roh dan jasad

Posted by sazali

Salam

Maaf.  Tulisan ni menakutkan tetapi ..

Awas.

Setelah 3 minggu dalam dunia perkuburan
Roh kita memohon dgn tuhan

Boleh tak melawat jasadnya dlm kubur walau sebentar?
.2)  bila roh datang menjenguk jasad, alangkah sayu

Kulit cantik dah kering hancur
Bau lendir perut dan usus pecah ..busuknya melampau lampau
Sekarang

Mana pergi kecantikanmu?
Mana pergi zat vitamin, zat besi, supplement itu dan ini
Mana pergi gigi dan gusi cantik berseri?
rambut set dan trendy RM1500 sekali servis?
body berketul main besi ..semua dah hilang ..kering, kecut

Tengokkah jasad kita adalah bersifat sementara
Bila ada nyawa semua cantik belaka

3)  Sayangnya masa hidup
Kita fokus kasi kulit cantik gebu
Badan perut semua steady
Bnyk duit kita korbankan untuk benda sifatnya sementara

Kita tak jaga ruh kita cukup cukup.

Ruh kurus kering.  Ruh kita naik runsing

Solat jarang jarang buat
Al quraan musim puasa jer dakap sunggu sungguh
Zikir tak pernah

Mulut selalu sebut
Duit mahu cari lagi dan lagi.  Suami isteri satu kaki 3,5  atau  5 x 3
siang kerja tetap
mlm kerja pasar malam
sebelum tidur terima lagi pesanan on line.
Duit bila bnyk cukuplah sayang
kucing mintak ikan dan tulang kita sepak terajang,
kasihan geselan bulu badan kucing ..kita balas dgn tendangan
pengemis datang kat meja RnR kita tak pandang pun mereko walaupun
sebelah mata
Kedekut banggar, kupit
walaupun duit berbukit bukit dlm dompet dan CIMB

sayang
kita tak buat persiapan
untuk hidup dalam
kubur
bertahun tahun lamanya.

Nabi Adam a. Salam sudah beribu tahun dalam kuburnya
atuk kita , nenek kito dah 50 tahun
moyang 100 tahun dah bersemadi dlm lubang kuburnya
kita?  Aghh lambat lagi ..kiamat nak datang

dengan itu
jasad menjadi tanah
jasad kulit semua bertukar debu
ruh ?

sayang kita tak jaga ruh kita
biar sihat dan mantap

ayuh
jagalah solat 5 waktu jer setiap hari
quraan bacalah sikit sikit
zikir jgn lupa
sedekahlah ..bila senang atau susah
tajalah seorang anak kampung nak jadi  hafiz, maulana
ibu bapa tolonglah
berdoa ..jgn lupa

biar kita selamat
jasad dan roh kita selamat
dunia dan akhirat.

Allahu akbar
jg jg penulis
jaga jaga tuan puan yg mulia
aku menulis ..kita sama sama beringat


waktu roh dan jasad berpisah
tidak ada siapa tahu bila itu berlaku.
Selalunya tiba tiba
kebanyakan
kita tak bersedia pun

awas yer?
kita peringat satu sama lain

wasallam


0 comments:

Post a Comment