Berzikir

Posted by sazali

Salam

Selalunya selepas solat, kita berzikir.

Zikir  yg paling baik ialah alhamdulilah.

Kalimah zikir yg paling agung ialah La ila ha illallah.

Selain dari itu
Kita menyebut subhana llah,  Allahu akbar.

Dan juga  astagh firullah.

Harapan ialah kita insaf dgn amalan hidup kita seharian. Adakah lebih baik amalan ini dari semalam?

2)  kalau kita ada syeikh yg bagus bagus bolehlah ikut zikir yg dicadangkan
Tetapi kalau tidak

Kita baca

Subhanallah 100 kali waktu pagi dan 100 kali  petang.
Alhamdulilah 100 pagi, 100 petang
Allahu akbar 100 pagi, 100 ptg.

la illa ha illah 100 x  pagi, 100 x ptg
Salawat kepada Baginda Rasulullah 100x pagi dan 100x petang.
Ganjaran salawat. 1 salawat kpd rasulullah, Allah hantar 10 hasanah kpd kita. Masya allah. Kena rebut tu.  Tuhan pencipta alam menghantar hasanah bertalu talu kpd insannya bernama manusia beriman

dan bacalah al quraan.

3 ayat akhir surah al baqarah
3 ayat akhir surah hasyarr

1 kali surah ikhlas
1 kali surah al falagg
1 kali surah annass
1 kali surah al fatihah

---

Orang ada taufik dan hidayah sajalah
yg mampu buat lebih dari ini.
Bunyinya senang, buat tu susah kan?

bila ada bimbingan dari tuhan, in sya Allah
kita menjauhkan diri dari maksiat dan tipu
menipu orang sekeliling kita kan?
insya allah kita amanah
dgn anak anak bini kita sendiri.

Bagaimana?

kita buat kerja dgn baik,
kita jadi guru yang baik,
ayah yg boleh diikuti hidup dan mati

kita jadi pekerja yg baik
kita jadi suami isteri, ibu bapa yg bagus
anak yg soleh

orang bertakwa
kita jadi pemimpin yg
takut menyeleweng duit rakyat.
pekerja yg bertakwa
takut menipu
dlm membuat tuntutan itu dan ini.

orang bertakwa takut hidup
bermewah mewah.

kerana semua nikmat akan disoal satu per satu.
Kalau jam Seiko boleh tunjuk jam 500 ptg jom kita pulang ke rumah,
buat apa beli jam beratus ratus ribu RM seperti Omega, Rolex kan? WAktu pada masa itu tetap 5 petang.

jam pukul 500 ptg pada lengan anak umur 12 tahun
sama jer  dengan jam 500 ptg pada lengan seorang pemimpin melayu yg banyak berjasa kpd bangsa dan negara.

kalau jam anak 500 petang jam menteri  0458 ptg
tak apa
kerana jam anak kita sekadar RM5 sahaja. Kita beli pun jam bundle kat pekan sehari jer.

kalau miss  2  minit pun ..tak apa.
Anak sekadar belajar darjah 6 sahaja...

sedangkan pak menteri
kerja nya banyak.  Semua kena berkira. Tak leh lewat walaupun sesaat.
lagi pun kita bukan Perdana Menteri Malaysia.  Bersabarlah.

biarlah ..jam kita chap ayam pun ok
yang penting kita beriman pak.

kasihan jika kita tidak bertaqwa

anak bini akan hinakan kita
masa hidup pun mereka kutuk kita habis habisan.  Tak guna punya ayah.
Laki apa ini?

bila kita mati pun
depa tak mahu nama kita disebut sebut lagi.

Hilanglah kita dari hati mereka sedikit demi sedikit.

jika kita mati dlm iman
nama kita akan kekal dan dikenang. In sya allah.  Contoh sahabat nabi bernama Bilal r.an hu

anak, cucu, cicit
semua bangga dgn kita walaupun kita

penjual ikan secara runcit dari kampung ke kampung
atendan lori sawit sahaja dari muda sampai ke mati
pemandu bas Tanjau Batu Pahat Air Itam Johor pergi dan balik

kita ambik upah basuh kain di rumah guru besar sekolah parit raja
kita ambik upah basuh kereta pensyarah uthm sahaja.  Anak anak semua bangga.

Bersyukurlah kita
jika kita ada iman
dan kita hidup di sisi tuhan.
orang yang berzikir
mereka hidup di sisi Allah.

orang yg tidak berzikir langsung
mereka dianggap mati oleh Allah.
( hadith tu).

Oleh itu buatlah zikir walaupun sebentar.
Allah beri kita 24 jam atau (24 × 60 = 1200 + 240 = 1440 minit)  sehari hari
tak kan 15 minit  pun tak boleh sebut nama Allah.
bukan?

Jgn kedekut wahai  bro/  ster

kita beri duit sekolah kat anak pun bacalah
bismillah

kita ATM transfer duit kat anak di MRSM pun bacalah bismillah

kita makan , bacalah bismillah.
kita jilid tesis Ph.D  pun boleh juga kita baca bismillah di Sydney, Australia
kita tarik markah kasi student ego lingkup terus kursus diploma atau ijazah pun bacalah bismillah dengan tenang dan ikhlas (padan muka)
hatta kita berseronok dgn anak bini @  new bini  pun
ucapkanlah bismillahi roh manir rohim..

Insya allah selamat kita pak
selamat kita ibu
Selamat kita dunia dan akhirat.  Yakinlah dgn janji janji Allah.

kita jadi orang yg selalu ingat pada Allah yang Esa.
bergaduh , bertikam lidah astagh firullah bnyk bnyk ler

Ameen.

Sekian.
Wasallam.






0 comments:

Post a Comment