tulis, menulis dan penulisan

Posted by sazali

Salam

Sesi menulis.

Tulis apa yg ada dalam otak dan hati mu.
Tulis perkara yang penting tetapi betul.  Itu nasihat guruku.  Arwah Cikgu Hj Yusof Ngah.  Al Fatihah.
Contoh.  Semua kita akan mati.

Proses menulis adalah ibadat jika dibuat kerana Allah.
Apa yang ditulis akan disoal nanti.


Penulis ada yang diupah dan ada yang tidak.

Contoh penulis yg diupah ialah guru dan profesor mu.
Mereka gigih menulis kerana upahnya lumayan.

Contoh.
Ustaz menulis benda paling mahal.

Satu ayat al quran ditulis.  Dibaca beramai ramai.
Dikupas mcm mcm.

Lain pula dgn guru matematika.

3 whiteboard digunakan dari kiri hingga ke kanan , ditulis dgn formula dan contoh penyelesaian.

Upah sama sahaja. Upah uztaz dan guru matematik
Sama banyak pada pandangan mata rakyat.  Gred gaji  Dg41, Dg44, Dg48, Dg52 dan Dg54.

Ajaib.

Begitulah hakikatnya.  Sebab itu jawatan ustaz dan ustazah sangat mulia.  Jangan lupa amanah tuhan.  Apa yg ada dlm dada, wajib dimuntahkan.  Buatlah dgn ikhlas dan pasti berjaya.

Harap kalian faham untuk kali ini

tulis =  kata kerja
penulisan =  kata nama,  hasil menulis
penulis =  tukang tulis =  pelaku nya


semua ini dikira ibadat.  In sya Allah.  Jangan bimbang.  Buatlah yg terbaik.  Allah kira semua abjad demi abjad.  Bisnes dgn tuhan tak rugi mana mana.  Janji ikhlas dan sabar.

2)  Penulis tanpa upah.

Selalunya orang menulis kerana adanya pembaca.  Contoh surat  cinta.  Syarat:  tahu alamat penerima.  Jika dibuka oleh bapa si penerima ..entahlah apa nasib surat mu itu?.
Tanpa pembaca tidak ada sebab penulis berkarya.

jika anak bertanya
mengapa saya menulis?

jawapan senang sahaja.
Saya menulis untuk berkongsi ilmu.
contoh ilmu yang ada adalah satu harta yang tak pernah habis habis sampai bila bila.

ilmu jika dikongsikan ..ini sedekah namanya.

Nak hidup panjang, sihat dan terlepas dari azab penyakit kronik seperti prostat, jantung atau barah
mulakanlah  amalan harian dengan bersedekah walaupun RM1.  Ada?
DISEBABKAN saya bukan berharta berskala jutawan dan bilionwan

apa yg ada dlm dada
itu saja sumber sedekah saya.

2.1  Apa yang disedekahkan? ..kita buat yg terlarat sahaja
seperti orang di dalam masjid

pegawai berpangkat besar sedekahkah RM100
pegawai berpangkat rendah sedekahkan RM1 jer
masing masing melakukan ikut kemampuan masing masing.

2.2  Kita cakap benda yg betul.

seboleh bolehnya

tidak ada unsur tipu menipu kerana
zaman sekarang senang sangat orang buat semakan, pengesahan dan macam macam.

bercakap benar, kita tidur aman.
dalam hotel boleh tidur.
dalam bas transliner
Tanpa hawa dingin pun , kita tidur cukuplah lena.

Bercakap benar , kita hidup selesa dan damai.
itu janji tuhan kpd semua
orang melayu
orang cina
dan orang india.  Tuhan Maha Adil.

Menulislah dgn baik.
insya allah semua kita berjaya.

sebelum nyawa melayang buatlah jasa.  Tak rugi apa apa.

Semua tuhan kira satu demi satu.
syarat  Lillahi taala.

2.3  Tak rasa boring menulis?

kalau dilihat dari perspektif dunia yg singkat..mungkin boring.
tetapi jika difikir penulisan adalah ibadat
maka berkarya tidak sepatutnya  berhenti.  Amalan jariah?

ada satu hadith mahfumnya

jika anak adam mati, ada 3 benda yg mengikutinya

pertama, anak isteri , saudara mara mengikutinya ke kubur.  Selepas pengebumian, mereka pulang ke rumah masing masing.
kedua, amal jariah seperti sedekah dan/ atau ilmu yang mana orang lain sedang mengamalkan ilmu tersebut
ketiga, anak anak yg soleh.(  payah ini kerana zaman ini banyak benda melalaikan ibu bapa dan anak anak semua).

Oleh itu,  tanyalah diri sendiri.
Bukan susah sangat menulis benda yang baik.

contoh.
tesis ijazah pertama .. tebal tesis ialah 100 muka surat.
tesis ijazah sarjana ..120 muka surat
tesis ijazah falsafah kedoktoran ..150 muka surat.

He..he..he..
Mengikut rekod, saya menulis sekadar 1 hingga 3 muka surat A4 sahaja sehari. Muga muga Allah terima semua ini sebagai ibadat.

Tuan/pPuan ayuh ..tulislah sesuatu yg baik baik.  Saya doakan.  Ameen.

Tidak ada yang mustahil.  Cubalah.

Bila  lagi?


Sekian.
Wallahu aklam.

2 comments:

  1. suziana mohd tahir said...

    Asslm alaikum tuan yang mulia. Alhamdulillah terima kasih kerana tuan masih bertahan selagi kudrat dalam berkarya. Saya membaca blog tuan setiap hari. Jika sehari saya dapati tuan tidak menulis, pasti saya akan tertanya-tanya malahan terdetik risau di hati. Sihatkah tuan? Atau terlalu sibukkah atau mungkin tuan keluar di jalan Allah yang lebih utama. Kemudian saya akan menyedekahkan Al Fatihah seperti yang diajar tuan. Hebatnya surah Al Fatihah ini boleh disedekahkan kepada orang hidup ataupun mati. 1 ilmu dari tuan di situ.
    Mudahan kali ini Allah SWT menggerakkan hati/memilih blogers/pembaca yang lain juga untuk membaca nukilan tuan. Siapa tahu? Mungkin ianya dapat membantu mereka yang sedang diuji. Menulislah demi kebaikan. Niat kerana Allah. Saya percaya jika semua penulis jadi begitu, maka kehebatan dan kebesaran makhluk sedikit pun tidak akan memberi kesan. Apa yang mereka harapkan hanyalah keredhaan dari Allah semata.

  2. sazali said...

    Tq very much ustazah. Doakan agar sayavsihat dan mati dlm iman. Tq so much. Dari Allah kita datang, kpd ..nya kita kembali.

Post a Comment