Memotivasikan guru macam saya

Posted by sazali

Salam.

Sambungan kepada topik memotivasikan guru.

Selalunya guru-guru yang memotivasikan murid-murid yang datang dari pelbagai latar belakang. Anak orang hebat atau pun anak dari keluarga yang porak peranda. Kita gurulah tempat untuk mereka dimotivasikan sepanjang masa.

Bagaimana dengan guru itu sendiri ? siapakah yang memotivasikan mereka untuk berfungsi lebih baik dari masa ke semasa. Berikut saya turunkan 4 tips untuk memotivasikan diri guru (termasuk saya):

1) hadiah perkhidmatan cemerlang - biarlah semua orang merasa dari DG41, DG44, DG48, DG52 dan DG54. So jumlah ialah 5 orang. Jika kuota adalah 3 hadiah saja, berikan HPC ini kepada mereka yang belum merasa. Yang sudah saban tahun dapat tak yah lah.

2) hadiahkan guru cemerlang (tanpa mengira umur/ seniority) peluang berkursus di INTAN atau IAB. Makan angin katakan. Bercampur dengan orang-orang lain dari negeri-negeri lain akan menaikkkan semangat untuk berkhidmat secara cemerlang dan lebih gemilang

3) melawat guru cemerlang di rumah mereka. Hulurkan wang hadiah, tiket Air-Asia ker .. sebutkan ". .. kami pentadbir sekolah ..memang menghargai ..jasa dan bakti tuan/puan selama ini. Oleh sebab sekolah diminta mencalonkan 3 orang HPC tahun ini, nampaknya rezeki tuan tak ada lah. W/bagaimana pun pihak sekolah nak hulurkan sedikit hadiah perangsang. Air Asia to Bandung 3 hari 2 malam. Apa kata cikgu? he..he.. sure terubat sikit rasa frust menunggeng tak dpt hadiah HPC tahun ini.

4) kasi peluang guru cemerlang di raikan oleh warga guru dan murid-murid di dalam situasi Hari Guru. Masukkan wajah mereka dalam blog khas sekolah. Sure seronok hati mereka dijulang-julang tinggi ke awan. Pengurbanan mereka dihargai. Sebut nama mereka satu per satu dalam majlis himpunan guru/ sekolah dan lain-lain. Promote nama mereka di kalangan PPD, JPN dan lain-lain.

Rasa-rasa itu lah sedikit sebanyak stail kita menghargai orang yang cemerlang. Yang tak berjaya sila jgn ketepikan. Masukkan nama mereka untuk dijulang bersama-sama. Pokoknya, setiap perihal , peribadi warga guru kita mesti kita jaga macam kita jaga pokok bunga ros/ okid di sekolah. Selalulah disiram dan di"trim" sebaik-baik mungkin. Insya allah mujarab!

Sekian. Wallahu aklam.

DR SAZALI KHALID
Hadiah Khidmat Cemerlang Politeknik Kota Bharu Pangkat Melintang - 1997
Hadiah Khidmat Cemerlang KUiTTHO 2004
Hadiah Khidmat Cemerlang UTHM 2010 - ok per? - rezeki badan?
Best Paper Award WSEAS Conference 2005 Corfu Island, Greece
Penasihat Akademik Program Bachelor Information Technology UTHM 2011 - 4 orang PA dapat First Class Honours -
Pensyarah 'terbaik' Jabatan Perdagangan PKB 1997/1998/1999/2000/2001 - results dari survey pelajar-pelajar

0 comments:

Post a Comment