apa senyum senyum ini?

Posted by sazali

Salam

Ada insan  seronok melempar senyuman.

Kadang kadang tengok buku buku lama pun dia tersenyum ..teringat guru guru yg pernah bersusah payah untuk mengajarnya - membaca, membilang .

2)  Senyuman?

apa ada dalam senyuman  ini?  Ada apa apa ke ni? He he he...ngendeng lah ni..tak malu?

Sebenarnya ..senyum ini bukan memerlukan modal pun.

Selalunya orang yg suka senyum ada 5 ciri dlm kehidupannya:

2.1  otak nya relax
2.2  feeling nya bereshhhh. Lain dgn orang itu ..orang suruh letak jawatan ..dia wat dergh jer
2.3  dia happy jer walaupun dia sedang berpuasa sunat Rejab, Syaaban
2.4  kadang kadang orang jealous jugak kat dia ..but what to do ..  stail dia suka senyum
....nok wat guano ko dio?

2.5  senyum ini penarik rezkilah

3)  Mengapa dia senyum?

jawapannya senang sahaja. tak perlu guna calculator programmable atau software  MATLAB pun

3.1  dia itu senyumj kerana ...  he..he..he..   dio masih boleh mengajar guru guru pakar seluruh asia tenggara

3.2  dio diberikan tugas membawa pakar pakar jepun, filipina ke satu daerah di Kedah Darul Aman untuk satu  projek khusus

3.3  senyuman dio tidak memerlukan  'project proposal' pun

3.4  dio masih mempunyai gigi gigi yg berkilat , berkilauan dan semua ada lagi ..full set, fully intact.  Tak jealous kau?

3.5  harap harap dengan senyuman ini .. hati rakan dan taulan tiba tiba riang gembira untuk bersama. berbual sekadar secawan kopi, teh tarik , barli panas selepas jam 0500 ptg

3.6  senyum ini sedekah; bayangkan sekali shifooo senyum RM10 ..kalau 20 kali shifoo senyum  ..dio sudah memberi sedekah ..  RM200 secara percuma jer sehari semalam

3.7   ada orang salah sangka. Ingat senyum ini nak curi duit dia dalam poket.
Hishhh ..buruk sangka itu.  Jangan risau ..  orang itu ok jer ..

jika ada RM2 .dio ok
jika ada RM20 ..dio  lagi lagilah ok
jika ada RM2,600,000,000.00 dlm poket ... tak payah fikir ..tak pernah ada ..nikmat itu sebagai guru di kampung (ha..ha..ha..)

lagi pun .. kantin sekolah ..bukan semua harga makanan mahal mahal punya.

Akhir kata ..

belajarlah senyum senyum sedikit kepada orang orang berikut:

*  ibu mu
** ayah mu
** adik adik mu
* anak anak mu
* isteri mu (isteri isteri ..ada?)
* cikgu mu// external examiner VIVA mu leh?
×× students yg pulang lewat setelah bercuti mid semester
*binatang peliharaan mu
* bos paling besar di opis  dan
** staf pangkat  paling rendah .. di opis.

BOLEH?


jika kalian  buat begitu

tak mungkin ..tuhan memberi mu susah untuk menyiapkan semua tugasan dlm semua keadaan sama ada di United Kingdom, Amerika Syarikat, Russia, India, China, Afrika, Jepun, Bangladesh, Australia, New Zealand, Jordan, Ireland, Scotland, France, German, Italy , Maghribi, Yemen, Arab Saudi, Mesir, Qatar hatta di mana mana jua pun wahai anak dia itu

the secret is .. be happy and throw a smile to the others but be careful if the other side is a mad mad mad man/ woman with a gun in America.

Jika buat begitu . .. entah entah kucing-kucing  di pasar mencari mu ..gesel gesel badannya pada betismu nak menumpang makan sate dari pinggan/  bagi jer!  habis cerita

rezeki mu murah wahai tuan.  Insya allah.
Percayalah.  Jika kucing happy, rakan taulan happier dan tuhan happiest .. insya allah the world gonna be at your feet bro.

Sekian.
Wallahu aklam bis sawab.


0 comments:

Post a Comment