Terima kasih Malaysia

Posted by sazali

Salam

Syukurlah ..kita dapat bangun dan hidup 1 hari lagi.  Alhamdulilah hari ini semua warga kerja sektor kerajaan menikmati bonus terakhir .. hadiah dari Kerajaan Malaysia.  Terima Kasih Malaysia.  Terima Kasih banyak-banyak deh?

2)  Dalam keseronokan berbelanja .. jangan kita lupa .. pekerja sektor swasta seperti indistri elektronik ..  yang mana .. kadang kadang mereka dapat bonus dan kadang-kadang mereka hilang pekerjaan kerana permintaan komponen elektronik semakin berkurangan di peringkat global dan tempatan.  Kasihan kepada mereka bukan?  Bayangkan jurutera elektronik suami isteri hilang pekerjaan pada umur 48 tahun di Bayan Baru, Pulau PInang!

Ilmu matematik jurutera elektronik .. hebat sekali dibandingkan dengan tahap matematik seseorang guru matematik di sekolah, politeknik, kolej Komuniti dan universiti.  Mengapa?  Jurutera elektronik menggunakan ilmu matematik terkini sedangkan .. ilmu matematik pengajar .. adalah di tahap yang lama berkurun-kurun lamanya.  Mereka terpaksa .. menggunakan matematik tinggi ...kamir itu dan beda itu ..supaya kompnen elektronik semakin kecil tetapi kuasa komponen semakin mantap dan cangggih sekali.  Tetapi dalam kepayahan hidup begitu, kadang-kadang ramai jurutera dan technician elektronik .. dibuang kerja dan ... macam macam lagi.  Rujuk Newsweek dan Times 2010 - 2012 di kilang elektronik Jepun dan Amerika Syarikat.

3)  Syukurlah .. dalam sektor kerajaan .. jika ramai pelajar perform ataupun tidak ..payah sedikit pihak atasan nak buang tenaga kerja macam kita (warga emas)  dari alam sekolah, politeknik atau universiti ..kerana rezeki kita masih ada lahhh.  Syukur.  Rezeki Allah kpd kita.   Syukur juga .. baru jer ..naik tahun baru .. kerajaan kasi lagi bonus untuk menampung kos kehidupan semakin tinggi. Cukup prihatin ..Perdana Menteri dan isterinya ini.

Rancangan saya?  dengan duit bonus ini ingat nak budget RM2000 untuk pendaftaran anak saya ke kolej matrikulasi KPTM April 2013 ini.  Insyaallah.  Tetapi terbaca dalam akhbar UM ..  banyak dah bangunan kolej matrikulasi di seluruh negara yang rosak dindingnya, tandasnya dan paling .. mendukacitakan .. dinding asrama penuh kulat di sana sini.  Pelajar yang ada asthma dan resdungcukup  bhaya .. tinggal di asrama yg ada kulat di tahap .. merbahaya ini.  Pelik lah?   dulu orng British buat rumah Jurutera Daerah Segamat ..  bertahun tahun lama nya ..keadaan rumah JUrutera Daerah nampak masih steady dan tegap lagi sedangkan ..  di bawah kerajaan BN ini .. bukan setakat bangunan jer rosak .. jalanraya jalanraya ..di JOhor Darul Takzim pun banyak dah yg rosak di merata-rata tempat.  Why?  Islam dah bagus dah di Malaysia ini ..tetapi kenapa .. kualiti bangunan dan jalan jalan raya .. cepat sangat yg rosak.  Mana MQA dan ISO 2001 nya?  Jawapan nya ada dalam buku risalan RASUAH.  Satu projek yang memerlukan RM1 juta untuk digunakan .. selepas tarik papan surung papan .. projek tersebut dibangunkan dengan kos RM150,000 sahaja.  Oleh itu, tak sampai 10 tahun ..bangunan kolej matrikulasi banyak dah yg rosak.  Bangunan bilik komputer sekolah sekolah pun banyak dah yg rosak.  Hai ya?  What happen ini macam?

My budget?   he..he..  RM1000 -  simpan takut takut terjadi banjir , kereta rusak, perut sakit di tengah tengah malam atau emergency case jika ibu tiba tiba sakit tenat dan memerlukan kita di sampingnya.

RM x,y,z   .... kena simpanlah ..  untuk masa-masa tua.  Pencen nanti ..kita ada sedikit duit simpanan.  Bukan kah begitu anak-anakku sayang?  Umrah?  tak lah.. aku dah pergi haji dan buat 13 kali umrah pada tahun 1996 dahulu lagi.  So .. baik simpan duit .. taja tahhfiz / hafiz, hafizah .. di Sri Petaling itu lagilah baik ..  insyallah dan banyak banyak insyallah.  Aku rindu Mekah dan Madinah..tetapi ... duit aku lebih baik aku dermakan untuk persekolahan/ pendidikan tahfiz dari Kemboja, Vietnam, Indonesia, Afrika dan banyak lagi.  Lagipun ..youtube .. banyak sudah terubat rindu ku kpd kaabah itu.  Allah faham isi hati ku.  Right?

