Salam
Syukur kita masih hidup dalam negara Malaysia yg aman damai, subur dan berbagai-bagai bangsa. Syukur kita dikurniakan taufik dan hidayah menganut agama suci Islam .. ini semua ikhsan dari Alllah yang Maha Esa.
2) Dalam ruangan terhad ini .. saya membaca Surah 17 Al Isra' :ayat 11 mahfumnya berbunyi "..dan terkadang manusia mendoakan keburukan untuk dirinya, anaknya, dan hartanyandan itu dilakukan dalam keadaan marah, seperti halnya dia mendoakan kebaikan . Ini termasuk kebodohan manusia dan sifatnya yang tergesa-gesa. Di antara rahmat Allah kepada manusia adalah dia akan mengabulkan doa yg dipanjatkannya untuk kebaikan dan tidak mengabulkan doa yg dipanjatkan untuk keburukan , kerana Allah mengetahui tidak adanya maksudnya keinginan akan hal itu dan manusia bersifat tergesa-gesa". Surah 17:11
3) Hasil tergesa-gesa adalah seperti berikut:
3.1 accident di jalanraya - ramai manusia terkurban. Si mati tergesa-gesa untuk pulang kepangkuan keluarga kerana telah berpisah berbulan-bulan lamanya.
3.2 kes cerai berai rumah tangga - si suami irihati kpd isteri dan isteri irihati kepada suami secara membabi buta. Sepatutnya sebelum dibuat tuduhan itu dan ini, bertanyalah orang-orang di sekeliling kita. Minta pendapat dengan kawan-kawan yg lebih senior bagaimana nak mengatasi masalah rumah tangga kita itu. Patutkah aku menceraikan pasangan hidup aku ini (anak dah 7) ..? Mak bapak pun tergesa-gesa juga .. menerima pinangan pemuda yg tidak dikenali hujung pangkal .. dari kampung mana si fulan ini. Tahap kepatuhan kepada ajaran islam yg suci murni 24/7. Mak bapak orang orang melayu .. cepat terpengaruh dengan kereta mewah berwarna merah metalik .. bisnes kad si fulan bin si fulan .. dan mereka cepat mengambil keputusan ..menerima pinangan tersebut. Akibat dari keputusan yg tergesa-gesa maka perceraian datang mengolek ke dalam rumah orang tua secara tergesa-gesa juga. Oleh itu berwaspadalah.
3.3 UMNO serang PAS dan PKR. Tak cukup dengan komen secara peribadi .. UMNO kutuk pembangkang melalui semua saluran media massa sepanjang masa.. sekarang UMNO dah tahu .. dia lemah ..dan semakin lemah. Terpaksa jaga hati orang cina dan india untuk maksud itu dan ini. Jom perhatikan ucapan Tun Mahathir ketika menutup Kongres Ekonomi Melayu 24 Oktober 2012 "... Sekarang ini, sebenarnya kuasa tak ada lagi pada orang melayu . Kuasa sudah ada di tangan orang lain. Sebabnya, untuk nak kuasa memerintah , kita kena minta bantuan orang lain. Kita berpecah tiga. Maka orang lain itulah yang sebenarnya ada kuasa. Bukan lagi kita!" Dewan Masyarakat Januari 2013 ms: 27
Oleh yang demikian , macam mana itu? Orang melayu ada ego. Kalau orang serang kita bertubi-tubi dari tahun 2000 hinggalah ke hari ini ..tiba tiba nak mintak kita melayu .. bersatu padu lagi .. seperti kata pepatah "carik carik bulu ayam .. lama lama bercantum semula .."
payah sikitlah. Payah banyaklah .. payah tersangatlah payah.
Kesan retakan dalam kalangan masyarakat melayu .. sudah tidak boleh dibendung lagi. Kita sebenarnya sudah berpecah 3 dan mungkin lebih dari itu.
Bila ini berlaku .. mungkin Malaysia akan senang menerima Perdana Menteri Malaysia bukan dari kalangan orang melayu. Mengapa jadi begini?
Jawapannya ialah kita tergesa-gesa memarahkan anak beranak melayu kita juga. Dulu masyarakat malaysia ..menonton tilam yg dikatakan digunakan oleh DSAI dgn budak saipul itu. Inikah cara kita jaga imej melayu islam kita? Mana hati tak sakit brother ?
Dulu di Singapura waktu Sir Raffles .. semasa Raffles datang ke sana .. Singapura diperintah oleh raja bergelar Sultan, lengkap dgn istana, para pembesar , dan para penggawanya. Ada istana raja melayu, menteri melayu, adat istiadat melayu .. tetapi .. sekarang .. kerana kelemahan melayu yg suka sangat hidup leka bercampur mewah dan hilai ketwanya.. semua itu sudah menjadi satu kenangan saja. Dalam 100 tahun melayu Singapura sudah kehilangan kuasa.
Begitulah dengan bumi Malaysia. Kuasa melayu semakin terhakis kerana menteri melayu tergesa-gesa .. mengecam secara peribadi salahlaku fulan bin fulan ..
ada kes .. dibuat-buat cerita .. ramai orang pandai melayu terlibat mencipta jalan cerita .. pertahankan jalan cerita dari awal hingga akhirnya .. dan dalam proses mempertahankan cerita tersebut .. hati melayu sudah berpecah.
Kita tidak berpegang kuat lagi kpd ajaran Tuhan dan ajaran Nabi Muhammad s.a.w.
Ajaran tuhan ialah "Berpegang teguhlah kalian pada tali Allah .. ". Apakah itu tali Allah? Jawapannya tidak lain dari Perintah Allah dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Perintah Allah - semakin banyak kita taat kpd Allah semakin berjayalah kita. Rujuk Surah Al Mukmimun. Sunnah Nabi = semua muamalat Nabi Muhammad -jujur, amanah, tabligh .. Rujuk: Kitab Fadhail Amal . Karya : Maulana Zakaria (Saharanpur, India). Why India? rujuk kpd orang orang yg suka sangat minum kopi kat kedai mamak seluruh Malaysia. (laugh).
Kita persenda-sendakan hukum Allah seperti hukum hudud. Bukan kita melayu sahaja yg mempermainkan hukum-hakam Allah .. orang cina dan hindu pun permain-mainkan kalimah Allah .. dan dalam proses itu ..ada segelintir melayu yg turut ketawa. Sekarang , orang kafir berani berkata ".. they have to cross over my dead body to implement Islamic Laws ... here". See?
Sekian. Fikirlah kito semuo.
Renungkanlah .. orang kita ada ego. Jika kita kembali bersatu padu .. syaitan / iblis akan berkata hang memang tak ada "stones" lagilahhhh?
Wallahu aklam.
p/s: Bak po jadi gini (perpecahan melayu) ? Penganalisis politik ada .. merumuskan .. stail pemerintahan negara ini.. ada sedikit sahamnya.
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment