ESok Hari Jumaat

Posted by sazali

Salam

Jam dah menunjukkan waktu 1010 malam.  Ramai orang sudah mula masuk tidur.

Baguslah.

Pasang niat seperti berikut deh?

1)  esok pagi sembahyang subuh berjamaah - pagi jumaat
Kalau tidak dapat hadhir, kita dapat pahala juga kerana kita ada niat nak ke masjid.  Kadang kadang niat seseorang lebih mulai dari amalan sebenarnya.  Oleh itu , berniatlah dengan baik dan usahakan sedikit supaya dapat menunaikan niat itu dgn izin Allah.

2)  sebelum berangkat ke opis, niat kita membaca Al Quraan -Surah Yaseen.
Orang alim kata "..jika kita jadikan amalan membaca Yaseen setiap pagi pagi, Allah akan memudahkan tigasan kita sepanjang hari esok.

3)  esok ke masjid .. sembahyang Jumaat.  Pergilah awal awal sedikit.  Jam 1230 tengah hari pun dah ok.  Jangan amalkan perangai datang sembahyang jumaat jam 0130 tengah hari.  Rugi kita.

4)  esok ke masjid bawalah sedikit wang ..untuk menyumbang kpd tabung masjid.  Sedikit masa dulu , kita ada mendapat bonus 1/2 bulan gaji.  So boleh infak tak RM100 untuk tabung masjid esok?  He..he..
Jomlah .. sedekahkan lebih lebih sedikit.

5)  esok kita banyakkan bersalawat kpd junjujgan besar Nabi kita Muhammad s.a.w .  Hadith "..satu selawat kpd Nabi .. Allah akan kirimkan 10 salawat kpd kita melalui malaikat-malaikatnya".  Bukankah ini satu benda yg bagus?

6)  kita pergi sembahyang jumaat kali ini .. kita dengar khutbah jumaat dengan penuh khusyuk.  Mintak mintaklah khatib membaca khutbah yg best best sedikit ..jangan baca khutbah Hari Buruh sudah lah. Puas dah aku dengar benda alah ini melalui TV3/ TV1/TV2 ini.

7)  kita pasang senyum kita sepanjang hari terutama kpd ibu ayah kita yg semakin tua.  Kita senyum juga kepada orang rumah kita .. banyak dah dia tolong kita sepanjang perkhawinan kita dari dulu sampailah sekarang.  Hargailah .. jasa baik isteri/ suami kita itu.  Jika kita menghargai isteri/suami kita .. maka anak anak akan menghargai kita sebagai ayah/emak kita secara tidak kita sedari.

8)  cakap elok elok dengan orang ramai.  Cakap benda yg baik baik.  Why?  esok hari jumaat.

9)  fikir yang elok elok mengenai jiran jiran kita. Jika kita semua leh amalkan benda ini ..semua masyarakat malaysia akan .. bersatu hati dan bersatu padu.  Tak payah PM kita menabur wang .. berjuta-juta rimnggit pun semata mata nak satukan hati kita melayu dgn orang cina dan dengan orang india. Duit tak leh satukan hati manusia tau?  Kalau gam boleh satukan kertas anak anak kita kat sekolah;  kalau benang boleh satukan 2 helai kain sekolah anak kita ..tetapi hati hati manusia ..tak leh disatukan dengan wang ringgit tau?  Salah satu cara nak satukan hati manusia ialah didik rakyat .. sayang kpd jiran tetangga tak kira bangsa/ agama. Insyallah jimat duit kita .

10)  mata dah mengantuk sangat dah ni.  Jom kita tidur ...ooops .. doa dahul.. Allah hum ma bi is mika amu tu wa ah ya.  La illah ha illah llah .. muhammad dur rasullu llah.

JOm.  Tidur baik baik yer anak anak ku sayang.  Insyallah esok kita jumpa lagi.

Wallahu aklam.

0 comments:

Post a Comment