Salam
Tahun baru lagi 2013 .. tahun baru datang lagi. Jika umur kita berbaki sedikit sahaja lagi , ini bermakna bahawa tak lama lagi .. kita dpt beramal sebelum berdepan dgn Allah Taala.
2) Syukur saya dikurniakan Allah , taufik dan hidayah .. dapat menunaikan solat subuh berjamaah. Satu hadith Nabi Muhammad s.a.w. mahfumnya ialah ".. jika kamu tahu ..betapa besarnya pahala sembahyang jamaah di waktu subuh .. sudah tentu orang yg hampir hampir nak mati ..akan bersusah payah .. berusaha menuju ke sana (masjid) rumah Allah.."
Syukurlah. Dalam kampung ini terdapat 5000 - 10,000 rumah. Secara matematik, terdapat 5000 - 10,000 ketua keluarga. JIka semua adalah muslim , Allah memberi hadiah kpd saya .. hadhir bersembahyang subuh berjamaah. Hadiah ini datang dari Pencipta sekalian alam 7 petala langit dan 7 petala bumi. Syukurlah .. saya dapat merasakan sebuah hadiah dari khaliq Allah Robbbal alameen.
3) Selepas solat , saya berniat untuk membaca buku Edward De Bono pasal thinking/ fikrkanlah. TEtapi sebelum itu saya .. menyentuh dan membuka kitab suci Al Quraan ..surah An Nahl ( Bees - lebah) ..ada satu kumpulan ayat .. menceritakan bagaimana Allah menurunkan hujan membasahi bumi .. dari hujan ini datangnya tumbuh-tumbuhan , buah-buahan, manusia, kebun , anak anak cucu cicit kita semua .. bagaimana Allah membisikkan kpd satu jenis haiwan .. lebah-lebah .. terbang ke sana sini .. mencari makanan .. dan dari perut labah-labah dikeluarkan sejenis cecair bernama MADU .. dan dari madu ini .. terdapat ubat-ubatan untuk pelbagai penyakit manusia ..
dan di akhir ayat tersebut Allah .. meminta kita berfikir tentang ciptaannya di atas muka bumi ini.
Alangkah bagusnya .. ayat ayat Al Quraan tersebut. Penyegar semangat saya di mana orang orang falsafah memanggilnya dgn istilah MOTIVASI.
4) Menyentuh pasal berfikir .. semua ini ..datangnya dari perkataan FIKIR.
Bila manusia berfikir .. secara beramai-ramai .. hasil dari berfikir ini datanglah ciptaan seperti bangunan pencakar langit seperti KLCC Petronas tower di Kuala Lumpur, kapal terbang Boeing 777, komputer Apples and internet.
Jika manusia berfikir tanpa bimbingan Allah Taala yg maha agung ..terlahirlah .. ciptaan bergelar musik, musik, video, filem, .. , pornografi, .... dan akhirnya mmbawa kepada 1001 jenis maksiat yg mempengaruhi kehidupan manusia kafir, muslim, mukmin dan .. kesemua insan-insan yg lain.
Betapa signifikannya .. otak manusia untuk berfikir. Nilai manusia terletak dalam kualiti fikirannya. Kerajaan membayar gaji yg tinggi kpd profesor universiti kerana kualiti fikirnya.... dan kerajaan membayar gaji di tahap yg rendah kerana .. pegawai am rendah . tak perlu banyak berfikir .. seperti menyiram pokok bunga yg terdapat di luar bilik opis pengarahnya atau menghalau seekor kambing yg cuba memakan bunga orkid dari pasu bunga pengarah opisnya.
Betapa besarnya quality fikiran manusia .. yg terbahagi kpd banyak bahagian. Semua ini hadiah dari Allah yg bersifat sementara.
Selagi kita hidup ... fikiran kita tetap berharga.
Bila kita mati .. otak kita tak boleh berfikir lagi .. maka nilai fikiran kita bersifat 'KOSONG'.
Beruntung benarlah .orng yg menghargai nikmat fikiran yang baik ini.
Dari fikiran yg baik ini .. saya menulis ..dalam blog .. untk mengingati diri saya terlebih dahulu , anak anak isteri saya .. agar kita sentiasa bewaspada dengan nikmat yg bersifat SEMENTARA ini.
SEkian.
Wallahu aklam.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
First of all sorry if i'm misunderstood your post
An nahl=bees=lebah
Lebah is different with labah-labah which is spider
TQ. Tepat sekali teguran tuan hamba.
Lebah ialah 'bees' dalam Bahasa Melayu. TQ once again. May God bless you . Ameen.