Post Mortem Seminar Prof Emeritos tadi

Posted by sazali

Salam

Saya sempat bersama-sama dengan 50 orang staf universiti ini berseminar dengan Prof Dato' Emeritos Ir. Dr. Zainai mengenai penyeliaan pelajar pasca siswazah.  Saya tertarik dengan satu point bergelar ' .. didik mereka untuk mengambil sikap yg baik (change in attitude) semasa belajar di sini untuk maksud PhD dan/ atau masters '.

2)  Apakah yg dimaksudkan di sini?  change in attitude and change in behavior

mungkin

2.1  ketepatan masa untuk berbincang mengenai perkembangan kajian selama ini
2.2  tahap profesionalisma antara beliau dan penyelianya
2.3  kesungguhan membaca dan menceritakan kpd penyelia apa yg terkini dari pembacaannya
2.4  masalahnya
2.5  tahap penulisannya

----------------------

3)  Melihatkan kpd senarai di atas .. saya rasa payah itu kerana tidak semua pelajar dari negara ini / negara luar yg mempunyai sifat yg sama

Kerana

3.1  ada pelajar yg datang temujanji tepat pada masanya..tetapi dia hanya membawa 10 batang jari jarinya sahaja.  Dia anggap kita akan menolongnya sepanjang masa dari segi kedalamanan mengenai mana-mana topik dan sub-topik dari kajiannya

3.2  ada penyelia yg sibuk dengan pengurusan dan pentadbiran .. dia tidak mempunyai cukup masa nak berbincang ..  kita harap kita dapat pelajae yg berkemampuan untuk buat kajian secara kesendirian  dan bukan banyak bergantung kepada input dari kita (penyelianya).

3.3  ada pelajar yg membaca tersangatlah luas tetapi banyak isu yg tidak difahaminya.  Akhir-akhirnya penyelia juga yg kena baca baca baca .. dan menceritakan ..apa yg telah dibaca itu.  Penat kan?

3.4  ada pelajar yg membawa beberapa masalah.  Dia mahu buat kajian dgn supervisor yg ada Research Grant sahaja.  Kalau tidak ..  dia akan anggap kita .. tidak akan membantunya dari segi kewangan dan lain-lain lagi.  Ramai pelajar luar negara anggap kita Malaysian supervisors semua ada grants.  Adushhh .. sakitnya

3.5  ada pelajar tak cemerlang menulis .. laporan laporan di tahap Ph.D ini.  Ada penyelia yg hebat menulis ..tetapi stail penulisan ini diperolehi bukan dalam 1 hari, 1 tahun atau sepanjang 1 supervision sahaja.   Ada supervisor tak mampu mengajar stail penulisan yg baik, tersangat baik dan lain lain lagi.

So .. rumusannya ialah

bagaimana nak ubah cara sikap pelajar ini?

Mengapa cara sikap ini ..menjadi satu isu pada pihak kami ..  pula?

Kenapa fakulti tak semak dulu .. kebolehan mereka ..  sebelum diterima masuk belajar sebagai pelajar pasca siswazah.

Sekian.

Wallahu aklam.

p/s:  kalau ada student fail PhD/ masters ..  kita pulak yg dipersalahkan/  gila bukan?  nama kita di black list oleh Pusat Pengajian Siswazah .  Ada ke patut?


2 comments:

  1. pikir kool said...

    "p/s: kalau ada student fail PhD/ masters .. kita pulak yg dipersalahkan/ gila bukan? nama kita di black list oleh Pusat Pengajian Siswazah. Ada ke patut?

    peratus pelajar phd yg gagal di negara ini amat membimbangkan. boleh rujuk pada perangkaan drpd pihak mohe utk kepastian.

    adalah menjadi tanggungjawab penyelia utk membimbing pelajar ke arah phd. setiap masalah in shaa Allah ada penyelesaiannya.

    3.1) tepati masa tetapi tidak bersedia
    puji pelajar kerana ketepatan masa kemudian ujarkan cadangan yg mana dia bole lebih bersedia. berikan contoh padanya, seperti 'rekod' perbincangan pada iphone dan bawakan alat utk mencatat sekali.

    3.2) penyelia yg terlalu sibuk dan x sedia kepada komitmen phd, saya sarankan supaya jangan menyelia, dan 'delegate' tanggungjawab tersebut pada org lain. telah ramai student yg berkeluarga, kucar-kacir hidupnya, sangkut phdnya tanpa kesudahan, kerana menunggu kehadiran penyelia yg x kunjung tiba.

    3.3) jika pelajar suka membaca tetapi rendah kefahamannya dalam memahami isu-isu yang dibincangkan, luangkan sedikit masa utk menunjuknya cara membaca yg lebih baik. agar bacaannya kritis dan mendalam. tunjukkan cara mencari isu, penyelesaian dan rasional.

    3.4) masalah grant ialah suatu isu penyelidikan yg telah lama menapak. ceritakan pada pelajar phd drpd mula dgn jujur bila tiada grant. jika dia bersedia, alhamdulillah. jika tidak, mungkin perlu cari penyelia lain.

    3.5) benar. penulisan yg baik hadir dengan latihan. perlu bagi pelajar lebih banyak berlatih menulis. mulakan penulisan dgn suatu yg mudah dan tingkatkan sedikit demi sedikit supaya menjadi lebih akedemik dan menyerlah.

    "Mengapa cara sikap ini ..menjadi satu isu pada pihak kami .. pula?"

    "Kenapa fakulti tak semak dulu .. kebolehan mereka .. sebelum diterima masuk belajar sebagai pelajar pasca siswazah."

    kerana tugas penyelia bukan hanya utk mengkritik kelemahan pelajar (seperti kebiasaannya kini), atau hanya untuk memangkah kesilapan mereka, tetapi juga utk mendidik pelajar phd yg MENTAH, ke mercu kejayaan.

    kalau org yg layak dan berkebolehan saja yg diterima untuk membuat penyelidikan, saya rasa saintis terkemuka seperti einstein dan faraday mmg tidak akan diberi peluang utk berkembang, dan kemungkinan inovasi akan lenyap bersama mereka.

  2. sazali said...

    Seronoknya .. input kali ini/ ha..ha.. / tq so much/ i will print this comment n send to PPS, UTHM insya allah. tq once again

Post a Comment