pemain kontrak

Posted by sazali

salam

Kontrak ialah satu perjanjian antara 2 parti atau lebih untuk sesuatu tujuan seperti perkhidmatan.

Contoh kontrak ..

1) pemain bolasepak kelab ternama seperti Chelsea.

Jika si pemain boleh menyumbat gol, kontraknya terus berjalan dari satu musim ke musim e.p.l yang ke hadapan ... jika tidak pemain itu diberhentikan dan gaji tak payah dibayar mulai tarikh penamatan servis.

2)  profesor di universiti universiti tersohor seperti UM, UTM, UTHM

selagi profesor itu boleh membuat kajian, publish hasil laporan, berdiri tegap dan menyelia pelajar pasca siswazah dgn jayanya ..kontraknya akan disambungkan insya allah ..jika tidak ...  profesor boleh diberhentikan.  Jangan berkecil hati Prof.

3)  tukang masak restoran

Selagi masakan  sedap, boleh dikekalkan prestasi masakan dan pelanggan semakin ramai dari malam ke malam ..insyallah kontrak boleh disambung dari bulan ke bulan. Tetapi bila bilangan pelanggan makin berkurangan kerana banyak fakto ekonomi termasuk mutu masakan semakin menurun, kontrak tuan/puan mungkin ditamatkan.  Kasihan.  Begitulah lumrah bisnes.  Jangan berkecil hati pula

4)  suami isteri ( dalam Islam)

Kita pun ada kontrak dgn Allah Taala.  Selagi kita berkelakuan senonoh sebagai suami isteri, ibu dan bapa kepada anak anak yg ada dlm rumah  ..insya allah kontrak boleh ditambah baja seperti iman, takwa, budi bahasa ..  tetapi jika tahap senonoh semakin hilang ..mungkin ikatan perkhawinan ini (kontrak)  akan ditamatkan dalam bentuk perceraian.  Buat faedah apa kan?  Kasi diri anu bin si anu mati dan sakit jiwa jer.

5)  dan banyaklah lagi lah kontrak ..seperti pekerja asing di setesyen minyak seluruh negara. Kasihan. Kadang kadang toke ambil untung melampau lampau. Jgn risau bro. Allah itu ada. Esok kau tuntut semua pahala puasa, umrah dan haji boss. Jgn lupa tuntut banyak banyak kasi toke muflis di dunia sana.  Penipu, pengelat ...begitulah nasib badan.

Sebenarnya kita pun ada kontrak dengan Allah Taala tetapi .. kontrak ini sangat sangatlah  luar biasa sifatnya.  Teruskan membaca.  TK.


Kita taat kepadanya ..  dia sentiasa mengurniakan rezeki kepada kita

kita mungkir janji/  babel/  keras kepala dengan melakukan maksiat pun ..  Allah tetap memberikan kita nikmatnya terus menerus tanpa sebarang kebatasan pun.

Jika si taat meminum seteguk air ..rasa airnya  sedap dan manis
si jahat dlm maksiat kepadanya pun .....rasa air tetap sedap seperti apa yg dirasai oleh si taat di atas tadi.

Ini menunjukkan sifat Allah .. Maha Kareeeeem.  Universal!

Dengan itu ..pandai pandailah kita menjaga diri.  Malu lah sedikit kpd Allah yg Maha Agung.
Istighfar banyak banyak.  Nikmat kita tuhan boleh tarik bila bila masa.  Tengok orang terlibat dalam nahas kapal terbang, sukan kereta dan macam macam.  Mereka dimatikan tiba-tiba.  Hilanglah semua nikmat selama ini serta merta.  Kontrak sebagai abdi kepada Allah Khaliq putus tiba tiba.

Sekian.  Fikirkanlah.

wasallam

0 comments:

Post a Comment