Membina fikir anak-anak

Posted by sazali

Salam

Anak anak adalah anugerah Allah.  Sepatutnya sebagai ibu bapa kita haruslah menggunakan peluang terbaik ini untuk membina fikir (fikrah) mereka sementara kita berada disampingnya.  Jgn lepaskan peluang tuan hamba.  Rugi.

Orang cina membina otak anak anak mereka ke arah fikir kpd dunia dan janji janji manis perniagaan kerana bagi mereka duit adalah segala-galanya.

Orang Brazil membina fikiran anak anak mereka ke arah dunia sukan bola sepak kerana mengikut statistik, ramai pemain Brazil merupakan pemain profesional di Eropah dan dari karier tersebut mereka memperolehi wang untuk mengubah status sosio-ekonomi ibu bapa mereka ke arah yg lebih menjaminkan.

Pada tahun 1970'an kerajaan Malaysia berjaya membina fikiran rakyat melayu dengan  Dasar Ekonomi Baru di mana semua melayu diberikan peluang belajar ke pringkat yang lebih tinggi sehingga ramai yg bergraduat dari seberang laut dan menjawat jawatan yg baik dalam semua sektor pekerjaan seperti profesor melayu, doktor pakar jantung melayu, pakar ekonomi melayu, pakar pembankan melayu dan mekanik melayu di kawasan Felda Jengka 10, 11, 12 dan banyak lagi.

Tetapi Nabi Muhammad s.a.w. mahu umatnya membina fikir bahawa dunia ini bukan matlamat mutlak mereka semata-mata. Oleh sebab itu dalam satu doa .. kita berdoa siang dan malam supaya tuhan kurniakan kita kebaikan dalam 2D iaitu  dimensi dunia yg sementara dan dunia tanpa sempadan iaitu akhirat abadi abada( buat selama-lamanya).

2)  Hatta kerana itu, sebagai ayahanda ..  setiap kali kami sekeluarga hendak berbuka puasa kami akan duduk d meja makan 20 minit sebelum azan maghrib diazankan.

Saya sebagai ketua keluarga akan memberi sedikit tazkirah kepada anak anak isteri perkara-perkara yg berkaitan dengan agama dan maksud hidup kita sebagai mukmin dan mukminah sejati.  Syukurlah .. ini datang dari penglibatan saya dalam usaha dakwah di Dewsbury, England. (dunia tabligh).

Selalu tazkirah saya berlegar kepada 6 perkara:

2.1  nikmat makan minum melimpah-limpah.  Nak makan ..semua ada/ syukurlah
2.2  nikmat kesihatan ... kita dapat menjalankan ibadat sembahyang terawih dan subuh berjamaah selama 30 hari ..
2.3  nikmat mempunyai ibu ayah / ada orang di sekeling kita sudah kehilangan orang orang tersayang bergelar bapa dan ibu.  Banyak nikmat mereka tidak perolehi bila ibu ayah tidak ada disamping mereka 24/7
2.4  nikmat mempunyai otak yang baik/ syukur anak anak saya dapat peluang belajar di peringkat universiti.  luar negara dan dalam negara
2.5  nikmat berada dalam bulan Ramadhan pada tahun ini.  BIla sebut sahaja Ramadhan , inilah peluang terbaik kita memperolehi ganjaran dari Allah dalam semua aspek amalan amalan agama dan dunia.  bayangkan membaca satu huruf dari Al Quraan , kita dapat 10*70 = 700 hasanah.  Hasanah ini adalah mata wang kita untuk memasuki syurga Allah.  Dalam bulan puasa , dengan bermodalkan sebiji buah kurma jika kita jamukan orang berbukak puasa ..maka ada peluang pahala puasanya sedikit sebanyak masuk ke dalam akaun kita.  Alhamdulilah.  Syukurnya.  Manalah tahu kualiti puasa mereka lebih hebat dari kualiti puasa kita .
2.6  nikmat hidup.  Sudah ramai saudara-saudar kita mati dalam usia yang muda dan  Ada yang mati dalam usia yang lanjut.  Tetapi pada hari ini, kita masih lagi bernyawa.  Syukurlah Ya ROBB.

----------------------------

Cuba bandingkan gaya di atas dengan keluarga yang mana anak anak isteri bebas bermain dengan komputer, internet secara individu (nafsi-nafsi)  dekat dekat dengan waktu berbuka puasa.  Sebagai insan yang cerdik, keluarga manakah yang beruntung dari perspektif kehendak Tuhan Maha Pencipta seluruh alam?

Sebuah keluarga yg mana si ayah memandu ahli ahli keluarganya dengan tazkirah agama secara berjamaah, membaca Doa di waktu berbuka puasa  dan seorang ayah lagi yg memberi penuh kebebasan ahli-ahli keluarga tersayangnya bermain dengan 1001 ragam permainan komputer, FB dan internet di waktu 20 minit sebelum kita berbuka puasa?

Untuk makluman, dari kitab kitab timur tengah, waktu 20 minit adalah waktu terbaik kita berdoa ke hadrat Allah .. supaya Allah membimbing kita ke syurga. Oleh yang demikian , saya mengajak diri saya dahulu dan pembaca-pembaca budiman untuk sama sama merebut peluang keemasan ini.

Jika  kehabisan modal untuk bertazkirah secara lisan, ambillah kitab ' Fadhail Amal' nukilan Maulana zakaria (Saharanpur, India) atau Bimbingan Mukminin ..  mintak  anak anak baca secara kuat dan didengar oleh adik beradiknya yg lain .... hadith hadith nabi ..elok dibaca, didengar dan diamalkan sepanjang masa.

Kita patut membina fikir anak anak kita supaya kita selamat di sini dan dunia selepas kita mati kelak.  Skop fikiran anak anak adalah sangat tinggi nilainya.  Kita pernah membaca dari dada akhbar ..bagaimana anak seseorang itu sanggup membunuh ayahnya kerana si ayah tidak mengikut kemahuannya/  kegilaannya kepada sebuah motorsikal bersaiz besar/ dan dalam satu ketika yg lain ada anak sanggup bersusah payah mendukung ibunya yg lumpuh  ke hospital dalam keadaan serba susah.dalam cuaca yg buruk di musim tengkujuh  Ini semua adalah hasil asuhan kita tuan hamba.  Bukan salah kerajaan BN/ PKR atau sesiapa.  Salah ayah membimbing anak anak dan isterinya.  NOKTAH!

Seseorang lelaki mempunyai banyak tanggungjawab.  banyak soalan akan diajukan kpdnya.  salah satu soalan di padang masyar ialah ' ..duit yg kau dapat itu ..ke mana kau belanjakan ?'. Penat penat tuan hamba.  Kita kena proses fikiran kita ke arah fikiran yg tuhan redhai sepanjang masa.  Betul tak?

Orang islam mempunyai misi, visi dan matlamat yang berbeza dari orang bukan muslim.  Itu kita kena tahu dan  sedar sepanjang masa.

Sekian.  Beruntunglah jika kita dapat taufik dan hidayah untuk beristikamah menjaga fikir/ fikrah kita sepanjang masa.

Wallahu hu aklam bis sawab.  Tuhan maha mengetahui.  Muga muga pengorbanan membesarkan anak anak ini tuhan memberi kita ganjaran dengan perolehan seperti hadiah  akhlak dan budi bahasa anak anak yg sejuk pada pandangan mata ayah ibu di dunia ini lagi.  Ameen.

Maaf jika salah bahasa diatas itu.  Bukan disengajakan.  Saya serba lemah.



0 comments:

Post a Comment