tolerance and acceptance (upgrade)

Posted by sazali

Salam

Topik di atas agak sukar dibincangkan.
Secara santai

Tolerate ialah boleh berlebih kurang dengan orang atau keadaan.  Seperti anjing yang lepaskan kencingnya ke atas beg yg berada di platform keretapi di Eropah.  Mengapa?  Kita musafir di sana.

Acceptance ialah menerima sesuatu hakikat walaupun pahit contohnya
Sepanjang hidup kita tak gemar konsep kahwin campur.
Tiba tiba zaman sekarang anak lelaki dari Manchester nak khawin sgt sgt dah dgn mek salleh sana.  Cantik pulak tu.  Aduhai.
Payah kan?

Nanti kita bincang2  mlm ni atau esok.

In sya allah

×   tolerate.
Kita kena buat begitu kalau berada di luar negara.
Nasib baik anjing kencing kat beg kita tu.
Antara banyak banyak beg
Anjing mat salleh berkenan kat beg kita pulak tu.
Ajaib?

Mesti ada sebab tersendiri.
Mungkin beg cantik sangat atau paling seasoned sekali atas platform keretapi itu.
Atau mungkin , anjing itu tak tahan sangat nak kencing.
So zappp dia angkat kakinya dan download laju jer kat beg tuan.
Sabarlah.
Tak kan kita nak tembak anjing tersebut.
Dasyat.

Kena banyak bersabar di saat saat begitu.
Jgn tunjuk gedeber.
Silap silap kita juga yg susah.

Langkah paling baik, cari air
Angkat  beg ..dan jirusss laju beg kita itu.

Ada kertas ..lap lap lap.

Nanti balik hostel, rumah sewa
Kita tukar ..keluarkan notebook dan buku buku
Dan basuh ..banyak2  lagi dan jemur di luar
Paling senang ..buang terus beg tersebut.  Bukan susah ..buang jer.
Al fatihah.

Sifat tolerance sesama binatang ..
Tuhan sayang kat kita.
Upahnya syorga.
Ingat cerita prostitute dgn anjing dahaga
Di padang pasir zaman nabi kita dulu?
Begitulah tuan.

sabar.
isteri tengah marah marah dlm rumah pun ..kita tolerate lah.
jgn sekat sesi angin dia tu.
biarkan. Biarkan.
org pompuan pun ada angin lor.
relax.  Bawak bertenang.
jg diri tau?


selalunya ..org pompuan mengamuk kpd anak2nya.
habis anak ..dia akan masuk teritori mu.
so just wait
just wait your turn tuan
relax.  Tak mati punya main dengan angin pasang surut wanita.
Tak caya?

just research akhbar luar negara
mana ada news suami mati bila isteri naik angin musim summer atau winter.
ada?

aku?
setakat ni aku masih bertahan lagi.
syukurlah berkat membaca ayatul kursi,
Surah ikhlas, surah al falaq dan surah an nass
belum pernah kena attack oleh isteri atau mana mana anasir di luar sana.
Tuhan jaga ma.

Dah 35 tahun berumah tangga.
kena bnyk tolerance tahu?
kalau tidak, jangan khawin.  Susah mu nanti.

mengikut kajian
orang hot dalam rumah disebabkan 2 faktor
pertama, anak anak dan ayahnya.
kedua, suami tak layan dia nak shopping extra extra heavy atau waktu kenduri khawin
pakaiannya tak fit dengan tubuhnya.  Aduhai.

itu jer.
yg lain ..  jgn sentuh.

cukuplah.


××  acceptance
jika anak gila mat salleh , nasihatkan dulu.
jika anak gila mek salleh, nasihatkan juga.
Mintak dia list down faedah hidup dgn orang asing.
kita pun jangan lupa ..list down kita punya kontra.
powerpoint.  Presentation time.

contoh.
anak kasi 25 perkara kebaikan.
kita kena kasi 26 perkara tak baiknya.

jgn gaduh gaduh.
ini bukan kes bunuh membunuh.
Bila dah semua aspek disentuh kita kena
accept atau reject.

Mesti teguh dengan prinsip kita.
Jangan kompromi lagi.

bila dah terima, terimalah ..tok besan dari Dundee, Scotland.
tiap tiap tahun dia orang datang ..cuti pasir puteh, kelantan.
Layan sahaja sudahlah.
jgn bising bising.

one day
orang lain ..jika sakit, ramai orang kampung datang ziarah.  Bawak mempelam, air tuak kelapa, buah tamar najwa.
giliran kita?

payah
tunggu tok besan scotland datang waktu christmas.
Aduhai.
Anak gila, kita pun padan muka.
tu lah
arwah atuk moyang
mintak kita sekolah arab jer..
kau tak nak

sekarang baru merasa.
Accept  jer ..  rezeki kita asyik pokai
layan tok besan nasi goreng kampung tak mau makan.  Pedas.
Belachan you lain dengan my cadbury, you know?  Yours masin, mine so sweet.
Semua mahal  ..mine.

sarapan mahal
tengah hari tension
malam hari lagi lagilah tension.  Ikan terbuk .. kasi lekat tulang tok besan Dundee.
Orang sana payah nak adjust dengan ikan kito banyok tulang.

acceptance?

ha..ha..ha..

sekian. Wasallam.



0 comments:

Post a Comment