rileks rileks

Posted by sazali

Salam

Dalam dunia ni, saya rasa orang orang kita paling rileks sekali.

Tengoklah gelagat manusia di bawah:

1.  Pegawai bekerja atau pengganggur ramai yg rileks.
Kalau pengganggur ..mereka selalu tidur.  Bangun lewat lewat. Dah matahari terpacak tinggi
baru sang pengganggur bangun.  Ok kot?  Mereka tak ada kerja lagi.

rileks bu.
rileks ayah.
nak buat mcm mana ..kerajaan tak ada duit nak ambik kami bekerja.

rileks lah.
hu hu hu.

Ada jugak yg sedap lagi.
isteri kerja.  Suami mengganggur. Dulu kena buang kerja ramai ramai. Ekonomi dunia tak menentu. Ramai lelaki dibuang kerja.  Sekarang ..rileks ..tanpa kerja apa apa.

dan bagi yg bekerja pula ..rileks juga kot.

Punch kad , masuk opis ..ada yg main gadget.

Hello hello ..jom roti canai mat.   Nak tak?
Tengahari nanti ..  ooi ..jom open house ..dekan ajaklah.

Pukul 1230 lunch ...boleh gi dah.  Jom?

Pukul 4.45 ptg ...heh azan asar ...jom solat ..masjid universiti.
Berduyun duyun pergi dewan solat.

Selepas selesai solat asar, punch kad out dan terus pulang ke rumah dlm taman perumahan.

Best ..kerja rileks.

2.  Belajar kat sekolah, bnyk nota cikgu dah buatkan.
Belajar politeknik, nota nota bnyk dah dlm power point dan prezzi.
Baca jer ..soalan kuiz, ujian bnyk dari tu jer.
Begitu juga di universiti ..nota nota bnyk sungguh..
Pensyarah sekarang dan dulu dah buat dah.
Semua dalam folder.
Boleh capai bila bila masa jer.

Best kan?

Cuti pun bnyk.  Kadang kadang panjang.
Rileks.
Ujian?  Tunggu dulu ..biar semua pelajar sudah pulang bercuti
Baru kita buat ujian semester ..mid term semester.

Jadi di sini,
Bukan pensyarah control ujian.
Pelajar yg control ujian.
Bnyk sedap ..

Rileks.
Budaya rileks.

Budaya membaca lebih lebih sikit?
Bila ujian bnyk soalan berpunca dari nota nota pensyarah sahaja

Pelajar pelajar kita kurang membacalah.
Kalau baca pun ..berskala  scanning jer.
Tak bnyk ilmu dpt dari membaca.

Dlm meeting akhir akhir semester
Pelajar pelajar yg sudah saya gagalkan
Tiba tiba  bulan september depan

Ada yg naik tahun pengajian.
Mereka luluslah abang.  Lulus!
Ajaib?
Fantastik?
Materialistik?

Rileks tuan.
Apa boleh kita buat?  Kita sekadar guru, pensyarah cabuk jer.

Org org atasan  sana yg tentukan.
Ada faham?

bagus jugak ..kan?

kalau tidak ..
silap silap haribulan .. fakulti boleh tutup

tak ada dah pelajar pelajarnya.
bila fakulti tutup
mungkin satu masa nanti ,.
universiti pun boleh tutup jugak.


ha..ha..ha..
bagus ..rileks, rileks.

3).   Di kedai kedai  atau
gudang gudang pakaian, kain

customer tanya itu ini
pelayan gadis di kedai
di gudang gudang besar

bnyk  yg tak tahu.  Mana barang tu?  Ada tak barang ni?  Tak tahu kak.  Saya baru masuk kerja.

why?
sibuk main gadget jer.

customer masuk kedai,
minah mamat ..masih leka main handset.

kurang sangat
budaya tanya customers   boleh saya bantu kak?  Kalau kain jenis ni ..tak mahu tengok kak  dulu?

rileks
rileks
bahana budaya rileks.

kasihan
toke  kedai  cina
toke  gudang besar besar  rakyat jepun, peranchis
customer tak disambut dgn layanan yg bersesuaian.
masuk  kosong , keluar kedai pun kosong.

Naik bas ekspress pun
drebarnya rileks jugak.

sambil memandu
main 2  3  handsets
Leka memandu.  Pasang lagu india.  Bukan dia faham pun.

brek bas rusak
gear bas tiba tiba jammm

turun bukit
tak boleh brek.

habis ..habis ..

semua penumpang ..terkurban.

kasihan kan?

rileks
rileks

Nak salahkan pemandu?
tak boleh tak boleh

dunia ni sudah begitu.
drebar bas bukan dikawal macam studdnt doktor pun..
asal ada kaki
asal ada lesen
boleh baca   a,b,c

semua boleh ambik jadi drebar bas ekspress.

hancur.
bila berlaku satu satu tragedi

sibuk
pak menteri
arah itu dan arah ini.  Check air kencing.

dasyat
bahana rileks
rileks.

mangsa bukan anak mu pun.

Begitulah
adik
abng
kakak

kita bangsa yg banyak rileks.

betul tak?

malu kita.
umat terbaik di dunia pulak  tu.

orang kapir amerika, eropah, benua cina jepun
ketawa mereka panjang melihat dunia rileks di sebelah sini.
org jual daging ralek main gadget
polis polis tentera pun ..apa kurangnya.

sekian dulu.
wallahu aklam.

maaf saya menulis pun berkadaran rileks jugak.
nak serious sangat buat apa?
P.M?  Serious sgt  kah  dia?








0 comments:

Post a Comment