Tanggungjawab anak sulung lelaki

Posted by sazali

Salam

Kau ada anak sulung lelaki pertama?  Untung kau jika ada.

tanggung jawab anak sulong pertama ialah:

(i)  jadi pak guard  kepada adik adik perempuan kau yang lawa lawa itu di mana mana sahaja mereka berjalan.  SEdap punya kerja.

(ii) tukang beli asam garam mak kat dapur ..  pandai talk talk dgn cina apek di kampung / hutang apek yer/ esok ayah bayar punya/ enter semua dalam buku 3 lima please apekkkk.

(iii)  jadi contoh teladan dalam semua bidang terutama pelajaran.  Selau jika si along berjaya, angah akan berjaya jugak..begitu juga ..  si oncu.  Semua berjaya di tempat universiti masing-masing.

(iv) banker kepada adik adik yg selalu keputusan wang ringgit di tengah tengah bulan.   Abang .. pinjam duit sikit lah. Tak banyak  RM500 jer .. akhir tahun saya bayar..bonus Najib nak kasi kat kita orang.

(v)  orang pertama ... dapat geran tanah dan apa apa yg berkaitan dgn wasiat ayah atau ibu yg ada tanah kebun berhektar hektar banyaknya.  Ambik kau?

(vi) bila ayah mati ..  kau kena masuk lubang kubur dan sambut badan ayah kau itu.  Tak seram kau ?

(vii) sembahyangkan jenazah ayahanda tercinta.  Kau jadi imamnya.

(vii)  banyak lagi ... malas nak tulis kerana penulis adalah anak sulong jantan orang .

Aduhai.

Seram bila sebut jenazah tu.

lain kali saya menulis lagi.  Insyallah.

Sekian. Wasallam.


0 comments:

Post a Comment