habishhhhhh.  He..he..  dunia tak ceria ..kerana langit gelap , mendung ..menyimpan seribu rahsia.

Bilik opis gelap jer .. why? tak mahu membazirkan wang rakyat pasang api ..  bagus bukan?

kita berjimat jimat .. sedikit kerana ..  tuhan akan soal kita nanti .. why pasang api ..  sedangkan ..  kita boleh baca benda atas skrin komputer ini.  Aghhh..  ,acam macam nikmat tuhan akan soal kiri dan kanan kita.

Sekian.

Wallahu aklam..  may god grant us success in this dunia and akhirat sana.
Ameen. p/s:  seronok jadi student di England sana. tobat lilah ?   Girl friend?  jgn cakaplah..  aku main bola macam George Best MUFC punya. ... (laugh).  Pemain iran dan iraq mau aku main dgn depa every weekend.  Kalu aku tak score , mereka yg akan score gol gol tersebut.  BEST main bola dan tipu budak arabbbbb ini.

0 comments:

Post a Comment