Riak riak Part 2

Posted by sazali

Salam

Hendak belajar agama kena berguru.
Kalau tidak kita jadi gila.

Sekejap begini
Sekejap begitu.
Kena guna guru, mufti, maha guru dan maulana yg mengamalkan ilmunya dgn amalan.
Di Amerika dan Eropah

Ramai orientalist.
Mereka tahu lebih banyak ilmu agama dari penulis.

2)  satu hari saya sampai ke  Universiti St Andrews, Scotland pada tahun 1979.
esok lusa .. hari raya.
Jumpa pak arab buat phd.
Banding banding agama.

Dlm perbualan
Baru dia sedar sekarang bulan ramadhan.
2 hari lagi bulan syawal menjelma.

Ini bermakna
Student phd agama pun tak tahu hujung pangkal.
Mengapa?
Maha Guru depa ..yahudi, nasaro dan orientalist.

Patut pun dunia arab kacau bilau.
Ada scholar agama pun
Cara kefahamannya ikut rubrik orang orang kafir.

Bukan di Scotland sahaja
Bnyk tempat .. scholar muslim merujuk kpd depa.
Tak rujuk, tak adalah phd dari dunia barat itu.
Senang jer.

What you think ..
What is your current perspective ..
How do you address this ?

If jawapan tak selari dengan otak yahudi
No  phd lah ..agaknya.

No masters ..lah you.
Mengapa orang akademik mahu sangat phd?  Untuk riak ke?
Untuk makluman, phd ialah lesen asas untuk mengajar di peringkat universiti di seluruh dunia.

Satu satu universiti, jika bilangan pemegang phd nya ramai
baguslah.  Ada ranking. Ramai sikit  pelajar afrika, iran, yaman mahu datang ke sini.

dapat duit untuk pihak universiti.  Adakah ini riak semata mata?

3)  dalam kutub khanah universiti London, St Mary, UCL, banyak buku
Penuh dgn buku, jurnal, majalah, micro film, micro fisch

Semua ditayangkan dan disediakan untuk pengetahuan umum dan pelajar pasca siswazah.
Adakah ini riak?

Buku buku diaturkan
Dengan baik agar semua orang senang cari bahan yg ingin dibaca.
Dirujuk.

Kalau tak buat begitu
Mana orang tahu ilmu itu ini ada di universiti tersebut.  Ini gara dan cara membuat promosi agar ramai pelajar melayu, asia, afrika dan arab datang belajar ke London.
Adakah ini riak?

4)  Dalam google jika ditaip mana mana
nama mahaguru muslim di King Abdul Aziz Univ Saudi Arabia
banyak tersenarai
Hasil kajiannya dan hasil kajian
pak pak arab jurutera, saintist dan pakar pakarnya.

menaip google
hasil kajian dijumpai dan boleh dikongsikan.
Proses itu .. adakah ini riak?

5)  Musim banjir
ada orang pakai MPV 4x4
tinggi, besar, kuat kuasa berkuda.
boleh bawak orang pindah dlm banjir.

jika tak banjir
MPV 4 x 4 ini tetap dipandu ke hulu ke hilir
adakah ini riak?

waktu kering ..jika saya memandu laju laju
ada orang kata saya menunjuk nunjuk.
tetapi waktu banjir
ada orang nak ke airport.Mereka perlu perkhidmatan kereta ku.
Saya redah jer semua kawasan banjir.
Matlamat terakhir bawak org besar ke airport.
Sampai airport
mereka gembirA.  Itu kepuasan ku.

adakah ini  riak?

He he he..
payah nak jawab.

5)  Musim khawin
majlis kenduri besar besaran di kampung, taman perumahan dan hotel
ramai orang datang.

muzik kenduri jgn cakaplah.
cukup bising dan memekak.

ramai orang kata
kita menunjuk
Nunjuk
nak pamir kita orang berduit.  Nak tunjuk anak dara kita sudah berkhawin.

bila menunjuk  ..riak!
Amalan kita selama ini ditolak.

Betul ke ni?
bila sultan datang
bila sultanah datang
adakah kita mahu jamu mereka dalam talam?  Nak basuh tangan ..KENA ambik sendiri Tuanku?

bila orang kenamaan datang
tuan rumah pun kena pakailah cantik cantik.
kain baju ratus ratus RM semeter.  Kasi nampak gah ..  kasi sultan sultanah happy kita
meraikan mereka.  Cara pemakaian dan ketrampilan kita sesuai dgn keberadaan mereka di tempat kenduri.
proses cantik dan wangi .. adakah ini riak namanya
atau bagaimana?


Khemah mereka warna kuning raja.  Begitu juga permaidani dari luar pagar hingga ke kawasan raja sehari.
Adakah ini riak?
Kenapa tak pakai khemah  celorang celoreng mcm askar?
patutkah begitu?

yang saya tahu, ustaz diminta berdoa.

Bila profesor pakai selipar jepun
kaki kanan , seliparnya warna kuning dan
kaki kiri seliparnya berwaRna hijau.
masuk dewan kuliah pakai kain pelikat madras
dah lah begitu
kainnya tinggi sebelah
Adakah ini cara melawan perasaan anti riak?

Ada profesor pakai basikal
dari rumahnya ke kampus
tiba tiba dia kena langgar.
pecah kepalanya dan terus meninggal di situ sahaja.

Ok kah cara begitu?  Adakah
dia buat itu ..melawan perasaan riak dia?
Oleh itu bagaimana?
Kita binggung kan?

Dalam agama
nak tuduh itu ini
kena lah kita merujuk kepada guru, alim atau mufti

Barulah masyarakat tenang dan aman.

kalau tidak hancur kita.  Masyarakat kita rusak.  Kita tuduh menuduh. Nanti berperang sesama kita seperti rakyat Afrika.


6)  Naik motor besar, kuasa besar, punggung siempunya cukuplah besar
bila press enjin motornya kuat kuat
kasi orang kampung lihat.

MUNGKIN dia  ni  rIAK  atau
mungkin tidak.
Mengapa?
Siapa tahu apa ada dlm hatinya?
Entah entah dia baru keluar dari kawasan banjir selama 2 minggu ini.

Dia nak test
enjin motosikalnya.
baru jap overhaul.    NAK TEST engin
dia kena tekan minyak habis habisan..  mestilah bunyi bising. Memekak babi satu kampung.

Begitulah.
riak atau tidak
tuhan sahajalah yg tahu.

Yang  penting kita aman.
Polis Bukit Aman berada dalam aman.  Anak Encik Aman Ketua Kampung pun ..mintak mintaklah aman jugak.
Sekian.

Tak ada orang tahu apa ada dlm hati seseorang.   Oleh itu janganlah kita menuduh
orang itu itu dan ini.  Berdosa you.
Berdosa.

Itulah  beragama kena berguru you.
Jangan asyik  ngadap TV1,2  Tv3  jer ..tanyalah ustaz.  Kena keluar rumah dan jenguklah majlis agama contohnya.


Wasallam





0 comments:

Post a Comment