Salam
Syukurlah kita dikurniakan sedikit nikmat dipanggil 'kepandaian'. Banyak lagi nikmat yg lain tuhan anugerahkan kpd kita .. ada pelajar PhD wajahnya lawa, giginya cantik bak model COLGATE, rambut panjang terurai macam Tun Fatimah zaman Sultan Melaka 1511 - 1700. Dan sekarang tuhan telah kurniakan satu lagi anugerah dipanggil rezeki di luar negara i.e., United Kingdom. BUkan sahaja rezeki kita tetapi .rezeki anak anak kita main salji dan buai buai laju laju di taman bunga Birmingham, England.
2) Tetapi sebelum naik pesawat MAS MH03 ..eloklah kita betulkan niat supaya susah payah kita nak ngji PhD ini .. hanya untuk Allah Taala. If we do that then segala proses berikut seperti :
2.1 tak lena tidur .. takut .. viva PhD di University of Birmingham
2.2 sembelit , buasir sok mo sokmo (frequently) kerana makan minum tak menentu
2.3 sejuk , sangat sejuk dan tersangat sejuk .. negatif Fahrenheit ..
2.4 dapat beli sebuah kereta 2nd hand Mercedez Benze E230
2.5 dapat beli pasu pasu bunga Mak Chik mak chik tua ..orang orang putih di car boot Nottingham dan Grantham
2.6 bergaduh dengan rakyat Korea kerana dia mencuri hard disk kita
2.7 bergaduh dengan tuan rumah Pakistan .. dia tuduh kita tak bayar sewa rumah 4 bulan sepanjang tahun 2012
2.8 hantar anak anak ke sekolah arab ala pakistan, bangladesh di Birmingham kerana anak anak dara kita kena buli oleh budak budak mat salleh berumur 7 - 12 tahun
2.9 hantar mak dia ke klinik ibu 3 kali sepanjang proses PHD ..3 new babies
2.10 menulis dan menyiapkan tesis PhD dan
2.11 selesai mempertahankan tesis PhD sehingga berjayanyor dio!
semua ini akan dikira ibadat kerana lillah hi taala.
Else
if then Else
Else ...
sia-sialah segala susah payah kito itu. Bayangkan pahala buat PhD .. bernilai SIFAR dan paling teruk ialah nilainya NEGATIF kerana
kita mahu gelaran DOKTOR semata-mata. After doktor ..kita akan digelar PROFESOR pula
3) Kau tak ingat ke satu hadith Rasulullah (s.a.w) yg sohih ..yg mana ramai alim alim zaman Beduin dahulu kala takut sangat .. cerita
Ada orang alim .. tidak dikira amal ibadatnya siang dan amalam
ada dermawan seperti zaman ini lah pra PRU 13 kito ni .. tidak dikira amal sedekahnya siang dan malam
dan akhirnya .. ada perajurit islam ditolak pengurbanan syahidnya di medan medan peperangan kerana
mereka tidak ikhlas .. lilllah hi taala. So ..in short .. amalan amalan mereka ditolak mentah-mentah. Dan yg menakutkan tuhan campakkan kita ke dalam neraka. A u zu billah .. tak pasal pasal right?
Sia sialah .. segala faedah dan sengsara yg kita alami di United Kingdom itu.
4) Bila kita ikhlas.. setiap hari .. pegang jer buku jurnal CBL (computer based learning) Vol 1(1) page 4~ 10 .. mesin kira kira pahala yg dikelolakan oleh para para malaikat akan ligat kira kira kira .. pahala kita belajar dari jurnal itu.
Kita pergi tandas library .. kencing slow slow .. ada yg keluar banyak (bila tak tension) ..dan ada masa kencing tak keluar pun (sejuk .. heavy snow outside the library plus programming kita dah 2 bulan tak jalan alright punya )... malaikat malaikat kira juga as pahala. Sedapnya.
Kita garu kepala .. tak faham .. isi kandungan jurnal mat salleh dari USA .. pun malaikat malaikat kira sebagai amalan solehhhh .. hatta kita korek lubang hidung melayu kita sambil sambil memandu kereta merx E230 dari rumah ke library universiti dan balik terus ke rumah pulak pun .. tuhan counted that as pahala. Alhamdulilah.
Ada satu hadith berbunyi ".. if ada anak adam .. keluar dari rumahnya .. menuju ke satu tempat semata -mata mencari 1 bidang ilmu ..semua ikan ikan di lautan dan semua burung burung akan berdoa ..supaya Allah ampunkan dosa si anak adam tersebut.."
Pendek kata ..after 3 - 4 years ..mathematically speaking, logically speaking, algebraically arguing .. kita pulang ke kampung halaman Kg Kubur Kuda, Kota Bharu .. kita pulang seperti bayi yg baru lahir .. bersih dari dosa dan noda. Kita bersih dari dosa .. "may be" walaupun mata kita payah sangat nak control tengok minah minah salleh ke hulu ke hilir dalam library .. Untuk makluman , tubuh minah salleh tingginya 6 kaki 2 inci tingginya . saiz peha .. saiz betis ... nak banding dgn peha, betis budak melayu .. he..he.. kirim salam saja lahhhhhh. Why? tinggi kita around 4 kaki 10 inci hingga 5 kaki 6 inci sahaja. (laugh)
Allah hu Akbar. Nilai mencari ilmu lillah hi taala. Tuhan akan ampunkan dosa kita kerana susah payah mencari ilmu plus mencari kereta, mencari pasu pasu bunga dan banyak lagi .. barang barang antik mat salleh yg berumur 20 ~ 500 tahun lamanya. Kita students melayu di sana ibarat lori sampah Majlis Bandaran Kota Bharu jer.. pungut jgn tak pungut .. barang barang menarik dari rumah tangga mat salleh di sana. Kita buat perhiasan dlm rumah kita satu hari nanti di Sendayan , Negeri Sembilan. He..he..
Itu jer lah .. hari ini.
Rumusan cerita .. kita kena pasang niat yg terbaik ..terbersih ..termurni .. tak terkata ..semata mata kerana Allah Taala
barulah tuhan akan kira ..our time in UK buat PhD .. semua itu ibadat yg mulia.
Sekian. Yang baik dari Allah .. dan yang tak baik ..semua adalah kelemahan saya sendiri secara sedar / tak sedar. Tak sedar tua nak mampus dah dia ini (laugh).
Wallahu aklam. ( God Knows best our deepest intention there hourly, daily , weekly, monthly and yearly).
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment