Kehidupan pada hari ini (zaman ini)

Posted by sazali

Salam Hari ini keputusan peperiksaan menengah rendah (PMR) diumumkan untuk rakyat Malaysia. PMR ini adalah ujian peperiksaan bagi pelajar berumur 14 dan 15 tahun yg terakhir dalam sejarah pendidikan negara Malaysia Darul Firdaus. Kita sudah bertukar kpd sistem PBS (penilaian pentaksiran sekolah) yg membawa cabaran baru tetapi menjemput bebanan kerja yg tak sudah sudah kpd sang guru sampailah seorang guru itu mati tergolek di sekolah atau dalam keretanya. 2) Tahniah! kepada adik adik yg berjaya dengan keputusan 9A / 8A / 7A .... 1A atau '0'A . Alhamdulilah adik telah membuktikan bahawa adik mempunyai otak yg baik ..tetapi adik tahu tak .. dalam senarai kedudukan dunia .. dalam kalangan negara negara membangun .. sistem pendidikan kita untuk pelajar 12 tahun atau 14 tahun ..cukup mendukacitakan. Kita tergolong dlm negara yg hampir hampir tercorot.( third last group). Kita kalah dengan pelajar Singapura, Taiwan , Hong Kong dan Korea Selatan pada bila bila masa sahaja. O yes ..jgn caya sangat ..result dan analisa dari Menteri Pendidikan Mlaysia ..esok esok bila analisa menunjukkan semua subjek menunjukkan prestasi pencapaian yg semakin naik dan menakjubkan. Masyallah! Itu semua .mungkin .. mungkin .. nak sedapkan hati mak bapak dari kampung halaman sahaja. Orang pandai .. lain pula cara pentafsiran analisa itu semua. tetapi jgn risau ... itu bukan problem adik adik. Itu problem Menteri menteri kita dan pegawai pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia yg tip top sepanjang masa. 3) Takziah ..bagi adik adik yg bercita cita untuk mendapat result super cemerlang ..tetapi hari ini result adalah mengecewakan. Contoh kita bermimpi mendapat 9A semalam di Melaka Mahkota Hotel tetapi di Tendong, Kelantan hari ini kita hanya skor 5A jah. tak apa. jgn bersedih sangat. Tahukah adik tidak ada jawatan JPA yg memerlukan pekerja dengan kelulusan PMR pun. so jgn bersedih begitu mor nyor. Relax. Adik ada 2 tahun lagi .. buktikan dalam SPM 2015 nanti. Mana tahu adik berjaya SPM dgn 12A .. insyallah. Yg penting .. adik kena study kuat sedikit ..dan fokus ..banyak sedikit. Kurangkan bermain komputer dan FB itu. tidak ada soalan pun yg berkaitan dgn fb dlm PMR bukan? (ketawa). 4) Tahniah bercampur takziah kpd ibu bapa yg mempunyai perasaan bercampur baur bila result diumumkan hari ini. Ada mak bapak .. terlalu over over acting ..sedangkan anak relax jer. Ada ibu ayah dpt stroke berkala sederhana bila anak dapat 3A sedangkan trial exam 7A hari itu. Jangan bersedih ..terimalah hakikat ..anakmu tak terror mano pun bila berjuang dalam dunia akademik dan peperiksaan sebenarnya. (ketawa). Ibu bapa jah yg bersungguh sungguh ke sana sini sejak bulan Ogos 2013 lagi. Bagi ibu bapa yg mana anak anak mendapat 9A . tahniahlah dari saya. SEjujur dan seikhlas ucapan tahniah dari lubuk hati penulis blog ini kpd ibu bapa .. esok lusa kena hantar anak anak ke MRSM, SBT dan macam macam . Yg penting si ayah .sila check status jantung .. kerana bila anak tino ngaji tinggi kita keno kerek .. melawat mereka di seluruh pelusuk negara. Silap silap haribulan .. ada kita terkorban kena serangan jantung/ kemalangan/ dan macam macam lagi. Bacalah bismillah tawakal tu ala llah..sebelum membuat keputusan menghantarkan anak anak dara ke luar dari rumah tangga kita ..iaitu ke sekolah sekolah impian anak anak dan guru guru kita. O yes .. terima kasih ..kpd guru guru semua. Kalau ada ibu ayah yg mempunyai status wang yg banyak ..hantarlah guru guru islam kita itu ke Mekah/ Madinah buat umrah atau melancung melawat Bukit Uhud, kubur nabi Muhammad s.a.w di Madinah Munawarah. Cuba buat gitu ..insyallah ..nama tuan puan akan terpampar dalam muka depan akhbar METRO. Why? tak pernah org buat. Naiklah Air Asia. Tambang murah. All can fly (even) without any A's in PMR. (laugh) Yg ada ialah .. ramai orang lupa jasa guru mereka selepas memperolehi result yg cemerlang ini. Satu cara kita dapat keberkatan hidup ialah .. pergi jumpa guru guru kita dan ciumlah tangan mereka. Jika tangan mereka berbau budu, cencalok .. what to do .. that is their favourite kicap ..tau? ha..ha.. melawatlah guru guru mu dan ucapkan banyak banyak terima kasih kpd mereka yg membanting tulang mengajar kamu siang dan malam . Kalau dapat 9A ..berikan 9 biji buah limau sunkist/ kalau dapat 1 A kurniakan guru guru dgn buah anggur Peranchis 1 kilogram beratnya. Boleh? kato nok berkat mu? 5) So ..the moral of the story is .. PMR is just the beginning of a long journey dalam dunia pendidikan. Selepas PMR, ada SPM , ada STPM, ada degree , ada masters dan ada Ph.D. lepas itu ..ujian rumah tangga pula. lepas itu ..ujian cari kerjo sana sini .. o yes .. sekarang kita dah ada 3 juta pendatang luar negara mencari kerja yg sama dgn kita. Nanti pada tahun 2023..3033 .. bila kita interview kerja .. kita kena terima hakikat .. pesaing pesaing kita ramai orang asing seperti Bangladesh, Nepal dan Indonesia. Open market. tambah pula ..mixed marraige. Ibu sabah kahwin dgn saudagar karpet dari Pakistan. Anak nya .. rakyat Malaysia kor? So sebagai bekas guru .. saya doakan kalian berjaya dunia dan akhirat. Ameen. Orang masjid kata 'dunia ini sementara ..akhirat jugalah yg kekal abadi.." Guanor agok wehhh! Wasallam.p/s: maaf dipinta jika ada tersalah kata. tahniah / takziah/

0 comments:

Post a Comment