5 hari lagi nak berpuasa rsmadhan

Posted by sazali

Salam

Bulan syaaban dah nak habis.  Syukur dapat juga puasa 3  hari bulan Syaban dan Rejab.
Bila begitu ..ramadhan akan menggantikannya...ahlan wasalan  selamat datang bulan almubarak.

2)  Ada ramai org tak sempat berpuasa. Mereka telah meninggalkan kita. Sakit tua ..terus mati.

Ada ramai orang sakit kritikal. Cancer. Jantung. Prostat. Buah pinggang dan macam2.
Bila berada di hospital payah sedikitlah berpuasa.
Dalam hukum agama, dibenarkan berada dlm keadaan tak berpuasa tetapi kena ganti bila sudah sihat kembali.  Fidyah?  ganti ganti ..dgn wang ringgit / beras?

3)  fahdilat ramadhan ada banyak. Beribu ribu tetapi aku ingat 4 sahaja

3.1  Malam lailatul qadha bersamaan dengan 1000 bulan.  Mlm penuh bermakna. Tetapi ramai kita tak dapat. Why? Penat. Hilang mood solat terawih dan tiba2 malas.  Semua anggota badan jadi penat .  Semua ahli nak g  shopping gulalah, vanilla lah, baking powderlah, tudung fareedalah dan beli shorts ..kena tipu ke syaitan.

3.2  Solat fardhu digandakan berkali kali lipat.  10, 20,30, 70 kali  ganda.  Nanti saya confirmkan.  Bagus solat berjamaah. Itu pun jika tuan terdaya. Jgn paksa diri tuan. Buat lillahi taala.
Solat sunnat dinaiktaraf jadi solat fardhu dlm ertikata ganjaran pahalanya.
Bagus sangat baca banyak sedikit kitab al quraan. Salawat pada Nabi Muhammad s.a.w. Cakap elok elok.  Banyakkan thank you dan please please  i  luv you.  Can?

3.3   Bagus kita jemput org berbuka puasa di rumah. Ajaklah student arab ke, yemen ke, pakistan ke rumah banglo, semi D, terace,  flat tingkat 43 kita, untuk berbukak puasa.
Pahala mereka berpuasa ..insya allah dpt kat kita juga sedikit sebanyak ..tanpa mengganggu semua pahala puasanya di sisi tuhan.  Dengan cara ini, kita memupuk muhibah dan kasih sayang.  Kito train isteri speaking English dgn sisters afrikans, maghribi dan Bangladesh. Kasi chance isteri keluarkan pinggan pyrex, sudu, garfuu dari Pusatbelibelahh Selfridges london dan ,,he he he. Happy happy.  I missed this chances a lot now after bersara dari uthm johor.  Seronok sgt tengok wajah my students bukak puasa nasi ayam, asam pedas, sop tulang cicah roti  di rumah. Semua hasil masakan isteri ini.  Best kan?

Untung ada isteri tahu masak.  Ada guna jugak beli  presssure cooker di Leeds , England tu .. waktu kami di sana.  Anak pertama. 35 tahun yg lalu. Masih ada d dapur. Syukur. alhamdulilah.

3.4  bulan begini banyakkan memberi derma.  Dulu RM1 time hari jumaat bulan tak berpuasa, masuk ramadhan up up sikit  derma mu itu tuan hamba RM10 ke, RM100 ke, RM1000 pun sangat2 lah ok.

begitulah tuan.

mata dah ngantuk.  Got to sleep.Esok jumaat ...kerjo lagi..
cari rezeki.  Bantu ibu dan famili sana dan sini...

niat solat subuh berjamaah pagi jumaat ini nanti.
niat lillahi taala.

sekian.
wasallam

0 comments:

Post a Comment