kak jenn dalam memori

Posted by sazali

Salam

Semalam saya menghadhiri upacara pengkebumian sepupu perempuan saya allahyaharmah Norizan M. N.  Umur 59.  Al fatihah.

Sedih sangat kami semua sanak saudara. Payah nak turunkan satu persatu kehilangan mutiara hati kami ini.

Sedikit biografi.

Dia dibesarkan tanpa ibu.
Sejak umurnya 6 tahun lagi.

dia dibesarkan oleh arwah mok esoh. NENEKNYA.
dia adalah seorang perempuan sahaja dalam rumah nenek
yg mempunyai 7 orang lelaki. Dari ini timbul komando, ATM, kerani stor SKMK, inspektor polis PDRM dan graduate PUO.

Sejak kecil dan dewasa
dia memasak untuk pak saudara dan adik beradik lelakinya berpangkat seperti di atas.
dia membasuh kain untuk semua orang setiap hari.
Jika nenek bangun pagi
dia pun bangun.

solat dan terus buat sarapan.
Balik sekolah memasak tengah hari dan malam untuk semua.

Bila berkerja sebagai kerani dan
dia juga banker.

Uncle nya pinjam duitnya.
Arwah ayahnya pun pinjam juga.
Adik beradik pun pinjam juga.  Dia tak serik serik memberi pinjam itu dan ini.
Orang lain bnyk senang.  Dia juga yg susah.

Jika waktu kenduri kendara
suaranya lantang,
ketawanya ..trademark dia
dialah tukang masak dan macam macam...

Waktu saudara mara  sakit
di hospital
dialah orang pertama datang menjengkuk bertanya khabar.

Selepas itu
dia akan sebar berita orang ni sakit
dan orang ni meninggal.  Suaranya selalu riang dan terang.



Tahun lepas arwah dan suaminya
datang holiday rumahku di Pulau Pinang
Seronok hatinya.
Saya dan anak menumpang kegembiraannya sama sama. Tak sangka itulah holiday dia first dan the last.  Fly air asia. Semua orang boleh fly.


3)  waktu dimandikan  pagi semalam
dari mulut isteriku

wajahnya bersih dan cantik berseri seri.  Ramai saudara perempuan cium wajahnya tak henti henti.
Kulit berkudis semua dah hilang 100% bersih.

Dia kelihatan tenang.WAJAH nya manis.
Dia meninggal hari Jumaat , cuaca cantik dan panas. Angin sepoi sepoi bahasa bila jenazahnya diturunkan ke liang lahad.
Muga Allah sayang pada mu Kak Jeng.

Muga muga rohnya
disimpan di kalangan orang yg Allah redhai.

Ameen.

4)  Mulai semalam
kami sudah mulai  merasa
 kehilangannya dalam semua lapangan kehidupan kami.

Al Fatihah.

tak kaya tak apa
tak cantik tak apa
tak berzuriat tak apa.. kerja tuhan belako belako
yang penting
kami akan mengenang mu sampai bila bila kak jeng.  Insya allah kita akan buat ..sesuatu agar pahala sedekah mu ii tak putus putus sampai ke akhirat sana.

Sedihnya.
Al Fatihah.

Wasallam



3 comments:

  1. sex&life said...

    Memang sedih sangat2... Suara hati yang terbaikk. Penuh syahdu dan meruntun jiwa kalian yang membacanya. Semoga kita semua dapat berdoa untuk kesejahteraan berterusan untuk Arwah Noraizan binti Fatimah ... Kak Jae.
    Sedih Che Ros menangis sepanjang malam mendapat berita sedih kepulangan ke rahmatullah arwah.
    Amat terasa kehilangan arwah kerana hanya dialah seorang kakak , dialah seorang rakan sejati dan dialah segalanya...
    Mujurlah diberi tuhan kesempatan bersamanya disaat terlantar sakit di katil hospital wad 8,
    walau pun seketika.



  2. Zul Shariff said...

    Terima Kasih...Abe Li..coretan yang sangat menyentuh kedasar hati..sama sama lah kita sentiasa panjatkan doa semoga roh arwah sentiasa dibawah rahmat Allah...

  3. Zul Shariff said...
    This comment has been removed by the author.

Post a Comment