hajat

Posted by sazali

Salam

Kita semua mempunyai  berbagai bagai  hajat.
Ada berhajat besar dan ada tu hajat berskala kecil jer.

Contoh hajat besar.
1.  Khawin dengan anak raja atau perdana menteri
2.  Belajar luar negara
3.  Jadi bilionair (kaya)

Dan contoh hajat kecil ialah

1.  Membuang air kecil
2.  Memberi sedekah RM1 sehari di masjid
3.  Menjemput jiran tetangga untuk solat hajat

Begitulah Manusia.

Pagi tadi semasa di meja sarapan (roti bakar, butter, jam nenas johor & telur 60% masak)
Saya membaca kitab fadail sedekah.  Bilangan telinga 4 sahaja.  Saya dan isteri.  Saya happy tetapi isteri dahinya berkerut sikit.  Mungkin banyak melayan order. Sabar bu.

Dalam kitab ni banyak kesah mengenai orang memberi makan kepada sahabat handai dan taulan.

Faedah amalan tersebut ialah
Membantu orang baik untuk lebih tekun beribadat kepada Allah.

Membantu pelajar islam lebih tekun belajar agama dan mengerjakan amalannya.
Memupuk sifat perpaduan dan kasih sayang antara kita masyarakat kampung.  Bila ini terbina, banyak benda baik dapat dijalankan secara bergotong royong, rewang dan lain lain lagi dan banyak lagi.

Alhamdulilah.

## hajat kita ada yang tertunai dan ada yang tidak.
Mengapa?

jawapan senang sahaja.

#  Dunia ni Allah yang punya.
Diri kita pun Allah yang punya.  Kita merancang. Kita usahakan tetapi Allah yang perkenankan.

## supaya kita sedar
usaha manusia macam macam tetapi
ada masa hajat tercapai dan ada masa tu hajat tak kesampaian  contoh bercinta dgn anak raja di universiti di Parit Raja.  Memang bercinta itu indah.  Lebih indah dari menyiapkan tugasan pengaturcaraan JAVA dan multimedia
tetapi kemuncak percintaan ialah perkhawinan.

Bila masuk meminang anak raja
hai ..hai .. payah bro.

payah.
Entahlah..saya tak berani.
Mengapa?
Dia siapa
kita ni siapa.  Tok nenek kita siapa?
Tuanku Baginda ..stail..gaya hidup mereka .. tinggi adik.
Holiday hujung minggu pun London.
kita bila pulak pernah g holiday?
Setakat menonton TV  life style of the rich and famous adalah ..kan?

tak payahlah adik.
hajat mu tak sampai.
telan jer air liur mu itu. Pahit?
telan.
Bawak bertenang.

belum masuk meminang pun ..rasa rasa geng kita bila melihat pagar istana, pengawal istana, kuda raja
terus rasa lembik.
Cannot go adik.
just cannot go.

Hajat engkau besar
Kudrat kita satu kampung tarak adik.
Tiba tiba semua jadi lembik.
Ha ha ha

Kita kena realistik
kita kena berpijak kepada bumi yang nyata
tak boleh angan terlalu tinggi

payah
nanti jadi gila kau adik.

tapi jgn bimbang
apa yg anak raja ada
anak anak dara kampung kita pun ada.
Entah entah better

jom kita balik.
be realistik.

Begitulah penulisan ini.  Harapan besar penulis apa yang nak disampaikan tercapai.
Hajat macam macam
tetapi kita kena sukat juga .. boleh ke kita tawan hajat dalam hati tu?

Sekarang semua benda mahal.
Bersabarlah.  Bawak bertenang.

Sekian.
wasallam





0 comments:

Post a Comment