kasihan

Posted by sazali

Salam

Sekarang ramai rakyat menderita.
Guru menderita.
Orang kampung, orang bandar ramai yang menderita.
Melayu susah, cina susah dan india pun susah. Pendatang asing lagilah susah.  Isteri mereka jauh di mata.
Belia problem.  Ibu bapa mereka pun problem.

Apakah bukti kesusahan ini?

Di Utara tanah air, suami sanggup menjual isterinya kepada warga asing.

Astaghfirullah hal azeem. Dlm khutbah nikah, jurunikah telah menekankan suami adalah pengembala.  Semua yg digembalanya akan disoal satu per satu.

Di Utara juga, sepasang suami isteri diberkas kerana
menjalankan penipuan pelaburan jual beli kenderaan. Umur pasangan sekitar awal 30'an sahaja.

Di negara ini, ada ibu sanggup mengurungkan anaknya berhari hari tanpa makanan.
Dan banyak lagi..
Kasihan.  Di mana perginya nilai kasih sayang?

Dalam negara yg penuh dgn penderitaan
tiba tiba sekonyong konyong timbul kes
seorang KSU sanggup bermain bola golf dan  lubang golf nun jauh di negara orang.  Konon konon dengan ayunan batang golf beliau berkali kali , masalah tanah dan wilayah negara ini dapat di atasi.  Masya allah!

Dengar khabar selepas dicekup oleh SPRM dia menyimpan banyak jongkong emas
di kotak kotak besi dlm bank di ibu kota.

Bukan setakat jongkong emas sahaja,
dia turut membeli banyak beg berjenama bernilai ratusan ribu RM.  Berkat perkhidmatan cemerlang beliau selama ini.

jgn risau, jika dia dibebaskan,  mungkin
route dia ialah umrah.  Insya allah. Di sana boleh dia bertaubat dan sucilah dia dari dosa dan noda,  kot?

2)  semakin banyak kerajaan menekankan isu keluarga bahagia ke sana sini,
semakin banyak tragedi berlaku
dalam rumah tangga rakyat negara ini.

Apakah pengajaran yg dapat diambil dari semua ini?
2.1  barisan kepimpinan kerajaan ini besar kemungkinan tidak bagus.  Tidak secemerlang macam zaman tahun 1950 hingga 1970an.
2.2  nilai kasih sayang antara manusia semakin hilang
2.3  duit adalah punca masalah.  Harga barang naik. Kos hidup naik. Tekanan darah naik.  Suara ibu mengamuk dgn ayah semakin meninggi bila matahari hilang diufuk barat.  Bukan sehari.  Banyak hari dah suara bini ..marah ,...mana duit sekolah ni?
2.4  pegangan agama semakin luntur.  Iman turun dan turun.
2.5  tahap keikhsanan sesama manusia semakin menipis

3)  bagaimana mengatasi?

Senang sahaja.  80%
Orang ramai mencadangkan.
3.1  tukar sahaja barisan pemimpin pemimpin yg ada
3.2  memberi pekerjaan kpd anak anak muda lulusan SPM, politeknik, universiti, KV
3.3  hantar balik pekerja asing
3.4  tingkatkan usaha dakwah di semua kampung
3.5  tingkatkan usaha mendidik bangsa.  Ambil guru guru , ustaz dan ustazah, pesara kerajaan untuk aktiviti komuniti.
3.6  banyakkan  program kemasyarakatan dan libatkan tenaga belia secara meluas
3.7  tekankan isu ikhlas dari peringkat menteri, KSU, pegawai kerajaan, pihak swasta dan orang ramai
3.8  solat 5 waktu.  Boleh gunakan polis, askar untuk memastikan orang islam mengerjakan solat.  Tempatkan askar polis ini  di stesyen bas, lapangan terbang, super market, pasar malam
3.9  siasat pegawai kerajaan yg hidup mewah dan super mewah seperti bermain golf di luar negara.  Double check borang istihar harta mereka. Betul ke pengistiharan harta mereka ini? Mungkin mereka menipu belaka.
3.10  kurangkan bercakap dan bertindak brutal dengan kaedah pecat sahaja mereka yg korup, menipu tanpa mengenali bulu, warna kulit atau faktor kenegerian.  Tak payah buang masa ..mahkamah.

4)  mengapa kena tukar barisan kerajaan?
Senang sahaja.

Hutang negara menghampiri 1 trilion RM.  Mengikut prestasi , kerajaan yg ada asyik berhutang sahaja sana dan sini.

Penulis berpendapat
kalau berhutanglah  kaedahnya
kita tak perlu PM yg berkelulusan LUAR NEGARA pun.

Belia Felda di Jengka 10 boleh berhutang dlm skala yg sama.
tak ada duit jom berhutang.
Tak ada duit jom jual tanah emak ayah.
tak pakai KBAT pun, senang kita jual habis habisan tanah tanih di Kelantan, Terengganu dan Pahang.  Negeri ni terdedah dgn musim tengkujuh.  Selalu banjir sejak Hang Kasturi, Hang Lekir sibuk main sepak takraw lagi.  Bnyk mana jambatan keretapi dan terowong kena bina nak buat trek keretapi dari Tumpat, Gemas dan straight masuk ke kawasan Putrajaya.   Lagi pun, rakyat pantai timur ..mu nok g mano weh?
kita beli mcm mcm ..susah apa bukan?

kita tak perlu
unit perancang ekonomi pun.
Apa yg telah dirancangkan?  Mereka me
Rancang bilangan guru dan doktor pada tahun tahun sekian,  banyak yg tak tepat pun rancangan mereka.
sekarang ramai guru dan doktor baru ..tak ada kerja lagi.
Kasihan orang kampung yg mempunyai harapan tinggi
agar anaknya dapat menolong menaikkan tarafvekonomi mereka sekaligus.


Aduh malunya ..negara islam contoh.
Ha..ha..ha..

jika langkah drastik di atas diambil dgn niat
koreksi kesan pemerintahan negara selama ini

insya allah tengoklah kesannya.  Cuba.  Tawakal.  Jgn takut.  Allah bersama sama dengan orang yg benar.  Allahu Akbar!

Sekian.
WALLAHU AKLAM

0 comments:

Post a Comment