Tiap tiap hari kita kena bersyukur

Posted by sazali

Salam

Tiap tiap hari kita kena mengucapkan syukur kpd Allah yg telah melahirkan kita di bumi Malaysia ini.
Mengapa?

(i)  tidak ada peperangan sejak 31 Oct 1957 lagi

Negara kita aman dan damai.  Syukurlah.  JIka kita makan buah jambu , .. selepas makan ..kita buang biji jambu ke mana mana pun ..insyallah .. selepas 1 atau 2 tahun kita akan nampak ada pokok jambu yg baru tumbuh dengan subur dan berbuah dgn lebatnya.  Syukurlah!  itu bukan jambu sahaja.  Buah betik pun sama.    Puas kita makan buah betik yg baru .. kerana negara kita aman dan damai.

(ii)  rakyat Malaysia cool dan pikir kool sepanjang masa

Rakyat Malaysia terkenal dgn sifat bertoleransi tinggi.  Dulu kita aman dengan hidup berpakat-pakat dengan 3 bangsa utama iaitu melayu, cina dan india.  Sekarang tahap toleransi kita juga tinggi.  Kita boleh menerima kehadhiran ramai orang Indonesia, Bangla, Nigeria, .. sama sama cari makan di bumi Allah ini.  Bahkan majoriti rakyat Bosnia dan Burma (Myanmar) yang dizalimi .. kerajaan kita dengan berbesar hati ..  menerima mereka untuk sama-sama cari makan buah jambu dan betik di sini.  Kalau kita melawat Sabah, ramai rakyatnya tidak pandai pun bercakap B.M. tetapi senang-senang dapat kerakyatan Malaysia.  (bukti:  Projek IC di bawah pemerintahan Tun Mahathir).  Sekarang ini pun , mungkin ada kebenaran , rakyat dari negara luar yg tiba tiba membanjiri Malaysia .. akan mendapat hadiah IC ..untuk sama-sama memihak kpd parti pemerintah.  Dengan kata ringkas, payahlah parti pembangkang nak menghampiri Putrajaya.  Why?  secara matematik , payah kerna ..malaysia mengamalkan sistem demokrasi.  Undi majoriti ... dikira.  Alangkah untungnya pihak parti pemerinthah.

(iii)  musim dekat dekat nak pilihan raya .. banyak hadiah .. kerajaan kurniakan

Sejak 3 tahun kebelakangan ini, macam macam hadiah kerajaan berikan.  Dari budak sekolah rendah ke pesara yg masih hidup ..  dari zaman Balai Polis Bukit Kepong..  mereka semua dah banyak menerima bantuan kewangan dari pihak kerajaan.  Sekarang makin rancak .. santa claus memberi berbagai-bagai hadiah kpd rakyat berbilang bangsa ini.  Jika diselak buku buku sejarah ..hanya Malaysia sahajalah ..yg sanggup memberi 'hadiah' kpd semua rakyatnya ..menjelang pilhan raya. Mengikut statistik, bila ramai rakyat gembira dengan hadiah santa claus .. payahlah mereka nak sokong parti pembankang. Sorrylah.  Why? perut bila dah kenyang .. susah rakyat nak fikir secara rasional ..  mengapa hadiah ini datang bergolek golek ke dalam rumah mereka.  Maklumlah adik sekolah rendah pun dapat, abang kat universiti pun dapat .. hatta.. mak atuk , nenek dan atuk tak ada gigi pun ..semua dapat habuan masing-masing.  Syukurlah kita hidup di Malaysia.

(iv)  jadi penjawat awam seperti guru sekolah , PPD dan JPN (...)

Bekerja di sektor kerajaan di Malaysia ..  paling seronok kerana ..  bila kita dah masuk zone senior .. tak ramai orang berani tegur jika kita masuk opis lewat dan minum kopi berjam-jam di luar kawasan opis ..  berhari hari lama nya hingga kepada satu hari kita diminta bersara wajib.  Mana ada orang nak check.  Dalam waktu berkerja, ada penjawat awam memikirkan cara buat duit secara profesional seperti menjual insurans, tiket kapal terbang, merancang pakej umrah, rancang itu dan ini .. buat duit lebih .semua ini dibuat dalam waktu pejabat 0800 pagi hingga 0500 ptg.  Syukurlah.  Mana ada dalam dunia ini , keadaan sesedap bekerja di sektor awam ini.  Bukan setakat dia yg seronok, anak dan menantu dia pun ..  seronok .. bekerja sektor awam.  Syukurlah..  bila perutlah kenyang .. naik masjid untuk bersolat jumaat pun .. mereka datang lewat lewat ..  ada yg sembahyang di kaki tangga masjid ..  dan yang datang awal ke masjid .. ada yg menggunakan masa khutbah untuk 'tiduk ayam sekejap '.  Seronoknya ..hidup sebagai rakyat Malaysia ini.  Mana ada di dunia ini .. kerja seronok ..makan jambu dan betik pun terasa cukup seronok. Syukurlah.

Nak tunjuk sedikit keseriousan , sekarang ada borang bertimbun-timbun pulak kena di isikan ..  why?  ada projek matematik , markah kemahiran insaniah dan lain-lain lagi.  Sila baca lagi...

(v)  pelajar pelajar zaman la ni

Zaman sekarang sistem peperiksaan ..banyak yang ada elemen markah kerja kursus.  Markah ini menyumbangkan 60% dan markah peperiksaan sebenar 40%.  Dalam kerja kursus 60% .. banyak masa diberikan untuk pelajar menyiapkan kerja  (assignments) .. dari minggu kedua hingga lahke minggu 12 di universiti.  Baru baru ini .. saya ada minta ..pelajar pelajar saya mengisi borang 'PEER EVALUATIONS' selepas berakhirnya satu sesi projek matematik.  Ringkas cerita ..majoriti  pelajar memberi markah 10 per 10 kepada kawan kawannya yg bekerja dalam satu kumpulan.  Pelajar cina kasi markah 10 kepada Atan dan Atan pulak beri markah 10 per 10 kpd Vivegumma .. menunjukkan betapa utuhnya sifat jati diri rakyat Malaysia ini.  Masing-masing faham ..  jika kau malas sikit pun ,  tak apa punya.  Aku cover kau dan kau cover aku pulak ok?

Oleh yang demikian , ramai pelajar .. dapat melepasi kertas peperiksaan ..  dengan adanya nikmat markah kerja kursus ... bercampur sikit dengan markah ..  exam sebenarnya.  Alhamdulilah...  di peringkat PMR ..ada ramai students dapat skor A+ bertimbun-timbun banyaknya ..  dan di politeknik KPTM , kolej komuniti   KPTM ..  stail greding pun diambil kira juga markah kerja kursus.  Oleh yang demikian, ada seorang dua pelajar universiti .. tiba tiba muncul dalam alam universiti ..  pengiraan matematik mudah pun seperti pecahan asas (2/3)  campur dengan (1/4) ada yg tak boleh buat dgn baik dan tepat.  Semua dibuat dengan bantuan mesin kalkulator.  Aduhhai...

Itulah sedikit srba ringkas senario ..hidup sebagai rakyat Malaysia.  Ada saudara saya di Jengka 10 Felda Pahang ..  berkata ..kita dah senang .. buat apa nak tukar kerajaan?  Kita dah kaya dah jali ooi.

he..he..

Sekian buat renungan kita bersama-sama.

Wallah hu aklam      

0 comments:

Post a Comment