Pemberi tazkirah Fakulti FSKTM jan 11 2013

Posted by sazali

salam

Hari ini saya diberi peluang oleh Allah Taala dan Fakulti untuk memberi 10 minit tazkirah.  Berikut adalah outline tazkirah saya: kepada diri saya dan sahabat sahabat saya yg serba serbi muda.

Tajuk   -  Kita jangan lupa nikmat :

(a)   kita berkerja kerajaan ini.  banyak nikmat kita dapat seperti peluang belajar PhD, masters , pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman komputer, pinjaman basikal dan motosikal.  TQ Barisan Nasional.  He..he..

(b)  beristeri cantik/ melayu pulak itu/  pak Mertua ada kebun getah, kebun sawit dan lain-lain lagi.  banyak nikmat itu  kena pulak ..isteri kita ni ..hanya anak depa seorang sahaja.  Aduhai..nikmat badan bukan?

(c)  sihat -  kita bekerja siang dan malam kerana kita sihatlah.  Jika kita sakit, payah kita.  Contoh sakit.... buasir.  Pernah tengok pegawai yg kena penyakit buasir?  payah dia berjalan ke sana -sini ..kasihan.  Tulah ..suka sangat makan cili padi.

(d)  menjadi seorang muslim, muslimat, mukmin dan mukminat.  Tugas utama kita ialah berdakwah agama sepanjang masa.  Rujuk Al Quraan.  Kita adalah umat terbaik kerana .. ajak mengajak kpd amalan amalan agama dan menjauhi diri dari dosa/ maksiat.. banyakkan bersbar dan bertabahlah .. hidup susah sebagai seorang islam ini.

(e)  buat rumah besar besar tetapi jangan berhutang banyak banyak sangat. Nanti tak terbayar.  Susah jika kita mati kelak.  bahana hutang.  Sekarang orang berebut isi borang Bank Rakyat. Berebut nak berhutang.  Besarkan dapur.  Besarkan pagar dan tambah kualiti pagar otomatik.   Tak cukup dgn bank Rakyat Yong Peng ..ada kalangan staf kita isi borang Bank Rakyat Segamat jugak.  Berebut-rebut nak banyakkan hutang siang dan malam.  As muslim kita patut takut sangat sangat  , mungkin tak leh bayar hutang ..  bila mati .. amalan kita tergantung macam org perempuan diceraikan gantung tak bertali jer.  Susah kita  ..nor.

(f)  hidup bersifat sementara.  Selepas puas hidup datanglah ..  MATI.  MATI.  MATI.  tak takut kita?  Staf muda pun mati, apatah lagi ...  orang tua macam saya  . So berhati hatilah.  Bila suami mati, janda dia ..ramai orang berebut nak ambik dia jadi bini.  Berebut khawin janda muda katakan.  Nikmat khawin janda ialah .. dapat nikmat pencen si mati (suami adalah pegawai dalam  sektor kerajaan - Pengetau sekolah DG54).

pa pa pun ingatlah MATI. Mati ..dan Mati.  Kita semua akan mati.

Sekian.  Muga-muga tazkirah ini membawa kebaikan kita bersama.

Wallahu aklam.  yang baik dari Allah ..yg tak bagus ..semua adalah kelemahan saya sendiri.

0 comments:

Post a Comment