Pengarang , penulis buku

Posted by sazali

Salam

Aku pernah menulis untuk syarikat besar itu dan ini.  Pernah bersembang dgn kawan lama ku Prof Aziz Jusoh V.C. Universiti Kolej Bestari Setiu yg terbukti pernah menulis berpuluh puluh  buku
Dengan  DBP.

Masalah

1.  Proses reviewing cukuplah lama
2.  Jika ada surat acknowlegment dari syarikat, sedap jugak kita sebagai penulis
3.  Tak tahu bila boleh diterbitkan buku

4.  Masalah bahasa, masalah isi penulisan, masalah fakta tak tepat, 1001 lagi masalah
5.  Tak ada org dalam 'cable' untuk menolong kita
6.  Penerbit kata ..tak untung mana buku ini tuan hamba. Baik jual rokok di stadium negara lagi cepat engkau dpt untung
7.  Kerajaan ...bilangan...sekolah, guru, pensyarah , library, ..tidak membantu untuk menjana judul judul buku yg baru

Akhir akhirnya ..negara kehilangan lagi penulis berbakat itu dan ini.

- - - -

salahkan kerajaan? ( rujuk suria janib, 2016).

Ramai org pencen.  Tiap tiap hari org pencen. Ada pencen hidup dan ada juga hari ni pencen esok terus mati.
org pencen pun ada ilmu, pengalaman, bilangan berkursus rata dan riti yang pernah dihadhirinya.

bila mekanisma  penerbitan dan penulisan buku tidak membantu

semua ilmu, pengalaman dan faedah berkursus tenggelam begitu sahaja bila pegawai pencen tiba tiba mati.

Negara mengajar kita membaca al fatihah sahaja.
al fatihah digunakan untuk mengukur betapa 'lomah'nya sistem berkaitan dgn penulisan dan penerbitan buku kita di negara ini.

ketat juga proses penerbitan buku.

Kita asyik cerita benda ketat ketat.  Susah, susah..jgn menaruh harapan tinggi sangat tuan.
tapi kurang cerita ..memotivasikan penulis baru dari segenap strata masyarakat tua dan muda.

Fikirkan lah.

ada 10 kementerian d sini.
jika jumlah pegawai pencen iaLAH 200 orang setahun setiap kementerian

maka secarA Logik kita dah ada 2000 orang penulis berpotensi.

Dari sini, jika 10% betul betul menulis
sudah tentu negara ini akan mendapat 200 judul buku terbaru setiap tahun.

Ini sudah bagus pak.

Kerajaan patut membantu.

paksa setiap guru membeli 1 buah buku setahun.
paksa setiap polis, tentera membeli buku 1 setahun.
paksa jururawat jururawat, bidan, doktor
paksa org politik beli buku
paksa menteri beli dan baca buku ( ilmiah) ..
Secara otomatik 430,000 hingga jutaan buku buku laris di negara ini.

ini bagus kan?FIKIR.
MANA silapnya.


Belum lagi ..masalah penulis sebenar

nak tulis apa?  Tajuk apa?
banyak mana nak tulis
sedalam mana aku nak kupas satu satu isu

untung tak?
bahasa aku ok tak?

akhir akhirnya ...kita dok meratip dan angguk anggukkan ajaran agama sahajalah di setiap masjid, surau dan musalla.  Tak ada idea besar besar pun dari umat islam kita dalam bentuk penerbitan dalam era I C T ( teknologi maklumat)

malas meratip ... terus org ratip bila nyawa kita sendiri sudah berhenti. Tiba tiba.
sekian


Wallahu aklam.

rujukan:  Suria Janib 2016. Dilema Penerbit ..Bahasa Melayu
  Majalah Dewan Masyarakat. Bulan Jun 2016 ms 42 -43  Kuala Lumpur:DBP









0 comments:

Post a Comment