-------------

Kerajaan Malaysia cukup baik la ni.  Tahap perkhidmatan warga kerja kerajaan sektor awam terbaik punya ..maklumlah time pilihan raya ke 13 .. tak berapa lama lagi.  Tadi terbaca ..akbar Star .. 10,000 rakyat Bangladesh ..  akan tiba bila-bila masa .. sekarang .. untuk bekerja di sektor ladang sawit, kebun getah, .. tetapi ..wait wait wait ..  sekejap.. jo lor kor ni?

betul ke ni?

atau ..kerajaan nak bagi chance mereka dapat IC / KP Malaysia untuk mengundi BN di Lembah Klang dan negeri Selangor itu.  Maklumlah .. wajah wajah orang Bangla cukup cukup sama dengan wajah aku dan adik adik aku.  Nak kata putih macam Bryan GGiggs (MU FC) tidak dan nak kata kulit ku hitam legam (macam Carlos, Brazil FC) pun tidak.  So sesuai sangat lah rakyat bangla ini .. turut mengundi kot?

He..he..

Bijak kepala otak ..  pemimpin kita pada satu zaman dahulu kala.  Baru baru ini ..mantan perdana menteri malaysia mengaku memberi kad pengenalan kpd warga asing filipina dan indonesia .. untuk turut mengundi .. di negeri Sabah, Malaysia.  Why?  untuk pertahankan kekuasaan  pemerintahan BN di sana.

Dengan cara cara begini ..  rakyat filipina, indonesia dan bangla .. datang ke sini di saat saat PRU ke 13 ..  saya rasa payahlah parti pembangkang nak menang apa apa ..apa tah lg nak duduk tampuk pemerintahan di Putrajaya.  Putih matalah.. nampaknya.  Insyallah ..  tuhan tak mahu tolong kita lagilah brother.  Sabar sahajalah.  Wat pa .kejar dunia . yg fana ..dan sementara ini.  Dunia ini jijik!

Dulu pun  Tun Mahathir pernah berucap ..  kita akan menggunakan semua cara ..untuk mempertahankan pemerintahan BN di bumi bertuah ini Malaysia.  Dalam semua cara yg termampu supaya BN bertahan dari sekarang hinggalah .. datangnya hari kiamat. Why?  rakyat memerlukan BN sepanjang masa. Kita akan menggunakan segala kudrat kita untuk terus relevan di Malaysia.

Jika Malaysia jatuh ke tangan parti pembangkang ..mereka pun akan menggunakan berbagai bagai cara untuk bertahan tampuk pemerintahan mereka sampai bila bila.  Alhamdulilah.

Sebelum mereka berbuat demikian ,  .. ayuh .. kita BN akan buat dulu..  termasuk pemberian bonus pada hari ini kpd 400,000 warga kerja sektor awam.  Syukurlah tuan hamba.

Orang memberi kita ambik bukan .. tetapi yang salah tetap salah lah.  He..he..

Salah apa ni?  Adalah salah itu.  Pokok tak akan bergoyang jika tidak ada angin yg kuat bertiup kencang dari Lautan India dan Lautan Cina Selatan.  Angin bertiup dari bilik bom pasukan polis Malaysia.  Aduhai.  Betul tak?

Apa apa pun sebelum rakyat 10,000 Bangladesh itu datang berduyun duyun ramainya ke SElangor, Pulau PInang, Kedah dan Perak .. eloklah ..  buat budget supaya duit bonus ..itu ada faedah untuk anak anak kita dan ibu ayah kita tersayang.. insyallah.

Ada duit lebih ..hulurkan kpd anak anak yatim piatu, janda OKU anak 8, duda OKU tak ada anak ,  dan ramai lagi orang susah kat bumi Malaysia ini termasuk drebar bas express ..  yg mana kompeni bas tersebut belum bayar gaji lagi ..berbulan bulan lamanya.
Kasihan mereka dan anak-anak bini mereka.  Sepatutnya mereka sudah lama berpakat-pakat jual jer bas express itu dan gunakan duit itu untuk menampung hidup mereka di Lembah Kelang.  What say you?  JOm.
Sekian.

Wallahu aklam.

Rujukan:

Star Malaysia 2013 Jan 23.  Page 3.  Main section.
Majalah Dewan Masyarakat 2000 - 2012.
Majalah Newsweek dan Times 2000 - 2012.

1 comments:

  1. Anonymous said...

    bagus ulasan tuan.
    Sekarang ini budjet untuk pembangunan diwar-war begitu besar sekali. Tetapi yang amat mengecewakan adalah kualiti bangunan itu sendiri. Contohnya macam stadium runtuh, dewan di parlimen bocor, dan yang terdekat ialah tandas+tempat wuduk masjid di tempat tuan. Dahulu tiada pun teknologi canggih-canggih, tapi bangunannya tahan lama.

    Kenapa sekarang pula yang ada teknologi yang canggih tapi kualitinya rendah? Adakah teknologi yang ada disalah gunakan iaitu analisis dan verify cut cost tahap paling maksima kerana mahu mendapat keuntungan sebanyak yang mungkin.

    Kualiti tidak dijaga, cost yang akan dikeluarkan lebih banyak kerana diperlukan pada fasa baikpulih. Jika kualiti dijaga, bujdet baikpulih tersebut boleh digunakan untuk membasmi kemiskinan di malaysia lebih efisyen(jika tiada korupsi)


    write by:-
    Hamba yang lemah.

Post a Comment