Tanggungjawab datuk/ nenekanda

Posted by sazali

Salam

Tadi saya dah tulis peranan dan atnggungjawab ayahanda. Sekarang kita tengok pulak peranan dan tangungjawab si atuk/ nenek kita pulak.

Tanggung jawab mereka tak banyak sangat dah.

Antaranya ialah:

(i)  dilantik jadi konsultan tanpa bayaran apa apa .  Upahnya.. sebuah bilik dalam rumah kita.  Kalau dia sakit , kita hantar dia berubat kat klinik dan macam macam tempat lagi (jika dia mahulah)

(ii)  dilantik jadi aktor pasif dalam proses runding merunding dalam kes tunang bertunang dan kahwin mengahwini.  Dengan adanya wajah mereka dalam rombongan kita,  nilai rombongan sudah naik 1 atau 2 mata skala lagi pada pandangan masyarakat orang luar.  Maknanya ..rombongan ini ada tata susila dan ada adab melayu kita.  Masih mampu memelihara seorang datuk/ nenek yg sudah semakin tua.  Mas kahwin mungkinn boleh tawar menawar.  Insyallah.  Respect kat atuk kita punya.  He..he..

(iii) tukang menyibuk jika .. kita beli itu dan ini untuk menghiaskan rumah tangga atau membesarkan rumah.  Dia akan kata itu dan ini.  Yang bagus ..ahli rumah terutama si ibu ..elok pekakkan telinga ibu itu apatah lagi si datuk/ sinenek  ini adalah dari sebelah si ayah dia.  Adush ..sakitnya hati.  Datuk/ nenek pulak yg berlebih lebih  membuat komen macam macam.  Maklumlah di adah makan garam lebih awal dari tentera tentera jepun itu.  Kau faham tak?

(iv)  tukang arah/ pengarah/  nak beli itu dan ini/ time bulan puasa ..  macam macam dia akan  mengarahkan ketua keluarga kau itu.  Nak makan nasi kerabu , bawang jeruk , daging bakarlah .ayam percok kelantan lah  dan macam macam lagi .. maklumlah dia ada pencen katakan .  Dia ada duitnya sendiri .. itu yg sedapnya kasi arahhan demi arahan ..tanpa putus putus.  Ada rumah tangga yg hancur ..kerana .. penangan bawak orang tua (mulut laser) ini duduk dgn dia .. sejak 30 tahun lagi.    Kasihan kat engkau! tu lah .. kau pernah tengok tak filem melayu klasik ' Ibu Mertua ku ..". lakonan P Ramlee.  Aduhai.  Bukankah aku suruh dah kau belikan trompet untuk mainkan lagu P Ramlee itu.  (laugh)

(v)  berperanan jadi banker (tukang duit).  Bahagian ini .. anda yg masih berumur muda trang tang tang mesti pandai ...slow slow talk dgn dia.  Mak .. pinjam duit sikit mak ..  time raya ini .. kita ingat nak beli kipas angin lah.  Mak tak nak ke kipas angin baru?  He..he..  (mesti terasa .. ada org kat luar sana itu) Laugh.  tahniah kerana sudah berjaya menawan banyak dah duit atuk/ nenek pencen itu/  tahniah kerana skill ayahnada dan bonda cukup memukau sekali di hadapan anak anak semua.  Syabas!

(vi)  awas ..jika atuk/nenek merajuk.  Mampus kita.

Semua adik beradik jauh dan dekat akan tahu modus operanadi kita selama ini.

Sekian.  Cukuplah kali ini.  Esok kita sambung lagi insyallah.

0 comments:

Post a Comment