bila jatuh sakit

Posted by sazali

Salam. Sebagai manusia biasa kita tak terlepas dari segala cubaan tuhan. Contoh dugaan ialah jatuh sakit. Banyak kitab mengatakan bahawa melalui sakit, tuhan akan menghapuskan dosa kita. Pokoknya kita kena banyak bersabar. Dari satu blog, imam shafie menulis.. kalau ilmu itu difahami dan dihafalkan satu hari nanti ilmu itu akan hilang. tetapi kalau ilmu itu difahami dan ditulis dengan cara yg baik..ilmu ini akan kekal insya allah. Oleh sebab itu saya menulis sedikit sebanyak untuk kalian semua. 2) bila kita jatuh sakit, Allah hantar 4 jenis malaikàt . Tiap tiap mempunyai peranannya sendiri. pertama, malaikat akan cabut nafsu makan. kedua, malaikat itu akan tarik rezeki kita. ketiga, malaikat berkenaan akan cabut kecantikan wajah kita. MUKA pucat lesi tak bermaya. akhir sekali, malaikat terakhir diminta hapuskan dosa pesakit. HARI bertukar hari, minggu bertukar minggu dan bulan bertukar bulan. Dengan izin Allah kita dipulihkan kesihatan..bila ini berlaku, tuhan meminta semua malaikat pertama hingga ketiga pulangkan nikmat yg ditaruk tadi. dipulangkan nikmat srlera makan, nikmat memperolehi rezekinya lagi dan lagi ..dan malaikat ketiga akan pulangkan kecantikan yg dulu kpd status cantik kembali. Tetapi malaikat keempat tidak dibenarkan memulangkan dosa yg telah dihapuskan tadi semasa hamba itu sakit kpd keadaan terbarunyaya sekarang. Oleh itu kita sihat kembali dan dosa kita telah terhapus. Subhanallah. Betapa sayangnya..Allah kpd kita. yg penting kita ada iman. Percaya allah maha kuasa dan manusia tidak ada kuasa pun. Hadith tu. ----- Semalam saya diuji dgn sakit perut dan verak tak henti henti mcm air parit dibukak ibu kunci parit jer.setelah berjumpa doktor, malas sungguh nak ke masjid kerana masalah perut belum selesai lagi. Tapi kerana ikhsan allah, dia bawak aku ke masjid kpg sireh, kota bharu. Memandangkan status sakit perut itu ..aku ambil posisi duduk masjid di belakang sekali. Badan cukup lesu maklumlah banyak air dlm badan telah dilepaskan tanpa rela semalam. Sambil mengenang sakit perut ini ada ustaz memberi ceramah menunggukan isha. Syaitan iblis kuat sungguh tarikku keluar dari masjid. Depa bisik bisik..kau tak sihat brother. Jom balik..aku drive. Ha..ha..gitulah bisikan sedap dari syaitan ini. Memang aku nak balik sangat ..buat apa dengar benda yg sama ini. Tak dengar pun aku dah tahu mcm mcm. tetapi tuhan cukup sayang pd aku. Aku diberi peluang mendengar tazkirah maghrib kali ini. ada 2 point yg menarik. pertama ..tuhan beri kita pilihan. Kita dibenarkan memilih jodoh nak kahwin org tempatan atau kawin pompuan cantik jelita dari daerah luar. Bila kita telah membuat pilihan..pandai pandailah menguruskan barang tersebut. Kedua, istilah nikmat nikmat tuhan kpd kta ini. apa kah nikmat terbesar kpd kita? Jawapannya ialah nikmat islam. Kita dilahirkan dlm keluarga islam. Dengan islam kita dijanjikan syurga. Untuk dpt syurga, kita kena ada ilmu dan inayah allah. Dengan ilmu kita tahu halal dan haram. Tanpa ilmu, bila kita main dgn benda benda haram, satu hari tuhan turunkan bala. Penyakit kelamin, cerai berai dan kapal rumah tangga hancur berderai. Titik klimaks, punai kita tiba tiba jatuh ke lantai kerana punai berstatus busuk, buruk dan malfunction. Syukur ini tak terjadi kpd kita. Why. ? Kita jaga halal dan haram. Nikmat besarlah itu.

0 comments:

Post a Comment