Salam
Tadi semasa memandu ke Batu Pahat .. dari corong radio ..terdengar lagu arwah Sudirman berjudul 'HUJAN'.
Sedap sungguh lagunya terutama kata katanya. Tetapi sebelum saya mengulas lagunya ....dgn lebih lanjut bagus juga kita sedekahkan Al Fatihah untuk arwah Sudirman Haji Arshad. Saya yakin ramai antara kita .. terlupa nak sedekahkan al fatihah untuk arwah penyanyi-penyanyi pujaan kita pada satu zaman yg lampau seperti lagenda P.Ramlee, arwah Rafeah Buang , arwah A.Ramlee dan banyak lagi. Sebenarnya ..lagu lagu mereka ada mesej yg tersendiri.
2) Arwah Sudirman mempunyai visi / pandangan yg jauh dgn mengeluarkan lagu lagu untuk semua lapisan masyarakat di tanah air ini seperti 'balik kampung', 'basikal tua' dan banyak lagi sebagaimana dia dendangkan di Albert Hall London pd tahun 1991/92. Tak sangka sudah 22 tahun arwah meninggalkan kita. Rasa macam semalam sahaja dia muncul dlm TV dengan seniwati Noorkumalasari sambil menarik-narik tali di atas bendang sawah di Selangor bermain basikal unta yg tua. Lagu yg dibawa ialah 'Beat It ...' lagu mendiang Michael Jackson.
3) Kalau nak diukur aura arwah Sudirman dgn arwah P. Ramleee.. rasa rasanya tak adil kerana ..P Ramlee mempunyai multi bakat seperti berlakon dgn baik dlm filem Ibu Mertuaku/ Kassim Selamat tetapi saya sangat sangat terhibur dgn lagu lagu Sudirman kerana dia ada ijazah undang-undang di mana kualiti akademik ini tidak ramai artis artis kita yang ada. Lagu hit arwah Sudirman .. merisik khabar .. menunjukkan dia ada feeling sedih macam kita juga apabila rumah tangganya .. terbantut di tengah jalan. Feeling nya dia sampaikan melalui lagu Merisik Khabar - sebuah lagu yg indah dan sentiasa segar dijiwa saya yg mana dia tetap berdoa supaya bekas isterinya berbahagia dgn org yg baru. Bukan senang cari org lelaki macam itu zaman la ni.
Walaubagaimanapun lagu tetap lagu. Tidak boleh lebih dari itu. Sebab itu kita kena jaga isteri tersayang kita baik-baik punya. Apa dia hendak , kita kasikan lah seperti dia nak naik kapal terbang , kita cari tiket MAS dan jgn cari tiket Air Asia yg selalu lewat .. dia nak melawa pakai baju tidur kelawar ..kita belikan .. yg mahal mahal .. punya. Yg penting dia happy .. kelawar happy .. everybody happy n don't worry kerana kelawar senang terbang ma.
Sebelum saya mengundur diri ada satu keratan akhbar dari Star berbunyi ".. Some people take their deck chairs to the front of the ship so they can see where they are going. Other people take their chairs to the back so they can see where they have been. Which are you?" Nukilan Joyce Hee. Star Malaysia 2 January, 2013.
Maksudnya ..sebagai seorang lelaki .. ketua keluarga @ nakhoda rumah tangga .. kita mesti pandai .. mengemudi rumah tangga kita saban hari saban waktu. Kita hanya boleh berusaha keras mencari rezeki siang dan malam, mendidik anak anak dan isteri dengan agama dan akhlak tertib yg mulia melalui tutur kata , dan selebihnya ..kita berserah kpd Allah Taala - tuhan sekalian alam.
Saya bersyukur diberi oleh Allah .. otak yg baik dan diberikan berpeluang mengajar anak anak bangsa di sekolah menengah, politeknik KPTM dan universiti terhebat di malaysia .. dan dalam keadaan kapal saya menuju perlahan lahan untuk ke pangkalan dlm tempoh masa 9 - 10 bulan lagi .. apa yg saya mampu katakan .. Thanks Allah .. for giving me this chance of building my nation. My service is not so great as Tun Mahathir ..but this is the best that I can do as a human being who is subjected to many limitations and endless flaws. One day ..when I could look back at my 'fruits' .. I hope the harvest .. is as good or better than what I had sown before.
Wallahu aklam.( God knows best).
|
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment