DOA penting bila ke kedai atau supermarket musim RAYA

Posted by sazali

Salam.

Wah, meriah sungguh kak ma bershopping yer. Banyakkah membeli nya?

Kak Ma: alah . macam-macam kita beli .. best .. habis dah duit Kak Ma.
Tuan : bagus. itu dah sangat bagus. Lepas raya macam mana Kak Ma?
Kak Ma: entahlah .. kita tak tahu lagi kita hidup minggu depan ataupun tidak kan? So belanja sakan lah kami. (ketawa)
Tuan: ( ketawa juga).

--------------------

Aghh..bagus kah itu?
Duit banyak dapat tetapi banyak dibelanjakan .. baju kurung dah banyak dalam almari tu. Tak cukup lagikah?

Langsir pun masih baru lah. Tak payah lah gantikan apa-apa. I dah Ok dah.

So sebagai umat islam yang berhemah tinggi ..saya turunkan 2 petua. Bacalah doa/ petua ini di mana-mana anda berada di sekitar kawasan pasar, kedai, atau hypermarket. Insyallah mujarab punya. (doa selalu dalam bahasa arab. ramai tak faham. Bagaimana kalau doa ini kita buat dalam bahasa ibunda kita - B.M).

1) BIla tengok kueh-kueh tunjuk-tunjuk dgn jari bersertakan dengan tunjuk pakai 'mucung mulut itu'.

Bacalah doa ini".. ok ker ..kueh ni. Tak cukup ker lagi kueh yg abah dia dah beli semalam. Aghh kita gi makan kueh rumah sedara mara sudahlah...."

2) Bila berada dalam emporium / hypermarket

Baca doa ini " .. dua tiga bulan yang lalu aku dah beli 2 helai kemeja/ seluar slack.. now perut dah kempis banyak dah ..hasil puasa.. kalau aku beli baju kemeja baru dan slack seluar yg baru .. aku nampak lagi bergaya kah? atau memadailah dgn apa yg ada dalam almari pakaian di rumah tu saja .. alah ..ala kadar saja lah ..raya ni.. tak mati punya. Bini pun dah ada. Kulitnya cerah lagi. Dahi licin. Bulu kening lebat lagi. Bukan nak pancing sapa-sapa pun kalau tak pakai baju dan seluar baru..ni. Tak payah beli lahhhh "

Insyallah kalau kita baca ..DUA jer ayat ayat di atas dari rumah menuju ke mana-manalah .. especially ..tempat membeli belah .. INSYALLAH banyak duit kita boleh jimatkan. Bayangkan satu tempat kita dah save(jimat) RM200 kalau 10 tempat kita landing all day sejak sabtuu hingga ahad ni ..yg bakal mendatang 27 Sept - 28 September 2011 ni .. saya yakin kita akan mempunyai wang RM2000 lagi dalam simpanan kita senang-senang jer.

INSYA ALLAH. elak berbelanja dgn kadar gila- gilaan tu. jgn ikut artis. mereka disponsor oleh Kamdar/ Globe Silk Store .. itu macamlah. OK?

Tu jer sumbangan saya yg ikhlas ini.

Selamat Berhari Raya. Duit pegang kemas-kemas. Ingat anak-anak nak masuk universiti 6 - 7 SEPTEMBER ini. Tidur hotels sana sini. Jimat sikit adik dan kakak please.

Walllahu aklam

0 comments:

Post a Comment